Jumaat, Oktober 24, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

Eksais

FAQ - Cukai Dalam Negeri

Rating Pengguna: / 8
Kurang BaikTerbaik 

Soalan Lazim

Eksais

A. Pengenalan dan Konsep

1. Apakah itu duti eksais

Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang  tertentu yang dimport ke Malaysia atau dikilang dalam Malaysia.

2. Apakah jenis barang berduti eksais

  • Minuman Keras.
  • Rokok, Tembakau dan keluaran tembakau
  • Kenderaan Bermotor
  • Playing card (Daun Terup)
  • Mahjong tiles.

 

B. Pelesenan

3. Apakah jenis pengilangan yang memerlukan lesen eksais

  • Arak/Liquor/Todi
  • Tembakau/Rokok
  • Kenderaan/Daun Terup/Mahjong Tiles

4. Bagaimana hendak memohon lesen mengilang dan menggudang

Mengemukakan surat permohonan (free format) dan borang JKED No.1 (2 salinan) berserta dokumen sokongan ke Pejabat Kastam berdekatan.

5. Bagaimana saya hendak pastikan rokok yang saya beli adalah bukan rokok seludup

  • · Rokok Import – ditampal label cukai pada kotak
  • · Rokok Kilangan Tempatan - dicetak dakwat keselamatan pada kotak

6. Bagaimana saya hendak pastikan arak yang saya beli adalah bukan arak seludup

  • · Arak Import/ Kilangan Tempatan – ditampal label cukai pada botol/tin/bekas
  • · Bir/Stout Kilangan Tempatan - dicetak dakwat keselamatan pada botol/tin/bekas

 

C. Pembayaran

7. Bagaimanakah cara untuk membawa keluar barangan dari pelabuhan

Mengemukakan Borang Kastam No. 1 untuk ditaksir/dikira duti/cukai kepada Kastam dan membayar duti/cukai yang dikenakan kepada Pusat Pemungut Duti/Cukai yang berhampiran seterusnya membawa keluar barang dari kawalan Kastam.

 

D. Pemindahan

8. Bagaimanakah cara untuk memindah barang dari kilang ke gudang / zon bebas yang lain

Mengemukakan Borang Eksais 8 beserta dokumen sokongan untuk kelulusan kepada Kastam dan pemindahan dibenarkan.

9. Bagaimanakah cara untuk memindah barang dari kilang ke Sabah/Sarawak

Bagi kenderaan - Mengemukakan Borang Eksais 7 dan Borang Kastam 3 (catatan duti eksais belum dibayar) beserta dokumen sokongan untuk kelulusan dan pemindahan dibenarkan.

Bagi barangan am – Mengemukakan Borang Kastam 3 beserta dokumen sokongan untuk kelulusan.

 

E. Kemudahan

 

10. Berapa lamakah sistem bayaran tertangguh dibenarkan

4 Tahun.

 

F. Pengecualian

11. Siapakah yang layak mendapat pengecualian duti eksais

Senarai orang dan barang yang layak boleh dirujuk di http://tariff.customs.gov.my

(Perintah Duti Eksais(Pengecualian) 1977).

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia