PROSEDUR LEVI KEUNTUNGAN LUAR BIASA
PERMOHANAN LESEN
- Permohonan lesen cukai jualan secara manual menggunakan Borang WPA No.1 hendaklah dikemukakan dalam tiga (3) salinan ke pejabat kastam yang terdekat dengan tempat perniagaan dijalankan.
- Dokumen- dokumen untuk permohonan lesen seperti berikut:
- Surat permohonan rasmi syarikat
- Surat perlantikan orang yang diberi kuasa berurusan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Dokumen pendaftaran syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Memorandum & Articles of Association
- Salinan kad pengenalan / pasport
- Gambar pemohon bersaiz pasport
- Pelan lokasi
- Surat pengesahan daripada Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
BAYARAN LEVI
- Bayaran hendaklah dibuat menggunakan Borang WPA No.3 dalam tempoh 14 hari bulan berikutnya di pejabat kastam yang mengawal.
- Levi dikenakan pada kadar 3% bagi harga kelapa sawit melebihi RM2,500 / tan di Semenanjung Malaysia dan 1.5% bagi harga kelapa sawit melebihi RM3,000 / tan di Sabah dan Sarawak.





