Bahagian Cukai Dalam Negeri - Prosedur
PROSEDUR PETROLEUM
PERMOHONAN LESEN
- Permohonan lesen cukai jualan secara manual menggunakan Borang JKED No.1 (JKED1) hendaklah dikemukakan dalam tiga (3) salinan ke pejabat kastam yang terdekat dengan tempat perniagaan dijalankan.
- Dokumen- dokumen untuk permohonan lesen seperti berikut:
- Surat permohonan rasmi syarikat
- Surat perlantikan orang yang diberi kuasa berurusan dengan Jabatan Kastam Kastam Diraja Malaysia
- Dokumen pendaftaran syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Memorandum & Articles of Association
- Salinan kad pengenalan / pasport
- Gambar pemohon bersaiz pasport
- Pelan lokasi
BAYARAN CUKAI JUALAN
Bayaran hendaklah dibuat menggunakan Borang CJP1 dalam tempoh 10 hari bulan berikutnya di pejabat kastam yang mengawal.
AKTIVITI PETROLEUM
- Aktiviti Huluan - Meliputi kerja pengerudian, pengeluaran dan system keselamatan di lapangan medan minyak dan Gas.
- Aktiviti Hiliran - Meliputi aktiviti-aktiviti menyimpan, memproses dan penjualan minyak mentah menjadi diesel, petrol dan sebagainya.
- Sekatan Gerakan - Kawalan pengeluaran minyak daripada semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak dibawah Perintah Had Gerakan 2000.
| < Sblm |
|---|



