Jumaat, 23 Julai 2010 16:43
Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa pengguna perlu memastikan Webmail anda sentiasa diselenggara supaya dapat mengelakkan *email bounceback. Berikut disertakan Manual Housekeeping Webmail JKDM.
*email bounceback boleh menyebabkan pengguna tidak dapat menerima sebarang email.
Kemaskini terakhir pada Jumaat, 23 Julai 2010 16:57 Khamis, 10 Jun 2010 16:38
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2010, Cawangan Teknologi Maklumat (CTM) akan membatalkan semua username dan password yang telah didaftar di dalam Laman Web Jabatan. Semua warga JKDM boleh mencapai 'Info Untuk Staf JKDM" dalam Laman Web Jabatan dengan menggunakan username dan password Emel Rasmi JKDM. Ini bermakna, setiap warga JKDM akan hanya mempunyai satu(1) username dan password untuk digunakan bagi capaian ke 'Info Untuk Staf JKDM" di Laman Web JKDM dan emel rasmi JKDM.
2. Bagi warga JKDM yang tidak mempunyai emel rasmi JKDM bolehlah membuat permohonan emel rasmi jabatan melalui
Ketua Cawangan/Stesen masing-masing dan dihantar kepada CTM. Borang permohonan emel JKDM boleh didapati disini
3. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan tersebut, boleh hubungi pegawai seperti di bawah:
i) Pn Fadzillah bt Haroun - 03-8882 2586
ii) Pn. Norzalilah bt Abdullah - 03-8882 2586
iii) En. Mohd Ridzuan b Hamzah - 03-8882 2586
Sekian, terima kasih.



