Selasa, Mei 21, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT UNTUK BANGUNAN BOULEVARD SQUARE IBU PEJABAT JKDM, PUTRAJAYA

Berita - Pemakluman

Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala 020101  bagi menyertai Sebutharga berikut:

NO. SEBUTHARGA

TAJUK

KOD BIDANG PENDAFTARAN

11/2011

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT UNTUK BANGUNAN BOULEVARD SQUARE IBU PEJABAT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, PUTRAJAYA

020101

Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.

Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi penyebutharga yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 8 September 2011. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822320 / 03-88822293