JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
TENDER TERBUKA
Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat tempatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi memasuki TENDER TERBUKA ini dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan masih sah tempohnya di bawah kod bidang 210101 dan 210103 bagi menyertai tender berikut:
|
NO. TENDER |
TAJUK |
KOD BIDANG PENDAFTARAN |
|
6/2012 |
TENDER MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA 850 UNIT KOMPUTER PERIBADI SECARA SEWA BELI SELAMA TIGA (3) TAHUN UNTUK JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
|
210101 dan 210103 |
Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.
Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi petender yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.
Taklimat akan diadakan pada 28 Jun 2012 jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Aras 8 Utara, Cawangan Pengurusan Perolehan Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya . Kehadiran taklimat adalah diwajibkan.
Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 20 Julai 2012. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822293 / 03-88824917
| Seterusnya > |
|---|



