PROFIL BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK
1.0 LATAR BELAKANG
Bahagian Perkhidmatan Teknik atau lebih sinonim dengan panggilan PERTEK adalah merupakan salah satu bahagian utama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan diletakkan dibawah pentadbiran Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri).
Bahagian Perkhidmatan Teknik terdiri daripada 4 cawangan iaitu:-
- Cawangan Penilaian
- Cawangan Penjenisan, Tarif dan Gubalan (CPTG)
- Cawangan Perakaunan Hasil (CPH).
- Cawangan Customs Verification Initiative (CVI)
Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Kastam Gred Jusa ‘C’ dan dibantu oleh 3 orang Timbalan Pengarah Kastam Gred W54 dan seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam I Gred 52. Pada masa ini keanggotaan di Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat terdiri daripada 49 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan / Professional serta 47 orang kakitangan kumpulan sokongan.
2.0 OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK
- Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan penilaian ke atas barangan import, eksport, barangan bercukai jualan dan eksais berdasarkan definisi nilai di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Cukai Jualan 1972.
- Mengemaskini dan menggubal undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang ditadbir oleh Jabatan.
- Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan penjenisan barangan mengikut Sistem Berharmonis / ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature.
- Memastikan semua kutipan hasil Jabatan diperakaunkan dengan tepat dan betul.
- Memastikan tunggakan hasil Jabatan diperakaunkan dengan sempurna.
- Memastikan semua tuntutan-tuntutan pulangbalik / tarikbalik, bayaran balik dan subsidi barangan petroleum diproses serta dibayar selaras dengan perundangan.
- Mempercepatkan pelepasan dagangan dari kawalan Kastam selaras dengan kehendak WCO Safe-Framework of Standard (FoS)Revised Kyoto Convention.


