Mengenai JKDM
Struktur Organisasi
Bhg Pengurusan Pematuhan
Profil Bahagian
Struktur Organisasi
Bhg Pengurusan Pematuhan
Profil Bahagian
Bahagian Pengurusan Pematuhan
Latar Belakang
Latar Belakang
- Bahagian Pengurusan Pematuhan telah diwujudkan melalui Waran Perjawatan Bil. A162 tahun 2008 B.10 Perbendaharaan Malaysia berkuatkuasa pada 16 Ogos 2008 yang mana bahagian ini berada di bawah aktiviti Penguatkuasaan dan Pematuhan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan). Ianya terdiri daripada Cawangan Auditan Syarikat dan Cawangan Pasca Import.
- Sebelum 16 Ogos 2008, Cawangan Auditan Syarikat (Cawangan Pemeriksaan Akaun) dan Cawangan Pasca Import berada di bawah Bahagian Perkhidmatan Teknik.
- Bahagian Pengurusan Pematuhan diketuai oleh seorang Pengarah Kastam Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C). Cawangan Auditan Syarikat dan Cawangan Pasca Import diketuai oleh Timbalan Pengarah Kastam Gred W54 masing-masing.
- Mulai 1 Julai 2009, melalui Waran Perjawatan Bil. A139 tahun 2009 di bawah Bahagian Pengurusan Pematuhan, Cawangan Auditan Syarikat dan Cawangan Pasca Import telah diluluskan diseluruh negara.
- Waran perjawatan diluluskan seluruh Malaysia (Gred W54 hingga W41):
- Cawangan Auditan Syarikat - 204
- Cawangan Pasca Import - 116
Objektif
- Menjalankan auditan yang sistematik dan terancang ke atas pelesen/ pengimport bagi memastikan cukai/duti kastam dipungut dengan tepat dan betul serta memberi khidmat nasihat berkaitan perkastaman.
- Memastikan syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah perundangan kastam dan pengimport memahami dan mematuhi perundangan serta peraturan perkastaman yang berkaitan


