Mengenai JKDM
Struktur Organisasi
Bhg Kastam
Profil Bahagian
Struktur Organisasi
Bhg Kastam
Profil Bahagian
BAHAGIAN KASTAM
PENDAHULUAN
Bahagian Kastam di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia adalah diketuai oleh seorang Pengarah Kastam ( Gred VU7) yang dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah Kastam (Gred 54) . Bahagian ini dibahagikan kepada dua (2) cawangan dan sebelas (11) unit. Kedua-dua (2) Cawangan tersebut adalah seperti berikut:
1. Cawangan Fasilitasi Perdagangan & Perindustrian
- Unit Pengurusan & Kawalan Penggudangan
- Unit Pengurusan & Kawalan Kemudahan & Insentif
- Unit Pengurusan Pelesenan Pangkalan Data
- Pengurusan & Kawalan Zon Perindustrian & Zon Perdagangan Bebas
- Unit Pengurusan & Kawalan Gudang Pengilangan Berlesen
2. Cawangan Import/Eksport & Kawalan Sempadan
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Import
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Eksport
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Kawalan Pulau Bebas Cukai/Kedai Bebas Cukai
- Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Penumpang/Kawalan Sempadan
- Unit Analisis & Dasar Percukaian
- Unit Komitmen Antara Agensi
OBJEKTIF BAHAGIAN
- Melaksanakan dasar-dasar mengenai perindustrian, import, eksport dan kawalan sempadan yang ditetapkan oleh jabatan dan kerajaan.
- Membangunkan prosedur perindustrian, import, eksport dan kawalan sempadan selaras dengan dasar-dasar jabatan dan kerajaan.
- Mengkaji semula dasar dan prosidur berkenaan supaya prosidur kastam dipertingkatkan, dipermudahkan serta menjadi lebih telus.
- Memberi kerjasama dan fasilitasi kepada agensi kerajaan yang lain.
- Melaksanakan komitmen dan kerjasama antarabangsa dengan World Customs Organization (WCO), Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), World Trade Organization (WTO) dan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) serta ‘Free Trade Agreements’ dengan negara-negara lain.
- Memberi panduan kepada anggota jabatan di barisan hadapan bagi melaksanakan dasar dan prosedur perkastaman dengan cekap.


