Organisasi JKDM
Bahagian/Unit Di JKDM
Bhg Penguatkuasaan
Fungsi Bahagian
1. Bahagian Penguatkuasaan mempunyai fungsi seperti berikut :
-
Menjalankan operasi risikan ke atas anasir-anasir penyeludupan ke arah meningkatkan tindakan Penguatkuasaan penyeludupan dan penyelewengan.
-
Menjalankan operasi mencegah penyeludupan secara bersepadu dan terkoordinasi melalui kaedah rondaan di darat dan laut, mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki.
-
Menjalankan siasatan mengenai sebarang aktiviti penyeludupan dan penyelewengan samada yang diterima melalui ampoma, aduan dari orang awam atau hasil dari aktiviti risikan yang dijalankan dan menyelesaikan siasatan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
-
Melaksanakan operasi ke atas sasaran atau kawasan hitam penyeludupan bagi tujuan mematahkan saluran penghantaran sindiket, memecahkan rangkaian sindiket serta melemahkan kekuatan sindiket sehingga berjaya dihapuskan melalui tindakan serbuan, penggelidahan, operasi dan perang saraf.
-
Membuka Kertas Siasatan ke atas setiap kes yang diperolehi bagi tujuan diambil tindakan menghukum ke atas mana-mana orang yang ditangkap kerana melakukan kesalahan penyeludupan dan penyelewengan samada melalui tindakan pendakwaan di mahkamah atau tawaran kompaun.
-
Menguruskan penyimpanan dan pelupusan barang rampasan secara efisyen.
-
Mengadakan kempen anti penyeludupan sebagai mekanisma memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya penyeludupan dan membina hubungan kerjasama dengan lain-lain agensi penguatkuasa di dalam dan luar negara.
-
Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan-kesalahan hak harta intelek (IPR), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan Weapon Of Mass Destruction (WMD).
Tugasan
2. Tugasan utama Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut:
Pencegahan dan Rampasan
- Menjalankan tugas-tugas pencegahan penyeludupan di darat dan laut.
- Pengurusan barang-barang rampasan dan lucut hak.
Siasatan
- Membuat siasatan ke atas kes-kes
- Memantau perkembangan kertas siasatan yang berprofil tinggi.
- Pemantauan ke atas kertas siasatan
- Mengkaji kekuatan dan kelemahan kertas siasatan.
- Melaksanakan penyelesaian kes-kes berasaskan keputusan melalui perbincangan meja bulat.
- Melaksanakan siasatan secara bersepadu ke atas kes-kes penting bagi tujuan mempercepatkan penyelesaian tempoh siasatan.
Pendakwaan
- Mengkaji kelemahan dan kekuatan siasatan
- Menjalankan pendakwaan
- Mengkaji dan mencadangkan pindaan ke atas undang-undang tadbiran Jabatan
- Mengkaji keputusan penghakiman untuk dijadikan tanda aras
- Melakukan kajian kes-kes
Narkotik
- Merancang pelaksanaan dasar dan program anti dadah mengikut Strategi Dadah Negara dalam bidang penguatkuasaan, penguatkuasaan dan risikan dadah Jabatan.
- Melaksana aktiviti pengesanan / penguatkuasaan di semua pintu masuk negara melalui darat, laut dan udara.
- Merancang aktiviti risikan dadah melalui kaedah risikan strategik dan operational ke atas individu / sindiket yang terlibat.
- Memberi arahan dan nasihat berkenaan hal Penguatkuasaan dan penyiasatan kes dadah kepada negeri.
- Menyediakan bekalan / peralatan yang mencukupi dan anjing pengesan dadah yang terlatih bagi menjalankan aktiviti pengesanan dengan berkesan.
- Mengeluarkan surat pekeliling, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian kes yang berkaitan dengan dadah.
Risikan
- Menyelaras aktiviti risikan di antara negeri / stesen dengan Ibu Pejabat.
- Meneliti dan mengkaji laporan perisikan dan profil yang dihantar oleh negeri / stesen untuk diambil tindakan susulan.
- Membuat kajian dan analisis khas ke atas aktiviti penyeludupan bagi tujuan merancang dan menyusun strategi Penguatkuasaan.
- Mengkaji dan menganalisis maklumat/aduan mengenai penyeludupan dan penyelewengan yang diterima dan dikumpul dari pelbagai sumber dan seterusnya menyusun strategi dan mengeluarkan arahan untuk tindakan selanjutnya.
- Mengeluarkan dan mengedar surat-surat pekeliling Penguatkuasaan, arahan berjaga-jaga, notis perisikan dan kajian kes.
- Mengujud dan meningkatkan jalinan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain dalam dan luar negeri.
- Merancang dan mengeluarkan perintah / arahan operasi untuk dilaksanakan oleh negeri bagi menangani penyeludupan dan penyelewengan secara berkala mengikut kesesuaian / keperluan dan seterusnya menyediakan laporan hasil pelaksanaan sesuatu operasi itu.
- Memberi bantuan siasatan kepada negeri / stesen dan juga agensi-agensi penguatkuasaan lain dalam dan luar negara.
Bahasa
Info Umum
Alamat Ibu Pejabat
|
Ibu Pej. Jab. Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan No. 3, Persiaran Perdana Presint 2, 62596 Putrajaya Tel :03-8882 2100/2300/2500 |
|
Waktu Operasi
Isnin-Jumaat : 7.30pg-5.30ptg
Rehat : 1.00ptg-2.00ptg
Rehat Jumaat : 12.15tgh-2.45ptg
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Cuti
|
| Pautan Kastam Negeri |



