Selasa, Mac 16, 2010
   
Text Size

BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK

LATAR BELAKANG

Bahagian Perkhidmatan Teknik atau lebih sinonim dengan panggilan PERTEK adalah merupakan salah satu bahagian utama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan terletak dibawah pentadbiran Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / Cukai Dalam Negeri).

Bahagian ini diketuai oleh seorang Pengarah Gred Jusa ‘C’ iaitu Dato’ Govinden Mutosamy telah dibahagikan kepada 3 cawangan iaitu:-

  1. Cawangan Pengurusan Penilaian

  2. Cawangan Penjenisan, Tarif dan Gubalan

  3. Cawangan Kawalan Pungutan dan Tuntutan Hasil.

Setiap cawangan ini pula diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kastam Gred W54. Pada masa ini, Cawangan Pengurusan Penilaian diketuai oleh Tn Mohamed bin Jaafar, Cawangan Kawalan Pungutan dan Tuntutan Hasil diketuai oleh Tn Mohd Shaidin Bin Ismail manakala Pn Soria Bt Othman pula mengetuai Cawangan Penjenisan, Tarif dan Gubalan.

Pada masa ini keanggotaan di Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat terdiri daripada 43 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan / Professional serta 40 orang kakitangan kumpulan sokongan.

Selaras dengan Dasar Pembangunan Integriti, Core Business, Teknologi, Rakyat (I,C,T,R) berteraskan pendekatan holistik yang menjurus ke arah perkhidmatan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, kami berjanji sekiranya permohonan yang dikemukakan lengkap, akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:-

  1. Mengeluarkan keputusan penjenisan dalam tempoh 14 hingga 60 hari bekerja.

  2. Memproses dan mengeluarkan keputusan penilaian harga barangan dalam tempoh 7 hari bekerja.

  3. Mengeluarkan keputusan penilaian kastam ke atas permohonan penilaian kenderaan baru import dalam tempoh 30 hari bekerja.

  4. Mengeluarkan keputusan Harga Pasaran Terbuka Eksais (HPTE) kenderaan bermotor dalam tempoh 14 hari bekerja dengan.

  5. Memproses bayaran balik tuntutan subsidi petroleum dan “reimbursement” duti petrol dalam tempoh 5 hari bekerja.

Kami juga mengiktiraf hak pelanggan seperti berikut:

  • Mendapat perkhidmatan yang mesra, adil, tepat dan profesional.

  • Mempunyai peluang untuk membuat aduan, pandangan dan cadangan.

  • Menjamin kerahsiaan maklumat pelanggan.


OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK

  1. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan masalah penilaian ke atas barangan import, eksport, barangan bercukai jualan dan eksais berdasarkan definisi nilai di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Cukai Jualan 1972.

  2. Mengemaskini undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang ditadbir oleh jabatan.

  3. Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan masalah penjenisan barangan mengikut Sistem Berharmonis / ASEAN Harmonised Tariff Nomenclature.

  4. Menentukan tahap pematuhan penilaian secara sukarela di kalangan pengimport-pengimport serta menjalankan pemeriksaan akaun pemegang lesen dan pengimport dengan berkesan dan sempurna.

  5. Memastikan semua kutipan hasil jabatan diperakaunkan dengan tetap dan betul dan memastikan tunggakan hasil jabatan diperakaunkan dengan sempurna.

  6. Mengurus dan mengendalikan akaun jabatan dengan cermat, kemas dan penuh akauntabiliti.

  7. Melaksanakan pengurusan risiko bagi menentukan penarafan risiko ke atas pengimport-pengimport melalui Customs Verfication Initiative (CVI).

Bahasa

Tinjauan Web JKDM

Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?

Untuk Maklumbalas berkenaan Web, Sila Klik disini

Alamat Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500

Pautan

JKDM Webmail
Sistem Semakan Emel Kastam
lapor-penyeludupan
Pautan Kastam Negeri