Khamis, Mac 11, 2010
   
Text Size

CAWANGAN PENJENISAN, TARIF DAN GUBALAN

OBJEKTIF CAWANGAN

1. Memastikan penjenisan barangan dibuat dengan tepat dan cepat

2. Meningkatkan kefahaman serta pengetahuan pegawai mengenai hal-hal penjenisan, tariff dan gubalan.

3. Menyeragamkan laporan penjenisan barangan dengan memberikan garis panduan yang tepat

4. Memperkemaskan semua undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang ditadbir oleh Jabatan.


LATAR BELAKANG

Cawangan ini diketuai oleh Pn Soria Bt Othman, Timbalan Pengarah Kastam Gred W54 dan beroperasi di Aras 6 Utara, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Cawangan ini dianggotai seramai 18 orang pegawai kumpulan Pengurusan / Professional serta 14 kakitangan kumpulan sokongan. Cawangan ini pula terdiri daripada 5 unit iaitu:-

a) UNIT PENJENISAN DAN KETETAPAN KASTAM

Setiap barangan yang diimport/dieksport atau dikilang akan diperjeniskan bagi menentukan kod tariff dan kadar duti/cukai yang dikenakan sebagaimana diwartakan melalui Perintah Duti Kastam, di samping itu menentukan juga samada barangan berkenaan tertakluk kepada larangan import ataupun eksport di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) atau (Larangan Mengenai Eksport) atau sebaliknya. Ini adalah antara tujuan mengapa unit ini telah diwujudkan. Selain daripada itu, unit ini turut menjalankan fungsi –fungsi lain seperti:-

(i) Menentukan penjenisan barangan berpandukan Sistem Berharmonis dan menentukan Kod Tarif Kastam mengikut kod-kod dalam Perintah Duti Kastam 2007, Perintah Duti Kastam (BARANG-BARANG BERASAL DARI NEGERI-NEGERI ASEAN) 2007, Perintah Duti Eksais 2004 dan Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai No.1) 2008.

(ii) Menjadi tempat pertanyaan dan rujukan kepada pihak stesen dan lain-lain pelanggan mengenai penjenisan barangan dengan cara bersemuka, melalui telefon dan e-mel.

(iii)Mengeluarkan garis panduan, arahan pekeliling dan perintah kepada stesen bagi mempertingkatkan keupayaan dan bagi memastikan keseragaman penjenisan barangan.

(iv)Membuat perancangan dan tindakan bagi melaksanakan komitmen Cawangan Penjenisan, Tarif dan Gubalan Ibu Pejabat ke atas standard-standard yang ditetapkan dalam WCO.

(v) Menyediakan sumber rujukan (source of reference) yang lengkap dan mencukupi untuk rujukan Pegawai Penjenisan Ibu Pejabat dan stesen.

(vi)Mengambil bahagian dalam forum, bengkel dan mesyuarat di peringkat antarabangsa yang melibatkan isu-isu berkaitan Sistem Berharmonis (Harmonize System) dan Penjenisan Barangan (Classification of Goods)

b) UNIT TARIF DAN GUBALAN

Unit ini mempunyai beberapa fungsi tersendiri iaitu:-

(i) Memproses cadangan pindaan dan mengemaskini semua perundangan yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tujuan pewartaan serta memperjeniskan dagangan selaras dengan Sistem Berharmonis /Harmonised System.

(ii) Menggubal peruntukan baru dan pindaan kepada perundangan yang ditadbirkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan memastikan pengedarannya dibuat ke semua Stesen Kastam di seluruh negara supaya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

(iii)Mengadakan perbincangan /mesyuarat dari masa ke semasa dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Jabatan Peguam Negara dalam aspek penggubalan perundangan baru atau pindaan yang relevan.

(iv) Mengkaji dan menyediakan draf pewartaan Bajet Tahunan Negara yang berkaitan dengan Cukai Tidak Langsung.

(v) Meneruskan program pengemaskinian maklumat pengkalan data Sistem Maklumat Kastam (SMK) selaras dengan pindaan-pindaan yang diwartakan dan memastikan Modul Data Kawalan SMK dikemaskini.

(vi)Memperjeniskan dagangan selaras dengan prinsip-prinsip di bawah Sistem Berharmonis (SB) yang dikeluarkan oleh World Customs Organisation (WCO).

(vii)Memberi khidmat nasihat/pakar rujuk kepada agensi-agensi kerajaan berhubung dengan penjenisan serta memberi khidmat nasihat teknikal sebagai ahli tetap dalam Jawatankuasa Penasihat Khas Berkenaan Tarif /Special Advisory Committee on Tariff (SACT).

c) UNIT CUSTOMS VERIFICATION INITIATIVE (CVI)

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti dan menentukan tahap risiko dagangan dengan menggunakan Modul Selektiviti SMK bagi tujuan pelepasan.

2. Mencegah penyelewengan dan frod kastam serta memastikan pematuhan kepada perundangan dan syarat-syarat pengimportan.

3. Mempercepatkan pelepasan barangan dari kawalan kastam.

Latar belakang

Projek perintis CVI telah dilaksanakan di KDRM Johor mulai 1.9.2007 dan mulai 1.1.2008 telah dilaksanakan sepenuhnya di Melaka dan Negeri Sembilan dengan pusat kawalan CVI dipusatkan di menara Kastam, Johor Bahru.

Ekoran daripada kejayaan projek perintis di Johor, Ketua Pengarah Kastam telah mengarahkan penubuhan Unit CVI Ibu Pejabat dan menjadikan unit ini sebagai pusat kawalan CVI untuk semua stesen KDRM.

Projek CVI (pilot run) telah dilaksanakan di Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Kelang oleh JKDM Selangor mulai 17.12.2008. Projek seterusnya telah dilaksanakan di Pulau Pinang (pelabuhan NBCT, BWCT, LTL Mas Kargo, dan Kompleks Kedua Kargo Udara: Cawangan Penggudangan); Perak (Pengkalan Hulu dan Ipoh ICD); Kedah (Bukit Kayu Hitam); dan Perlis (Padang Besar).

Perlaksanaan projek CVI di WPKL, KLIA, Kelantan, Terengganu, Pahang telah dilaksanakan mulai Mei 2009 dan untuk negeri Sabah dan Sarawak dimulakan pada awal bulan berikutnya.

SKOP DAN FUNGSI TUGAS

CVI Ibu Pejabat adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek pengurusan risiko KDRM dengan:-

    1. Membuat selectivity berdasarkan risk profiling ke atas pengikraran pengimportan, pengeksportan, dan penggudangan berdasarkan kepada 10 kriteria risiko makro.

    2. 10 kriteria risiko makro adalah seperti berikut :-

      1. Kod Tarif

      2. No. Pendaftaran Kenderaan ( Road Mode )

      3. No. Kontena ( Sea Mode )

      4. Port of Lading

      5. Negara Asal

      6. Nilai Unit

      7. Jenis Transaksi CUSDEC

      8. Kelas Kargo

      9. No. Kod pendaftaran SSM

    3. Semakan secara manual ke atas CUSDEC K1-K9 dan seterusnya memberi arahan sewajarnya samada dari segi penilaian harga atau kod tariff.

    4. Mengumpul dan menganalisa data-data off-line berikut untuk dijadikan indikator risiko:-

      1. Database kesalahan penjenisan

      2. Database kesalahan penilaian

      3. Syarikat yang menikmati kemudahan pengecualian duti / cukai Jualan yang berisiko tinggi.

      4. Hasil auditan pasca import dan cawangan pemeriksaan akaun.

      5. Syarikat-syarikat dan agen-agen berisiko tinggi berdasarkan analisa kes-kes dan risikan pencegahan.

      6. Menyediakan justifikasi untuk setiap perubahan yang dilakukan ke atas indikator risiko.

      7. Memantau setiap indikator untuk memastikan proses pelepasan dagangan import berjalan lancar. Sekiranya berlaku kesesakan maka unit CVI perlu mengkaji semula indikator yang telah ditetapkan.

      8. Mengenalpasti syarikat / pengimport / agen yang mempunyai tahap pematuhan yang rendah.

      9. Membuat analisa ke atas trend kesalahan bagi menentukan ada / tiada elemen-elemen frod.

      10. Menyediakan profil mengikut syarikat / pengimport, jenis dagangan, negara tempat asal, hubungan pengeksport dan pengimport, nilai dan kuantiti serta memilih syarikat untuk dibuat auditan.

    1. Memastikan dan menambahbaik tahap pematuhan pengimport dan pedagang kepada perundangan kastam tanpa menggangu sistem penyampaian jabatan.

Bahasa

Tinjauan Web JKDM

Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?

Untuk Maklumbalas berkenaan Web, Sila Klik disini

Alamat Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500

Pautan

JKDM Webmail
Sistem Semakan Emel Kastam
lapor-penyeludupan
Pautan Kastam Negeri