CAWANGAN PENGURUSAN PENILAIAN
LATAR BELAKANG
Cawangan ini diketuai oleh seorang TImbalan Pengarah Kastam W54, Tn Mohamed Bin Jaafar dan terletak di Aras 6 Utara, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pada masa ini cawangan ini mempunyai keanggotaan seramai 16 orang dan fungsi unit ini antaranya adalah seperti:-
a) Menentukan semua peruntukan undang-undang dan peraturan termasuk Peraturan- Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999 dan Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Kaedah Penilaian) 2002 serta perintah-perintah berkaitan berhubung masalah / isu Penilaian Kastam, Eksais dan Cukai Jualan dipatuhi.
b) Mengambil dan melaksanakan langkah-langkah membangun serta mengemaskini sistem maklumat dan mekanisme bagi memastikan kejayaan penilaian kastam yang diasaskan kepada Perjanjian WTO melalui aktiviti-aktiviti pengurusan penilaian, pematuhan dan profiling.
c) Mengkaji dan menyediakan profiling syarikat untuk tujuan penyediaan dan pengumpulan maklumat ke dalam database.
d) Membuat penilaian harga ke atas dagangan import mengikut Seksyen 13 Akta Kastam 1967
e) Memproses dan menyediakan harga pasaran terbuka serta kenderaan import, baru dan terpakai termasuk dari Langkawi dan Labuan serta milik Sultan dan Diplomat.
f) Mengkaji dan menyediakan Harga Pasaran Terbuka Eksais Kenderaan Bermotor
g) Memproses dan menyediakan perakuan atas permohonan / rayuan syarikat berhubung penilaian barangan import dan cukai jualan
h) Memproses dan menyediakan harga eksport komoditi utama iaitu Minyak Kelapa Sawit, Isirong Kelapa Sawit dan Minyak Mentah Petroleum.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



