Selasa, Mac 16, 2010
   
Text Size

CAWANGAN KAWALAN PUNGUTAN DAN TUNTUTAN HASIL

OBJEKTIF

1. Memastikan hasil Jabatan dipungut dan diperakaunkan dengan betul dan tepat

2. Membuat pemantauan dan analisa hasil yang berkesan serta menyediakan unjuran hasil Jabatan

3. Memastikan tunggakan hasil Jabatan diurus dengan sempurna

4. Memastikan semua tuntutan bayaran balik dan subsidi dibuat mengikut peraturan

5. Memastikan proses hapuskira dilaksanakan dengan betul dan sempurna

6. Menyediakan kemudahan sokongan Bahagian Perkhidmatan Teknik

LATAR BELAKANG

Cawangan ini yang terletak di Aras 6 Selatan, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia ini, diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kastam W54, Tn Mohd Shaidin bin Ismail dan mempunyai keanggotaan seramai 27 orang. Cawangan ini terdiri dari 5 unit iaitu:-



a) UNIT ANALISA HASIL DAN EKONOMI.

Diketuai oleh seorang Penguasa Kastam W41, Pn Noor Hamidah Bt Kasim, fungsi unit ini termasuklah memantau pungutan hasil serta mengkaji komodti-komoditi yang telah dan berpotensi menjadi penyumbang utama kepada pungutan hasil JKDM. Selain daripada itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam penyediaan unjuran hasil tahunan JKDM serta menyelenggarakan Sistem Paparan Hasil Kastam (RMS).

b) UNIT PUNGUTAN

Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam W48, Pn Rahimi Adidah Bt Abdul Majid dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah Kastam W44, Tn Ganesan Kothendepani.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berorientasikan kepada objektif unit iaitu memastikan hasil jabatan dipungut dan diperakaunkan dengan betul dan tepat. Di antara fungsi-fungsi utama adalah seperti berikut:

- Memastikan sistem pungutan hasil dan perakaunan hasil dikendalikan dengan sempurna dan mematuhi semua perundangan dan peraturan yang berkaitan.

- Memberi khidmat nasihat berkaitan tatacara pungutan dan perakaunan hasil yang betul.

- Memproses permohonan penubuhan pusat pungutan hasil.

- Mengkaji dan memproses perwujudan kod-kod hasil baru (Kod Hasil Jabatan dan Kod Hasil Persekutuan).

- Mengkaji kaedah-kaedah baru mekanisme pungutan hasil.

c) UNIT AKAUN BELUM TERIMA (ABT)

Diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam W48, Pn Norani Bt Saedin, antara fungsi unit ini termasuklah:-

- Menyediakan maklumat dan kedudukan ABT jabatan

- Menyediakan laporan dan analisis tunggakan hasil jabatan secara berkala

- Menguruskan proses senarai hitam serta membuat pemantauan dan menguruskan kedudukan ABT jabatan.


d) UNIT TUNTUTAN DAN SUBSIDI

- Memproses pengeluaran waran kecil ke negeri-negeri

- Menyediakan rekupment panjar seperduabelas kepada stesen pembayaran Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

- Memproses pembayaran balik subsidi atas diesel dan petrol

- Memproses permohonan tuntutan “Reimbursement of Duty on Petrol”


e) UNIT HAPUSKIRA

- Memproses permohonan hapus kira untuk dimajukan kepada Ketua Pengarah Kastam dan Perbendaharaan.

- Mengkaji, menilai semula dan meminda prosedur permohonan hapuskira.

- Mengkaji, menganalisa dan menyediakan laporan Prestasi Permohonan Hapuskira

Bahasa

Tinjauan Web JKDM

Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?

Untuk Maklumbalas berkenaan Web, Sila Klik disini

Alamat Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500

Pautan

JKDM Webmail
Sistem Semakan Emel Kastam
lapor-penyeludupan
Pautan Kastam Negeri