Piagam Pelanggan Bahagian Perkastaman
Kami komited memberikan perkhidmatan yang professional kepada pelanggan dan sentiasa menambahbaik perkhidmatan supaya ia selaras dengan aspirasi pelanggan dengan member penekanan kepada kriteria berikut :
· Berlunaskan undang-undang
· Tepat dalam membuat keputusan
· Menepati masa yang dijanjikan
· Layanan mesra dan adil
Dalam melaksanakan amanah memungut duti dan cukai, member fasilitasi perkastaman serta memastikan pematuhan undang-undang untuk memelihara kepentingan ekonomi, social dan keselamatan Negara, kami janji :
|
Bil |
Aktiviti Perkastaman |
|
1 |
Memproses dan meluluskan permohonan yang lengkap bagi pelepasan barang import dengan menggunakan Borang Kastam No. 1 dalam tempoh puratanya bagi mod :- · Udara : 3 jam 38 minit · Laut : 14 jam 25 minit |
|
2 |
Memproses dan meluluskan pelepasan pemindahan barangan melalui Borang Kastam No. 3 dan No. 8 dalam tempoh 30 minit. |
|
3 |
Memproses dan meluluskan pelepasan Import Sementara ATA Carnet dalam tempoh puratanya 3 jam. |
|
4 |
Semua kelulusan lanjutan tempoh Import Sementara untuk tempoh yang melebihi 6 bulan dikeluarkan dalam tempoh 1 (satu) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima. |
|
5 |
Memberi perkhidmatan pemeriksaan dan pelepasan penumpang dalam tempoh 10 minit bagi penumpang yang membawa bagasi yang tidak bercukai dan 30 minit bagi bagasi yang bercukai. |
|
6 |
Semua kelulusan had gerakan akan dikeluarkan dalam masa 3 (tiga) hari daro tarikh permohonan lengkap. |
|
7 |
Semua permohonan lessen Gudang Berlesen Persendirian, Agen Awam akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh laporan lengkap diterima dari stesen serta memenuhi syarat perlesenan. |
|
8 |
Semua permohonan Lesen Gudang Berlesen Awam, Depoh Pelepasan Pendalaman dan Kedi Bebas Cukai akan diproses dan dikemukakan laporan ke Perbendaharaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima dari stesen. |
|
9 |
Mengeluarkan kelulusan pengecualian duti untuk jualan tempatan, pemindahan/ mengeksport bahan-bahan mentah, komponen, mesin dan alat kelengkapan dan operasi Pusat Perolehan Antarabangsa (International Procurement Centre) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh diterima. |
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



