FUNGSI BAHAGIAN KASTAM.
1.BAHAGIAN KASTAM.
1.1 Cawangan Import/Eksport & Kawalan Sempadan
1.1.1 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Import
i) Merangka dan memperaku dasar baru aktiviti import.
ii) Mengkaji keperluan dan pelaksanaan cadangan pindaaan semua perundangan berkaitan
import.
iii) Merangka dan menggubal peraturan dan prosedur import.
iv) Memantau dan menyelaras prosedur dan aktiviti import.
v) Memantau dan menyediakan sistem demerit.
vi) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perindustrian dan perdagangan dan lain-lain klien jabatan berhubung aktiviti import.
vii) transit dan pergerakan dalam negeri dan barang-barang import.
viii) Merangka dan memperaku dasar baru dalam aktiviti fasilitasi import.
ix) Mengkaji keperluan dan pelaksanaan cadangan pndaan semua perundangan.
x) Mengkaji sistem import fasilitasi untuk perdagangan.
xi)Merangka dan menggubal peraturan dan prosedur fasilitasi import.
xii)Memantau dan menyelaras prosedur dan aktiviti fasilitasi import.
xiii) Menyelaras aktiviti import dengan fasilitasi perdagangan dibawah World Customs Organisation framework of Standard (FoS) dan Revised Kyoto Convention (RKC).
xiv) Mengurus dan memantau pembangunan sistem dan teknologi untuk fasilitasi perdagangan import.
xv) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perindustrian dan perdagangan dan lain klien jabatan untuk fasilitasi perdagangan import.
xvi) Mengurus dan memantau pembangunan sistem operasi import.
xvii) Perlepasan terus.
xviii) Express handling Unit
xix) Paperless
xx) eDeclare
xxi) ePayment
xxii) ePermit
xxiii) ePco
xxiv) aPAM
xxv) Mengurus dan memantau pelaksanaan National Single Window (NSW)
xxvi)Memantau dan menyelaras pelaksanaan NSW dengan pelaksanaan Asean Single Window (ASW)
1.1.2 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Eksport.
i) Merangka dan memperaku dasar baru aktiviti eksport dan transshipment
ii) merangka dan membantu peraturan dan prosedur eksport dan transshipment.
iii) Memantau dan menyelaras prosedur dan aktiviti eksport dan transshipment
iv) Memantau pelaksanaan prosedur eksport dan transshipment antara Wilayah
1.1.3 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Kawalan Pulau Bebas Cukai Dan Kedai Bebas Cukai.
i) Merangka dan menggubal paraturan dan prosedur PBC /KBC
ii) Memantau dan meyelaras prosedur dan aktiviti PBC /KBC
iii) Merangka dan memperaku dasar baru aktiviti PBC /KBC
iv) Mengkaji cadangan, keperluan dan pelaksanaan sistem, prosedur dan perundangan PBC /KBC supaya dapat dibuat pindaan selaras dengan kehendak semasa.
v) Menyelaras aktiviti PBC /KBC supaya fasilitasi perdagangan selari dengan WCO FoS dan Revised Kyoto Convention (RKC)
vi) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perindustrian dan perdagangan PBC dan operator KBC.
1.1.4 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Kawalan Sempadan.
i) Merangka, menggubal perundangan dan peraturan berkaitan dengan kawalan sempadan
darat, laut dan udara.
ii) Merangka, menggubal dasar & prosedur kawalan sempadan darat, laut dan udara.
iii) Mengkaji perundangan, peraturan, prosedur kawalan sempadan supaya memudahkan
perdagangan.
iv) Memantau pelaksanaan perundangan, peraturan di sempadan dan membuat penambahbaikan.
v) Menilai dan memperaku dasar baru bagi aktiviti in-transit di sempadan darat.
vi) Menyelia dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan operasi kastam di sempadan dan selaras dengan perundangan dan peraturan.
vii) Menilai dan meluluskan permohonan in-transit oleh pemohon.
viii) Membuat kajian dan perakuan keatas keperluan dan kemudahan yang perlu di stesen sempadan (CIQ)
ix) Sebagai ahli mesyuarat-mesyuarat dua hala dan pelbagai hala peringkat ASEAN berhubung dengan isu kawalan sempadan.
x) Memantau dan memberi fasilitasi kepada perkhidmatan Pos dan Mel Korier.
xi) Sebagai ahli mesyuarat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN)
xii) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perdangan disempadan.
1.1.5 Unit Pengurusan & Penguatkuasaan Penumpang
i) Mengkaji, merangka dan menggubal perundangan, dan peraturan berkaitan Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP).
ii) Merangka dan menggubal prosedur pelaksanaan operasi Unit Khas Pemeriksaan Penumpang.
iii) Mengkaji dan memperaku pintu-pintu masuk baru yang perlu mempunyai UKPP.
iv) Memperaku kriteria-kriteria untuk pemilihan anggota Unit Khas Pemeriksaan Penumpang.
v) Mengkaji, menilai dan memperaku kemudahan-kemudahan serta pengecualian kepada pelancong.
vi) Mengkaji, Menggubal dan memantau pelaksanaan dasar Kawalan Matawang Rentas Sempadan (AMLA & Akta Kawalan Tukaran Wang)
vii) Mengkaji trend UKPP antarabangsa dan meyelaras dengan amalan dalam negara.
viii) Mengkaji dan menentukan Sistem Pemeriksaan Penumpang serta menilai keberkesanannya dari semasa ke semasa.
ix) Membangun, melaksana dan memantau advance passenger information system (Apis)
x) Membuat penilaian risiko dan membangunkan profail dan sasaran ke atas penumpang terutama sekali penumpang yang terlibat dalam pengedaran dadah dan aktiviti pengganas.
xi) Membuat pemantauan dan kawalan ke atas dasar prosedur, perintah tetap UKPP dan Perintah Tetap matawang yang telah dikeluarkan.
xii) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada Agensi Pelancongan dari dalam dan luar negara.
1.1.6 Unit Komitmen Antara Agensi.
i) Mengubal dasar dan peraturan yang jelas berkaitan dengan komitmen Jabatan dengan agensi-agensi yang lain.
ii) Menyelaras isu-siu pengeluaran permit secara elektronik dengan agensi-agensi yang terlibat seperti MITI,AELB, PDRM, MOFA, MOA, MOF, MOSTI, STRIDE, KESIHATAN, JABATAN HAIWAN, PERHILITAN, DLL.
iii) Mempengerusikan mesyuarat antara agensi seMalaysia.
iv) Urusetia kepada semua isu-isu perkastaman yang perlu diselesaikan bersama agensi kerajaan lain.
v) Menyelaras pelaksanaan rule of origin (ROO) yang telah dipersetujui melalui mesyuarat dua hala dan pelbagai hala perdagangan bebas.
vi) Mengharmonisasikan sistem dan prosedur perdagangan antara agensi.
vii) Bertanggungjawab ke atas perundangan, polisi, dasar dan prosedur.
viii) Perindustrian jabatan selaras dengan Dasar Perindustrian Negara dan mengambil tindakan penambahbaikan.
ix) Membuat penilaian risiko dan membangunkan profail kilang.
x Membuat pemantauan ke atas LMW yang berisiko tinggi dan memastikan tahap pematuhannya.
xi) Mengendali latihan kepada pegawai jabatan.
xii)Mengendalikan awareness program/latihan/bengkel mengenai dasar-dasar terkini bagi pengilang.
xiii) Mengkaji trend perindustrian dalam negara bagi mengenalpasti penyalahgunaannya dan mengambil tindakan penambahbaikan.
xiv) Mengkaji trend perindustrian antarabangsa dan selaras dengan amalan dalam negara.
xv) Khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perdagangan/pelabur.
1.1.7 Unit Analisis & Dasar Percukaian
i) Membuat analisis keatas data dan laporan yang dikumpul oleh unit Profiling Data
ii) Menentukan tahap risiko pelanggan yang dianalisis.
iii) Membangunkan sistem dan prosedur perkastaman yang mudah, telus, harmoni, berpiawaian, terkini dan boleh dijangkakan.
iv) Menyemak prosedur-prosedur using atau lapok supaya disesuau dengan amalan perdagangan dan perkastaman terkini.
v) Mengadakan ‘business consultation’ dengan industry secara berjadual (Mingguan/bulanan).
vi) Membincang dan meyelesaikan isu-isu perkastaman yang dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat berkala seperti PEMUDAH (bulanan), Panel Perundingan Kastam/Swasta (2X setahun), dialog MITI (2X setahun), Dialog Bajet (tahunan), Parlimen dan lain-lain.
vii) Malaksanakan Business Process Engineering seperti Nasional Single Windows (NSW), “paperless environment”, pelaksanaan “framework of Standart” dan lain-lain.
viii) Memastikan sistem penyampaian perkastaman memenuhi kehendak pelanggan.
1.2 Cawangan Fasilitasi Perdagangan Dan Perindustrian.
1.2.1 Unit Pengurusan & Kawalan Penggudangan.
i) Menggubal dasar, prosedur, polisi, dan perundangan berkaitan dengan aktiviti pergudangan.
ii) Mengkaji trend pergudangan antarabangsa dan membuat penambahbaikan ke atas prosedur, polisi, perundangan dan dasar pergudangan dalam negara.
iii) Melaksana pemantauan aktiviti pergudangan dan mengenalpasti penyalahgunaan pergudangan.
iv) Mengkaji trend pergudangan antarabangsa dan selaras dengan amalan dalam negara.
v) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perdagangan/pelabur.
1.2.2 Unit Pengurusan & Kawalan Kemudahan Dan Insentif.
i) Membuat pemantauan keatas cawangan kemudahan dan insentif negeri.
ii) Memastikan negeri membuat pemantauan secara berkala dan mengejut ke atas kilang-kilang yang mendapat kemudahan dan insentif.
iii) Melatih pegawai Jabatan supaya mahir dalam pemantauan ke atas kilang-kilang yang diberi kemudahan.
iv) Mengendalikan awareness program/latihan/bengkel mengenai dasar-dasar terkini untuk meningkatkan pematuhan oleh syarikat/pengilang.
v) Mengkaji trend perdagangan dan perindustrian dalam negara dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan seterusnya membuat penambahbaikan.
vi) Mengkaji trend perdagangan dan perindustrian antarabangsa dan selaraskan dengan amalan dalam negara.
vii) Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti perdagangan/pelabur.
1.2.3 Unit Pengurusan Perlesenan Pengkalan Data & Pemantauan.
I) Merancang, memungut dan menilai data perkastaman
ii) Menyatu data (collate) dan menafsirkan data yang dipungut
iii) Membuat laporan dengan membangunkan profiling data
iv) Memantau dan mengemaskini data yang telah dikumpul
v) Menyedia dan mengedarkan arahan berjaga-jaga
vi) Mengenalpasti dan membangunkan petunjuk risiko
vii) Memantau tahap risiko profail yang dibangunkan
viii) Membuat laporan cadangan dan perakuan
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



