1. Pendahuluan
1.1 Cawangan Komunikasi Awam (CKA) nama baru selepas penstrukturan semula Jabatan melalui Waran Perjawatan Bil. A 162 Tahun 2008 B.10- Perbendaharaan Malaysia bertarikh 9 September 2008, yang dahulunya dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam (UPA)
1.2 Ianya ditubuhkan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman orang awam mengenai fungsi, matlamat, perkhidmatan teras (core business), peraturan dan perundangan kastam disamping menjadikan wadah komunikasi yang dapat mengeratkan perhubungan di antara Jabatan dengan orang awam maupun warga Jabatan sendiri.
2. Fungsi
2.1 Secara umumnya, fungsi Cawangan Komunikasi Awam dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi luaran dan dalaman.
2.2 Fungsi luaran melibatkan pihak swasta, pelajar dan orang awam seperti berikut:
2.2.1 Memberi penerangan kepada orang ramai dan pihak swasta mengenai fungsi, perkhidmatan teras, peraturan, perundangan serta maklumat terkini Jabatan Kastam melalui ceramah, dialog, pameran, kempen dan pengedaran penerbitan/ risalah.
2.2.2 Melaporkan maklumat-maklumat terbaru pindaan peraturan-peraturan dan prosedur kastam melalui media massa , laman web dan Buku Panduan/ Notis Kastam kepada pihak swasta dan orang ramai.
2.2.3 Bertindak sebagai pusat seranta dan Pegawai Pengaduan Awam apabila menerima pertanyaan, aduan dan teguran orang ramai serta pihak swasta tentang
2.2.4 Jabatan serta menjawab dan memberi maklumbalas/ penerangan dengan cepat, tepat dan telus.
2.2.5 Menguruskan liputan dan sidang akhbar bagi pihak Jabatan di peringkat Ibu Pejabat dan membantu pengendaliannya di peringkat stesen.
2.2.6 Menulis dan menjawab pertanyaan serta aduan melalui media massa seperti akhbar, TV dan radio.
2.2.7 Mewujudkan sistem perhubungan talian terus (hot-line) dan laman web Jabatan (e-mail).
2.2.8 Bertindak sebagai urusetia Mesyuarat Panel Perundingan Kastam/Swasta.
2.3 Manakala fungsi dalaman pula untuk kakitangan Jabatan adalah seperti berikut:
2.3.1 Mengendalikan liputan semua acara-acara rasmi dan separuh rasmi Jabatan serta acara-acara lain yang berkaitan dengan Jabatan untuk tujuan rekod maupun sebaran dalaman Jabatan.
2.3.2 Menganggotai Jawatankuasa Kerja/ Seminar/ Kempen mengenai isu semasa dan mesyuarat di peringkat Jabatan dan Antarabangsa.
2.3.3 Menguruskan urusan pameran dan kempen Jabatan sama ada di peringkat Ibu Pejabat atau stesen, khususnya dalam membekalkan penerbitan/ risalah pejabat.
2.3.4 Menerbitkan dan mengedarkan penerbitan/ risalah kepada pelanggan luaran dan dalaman Jabatan supaya maklumat terkini Jabatan dapat diikuti.
2.3.5 Mengumpul, menyunting, mengemaskini dan menganalisa maklumat-maklumat yang diterima daripada Stesen, Bahagian/ Cawangan bagi tujuan penerbitan Laporan Tahunan dan penerbitan-penerbitan lain.
2.3.6 Membuat tinjaun dan lawatan ke stesen-stesen bagi mengikuti perkembangan serta maklumbalas terkini.
3. Aktiviti-aktiviti
Pelbagai aktiviti telah di laksanakan oleh Cawangan Komunikasi Awam (CKA) bagi merealisasikan misi dan visi Jabatan . Di antaranya ialah:-
3.1 Laman Web
3.2 Panel Perundingan Kastam-Swasta
3.3 Aduan Awam
3.4 Menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Di Peringkat Jabatan/Agensi
3.5 Menjawab e-mail dan pertanyaan melalui telefon
3.6 Penerbitan Buletin Dalaman KDRM
3.7 Sidang Akhbar /Kenyataan Akhbar/Temuramah Melalui TV
3.8 Menyemak Kandungan Akhbar Harian
3.9 Mengadakan Pameran
3.10. Menerima Pelawat
3.11. Promosi Hari Kastam Sedunia
3.12. Menerbitkan Risalah dan Buku Panduan
3.13. Membuat rakaman ucapan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
3.14. Galeri Putra Perdana
3.15. Galeri Kualiti
3.16. Urusetia/ Pentadbiran
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



