Pendahuluan
Fungsi utama Cawangan Kajian Dan Perancangan Strategik adalah membuat kajian dan penyelidikan meliputi perundangan, sistem dan prosedur kerja bagi pembangunan organisasi yang terancang dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Cawangan ini juga bertanggungjawab memastikan sistem penyampaian Jabatan sentiasa ditahap yang tinggi, memenuhi kehendak pelanggan dan berkesan. Disamping itu, memastikan pembangunan Jabatan yang disediakan relevan dengan perkembangan semasa dengan mengambilkira perubahan dan permodenan organisasi selari dengan dasar perkhidmatan awam dan kerajaan amnya.
Fungsi
• Merancang dan Melaksanakan Pelan Strategik Jabatan dan Perancangan Tahunan Jabatan.
• Menyelidik Isu-Isu Setempat, Strategik dan ‘Global’ yang ada kaitan dengan Jabatan.
• Membuat Penyelidikan dan Kajian Semula ke atas semua aspek Perundangan, Percukaian dan Sistem Pengurusan Jabatan.
• Merancang, Membangun, Melaksana dan Membuat Penilaian Menggunakan Sistem Pengukuran Organisasi Melalui Penggunaan Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI).
• Mengenalpasti masalah-masalah di dalam Pelaksanaan Sesuatu Program Ke Arah Memastikan Polisi-Polisi Jabatan Dilaksanakan dengan betul dan Menepati Objektif Jabatan.
• Merancang serta Menyelaras Pelaksanaan Program-Program Pengurusan Kualiti Jabatan serta Pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkaitan dengannya.
• Merancang Aspek-Aspek Pembangunan Organisasi dan Pemodenan Pentadbiran.
Aktiviti
• Menjadi Urus Setia Meyuarat Penyelaras dan Pasukan Petugas Kualiti dan Produktiviti Jabatan.
• Memantau serta Membantu Pelaksanaan Projek MS ISO 9001:2000 Kastam Diraja Malaysia.
• Menggalak dan Menyelaras Penyertaan Negeri-Negeri Dalam Anugerah Kualiti Sektor Awam dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.
• Menggalak dan Menyelaras Penyertaan Negeri-Negeri dalam Anugerah Sempena Hari Kualiti Kementerian Kewangan.
• Menganjurkan Konvensyen KMK Peringkat Jabatan.
• Menganjurkan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Jabatan.
• Menganjurkan Pertandingan e-Kuiz Kastam Diraja Malaysia.
• Menganjurkan Anugerah Kualiti Kastam Diraja Malaysia.
• Membangunkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama @ ‘Key Performance Indicators’ (KPI) Kastam Diraja Malaysia.
• Memantau dan Menggalakkan Penyertaan Bahagian/Negeri dalam Kuiz Pelaburan PNB Anjuran Permodalan Nasional Berhad.
• Menjalankan Kajian Semula dan Penyelidikan ke atas aspek-aspek Perundangan dan Sistem Pengurusan Jabatan.
• Menyediakan Pelan Tindakan Perancangan Strategik Jabatan.
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



