Jumaat, Mac 12, 2010
   
Text Size

Objektif Cawangan
Mengerat dan memperkukuhkan perhubungan dan kerjasama di antara Kastam Diraja Malaysia dengan Pentadbiran Kastam luar negara supaya pertukaran maklumat perkastaman dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan perundangan perkastaman antarabangsa.

Fungsi Cawangan
Mempastikan penglibatan langsung dan aktif Jabatan dalam fora-fora antarabangsa yang meliputi penyertaan dalam mesyuarat, seminar, bengkel, forum dan program kerjasama latihan serta menjadi negara penyelaras dalam beberapa bidang kerjasama perkastaman peringkat serantau.

Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa (HEA) yang bernaung di bawah Bahagian Perancangan Korporat, Ibu Pejabat memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam memberi pandangan, nasihat dan ulasan kepada lain-lain Kementerian dan Agensi Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) terhadap isu-isu kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang melibatkan hal ehwal perkastaman.

Cawangan ini juga merupakan Pejabat Perhubungan (Contact Point) dan koordinasi utama bagi Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan semua Pentadbiran Kastam negara-negara asing dan badan-badan Antarabangsa yang merangkumi badan-badan berikut:-

• World Customs Organisation (WCO)
• World Trade Organisation (WTO)
• Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)
• Asia Pacific Economic Cooperation (APEC)
• Asia-Europe Meeting (ASEM)
• Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
• Mesyuarat Negara-Negara Membangun (D-8)
• Mesyuarat-mesyuarat di peringkat Bilateral dan Multilateral.

Cawangan ini turut berperanan menyelaras, berkongsi maklumat dan melaporkan status dan perkembangan terkini aktiviti-aktiviti dan program-program rangka kerjasama yang telah dipersetujui di peringkat Dua Hala (Bilateral) dan Serantau (Regional).

Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa (HEA) bertanggungjawab dalam mengatur program-program kunjungan rasmi, mesyuarat, seminar dan bengkel bagi Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan ke luar negara termasuk dalam rangka kerjasama hubungan Bilateral dan Multilateral serta Rundingan FTA.

Cawangan ini memainkan peranan mengurus dan mengatur sesi-sesi lawatan dan kunjungan hormat pegawai-pegawai daripada Pentadbiran Kastam negara asing dan lain-lain organisasi antarabangsa ke pejabat Kastam Diraja Malaysia termasuk ke stesen-stesen lain di dalam negara. 

Cawangan ini juga komited untuk melaksanakan dayausaha diplomasi dan mempromosikan imej Jabatan sesuai dengan Visi KDRM di arena antarabangsa.

Penyelaras aktiviti-aktiviti antarabangsa cawangan ini dibuat melalui “Desk-Desk” berikut:-

• WCO DESK
• ASEAN DESK
• APEC/ASEM DESK
• BILATERAL DESK
• MULTILATERAL DESK

PERANAN UTAMA CAWANGAN HAL EHWAL ANTARABANGSA (HEA).

 Mengedarkan dokumen-dokumen perkastaman antarabangsa dari WCO, APEC, ASEM, RILO, ASEM, ASEAN dan lain-lain pertubuhan antarabangsa untuk diagihkan kepada kepada semua Bahagian di peringkat Ibu Pejabat serta Negeri-Negeri.

 Menyelaras dan menghantar maklumat-maklumat yang diperlukan mengenai prosedur dan peraturan perkastaman Malaysia ke pertubuhan-pertubuhan Antarabangsa dan Serantau, Pentadbiran Kastam negara asing, organisasi-organisasi luar negara dan orang perseorangan yang disalurkan melalui Cawangan ini.

 Sepanjang tahun 2008, sebanyak 146 mesyuarat/seminar/bengkel antarabangsa di luar negara telah dihadiri oleh pegawai-pegawai Kanan Kastam Diraja Malaysia yang dianjurkan di bawah pertubuhan antarabangsa seperti WCO, ASEAN, APEC, ASEM dan D8. Pelaksanaan tindakan yang telah dibuat oleh cawangan ini adalah seperti berikut:-

 Mengemukakan pencalonan pegawai-pegawai (samada yang dipilih oleh KPK, TKPK, Pengarah-Pengarah Bahagian atau PKN) bersama-sama maklumat terperinci pegawai dan lampiran berkaitan kepada KPK/ TKPK (Pengurusan) untuk pertimbangan dan seterusnya dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

 Menghubungi negara penganjur bagi urusan logistik dan pendaftaran, setelah mendapat kelulusan Perbendaharaan.

 Menyediakan rangka perjalanan dan juga urusan tiket penerbangan.

 Membantu pegawai-pegawai yang berkaitan dalam tugas-tugas koordinasi dengan pihak penganjur dan Sekretariat.

 Membekalkan bahan rujukan dan dokumen-dokumen yang sesuai kepada pegawai-pegawai yang terlibat bagi persediaan menghadiri mesyuarat/seminar/bengkel antarabangsa yang akan dihadiri

Seanarai Aktiviti Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa (HEA) Tahun 2008

A.        Senarai Mesyuarat/Seminar/Bengkel dan Pencapaian. 

AktivitiTarikhPencapaian
ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS (ASEAN):
Mesyuarat ASEAN DG ke 17(17th ASEAN DG Meeting)17-19 June 2008v  ASEAN Customs Vision 2015 telah diendos;v  Membuat kajian semula ke atas perlaksanaan Strategic Planning for Customs Development atau SPCDs;v  Bersetuju untuk mengadakan MOU dengan pihak Kastam China
5th CCC10-14 Nov.2008v  Fokus utama adalah pindaan ke atas Perjanjian Kastam ASEAN 1997 atau ASEAN CUSTOMS AGREEMENT 1997 dalam usaha untuk merealisasikan Asean Economic Community atau AEC 
5th CPTFWG v  Mesyuarat ini yang telah berlangsung di Kuala Lumpur telah bersetuju perkara-perkara berikut :v  Penubuhan AHTN Task Force yang akan dipengerusikan oleh Singapura;v  Semua negara ahli ASEAN dalam proses untuk menandatangani The 2nd Protocol to amend the Protocol Governing the Implementation of the AHTN oleh Menteri-Menteri Kewangan ASEAN;v  Semua negara ahli ASEAN masing-masingnya  sedang berusaha untuk menubuhkan ASEAN E-Customs;v  Semua negara ahli ASEAN masih dalam peringkat perbincangan mengenai ASEAN Cargo Processing Model dan ASEAN Customs Declaration Document atau ACDD;v  Semua negara ahli sedang berusaha untuk menubuhkan sistem Customs Transit dengan bantuan APRIS dan satu mesyuarat khas akan diadakan di Kuala Lumpur pada awal tahun 2009; danv  Kajian semula SPCDs yang dikendalikan oleh pasukan kerja ini bagi memantapkan lagi usaha ke arah merealisasikan AEC. 
4th CECWG Perbincangan menyentuh perkara-perkara berikut :-v  Penggunaan pengurusan risiko dalam pentadbiran Kastam ASEAN dan penyediaan garispanduan pengurusan risiko. v  Malaysia telah memperkenalkan sistem e-Vis untuk memantau kemasukan kenderaan yang memasuki Malaysia.v  Penerbitan bulletin PCA untuk menyalur informasi kepada semua pentadbiran kastam ASEANv  Malaysia akan menganjur  beberapa kursus antarabangsa tentang pengenalan narkotik, penhuatkuasaan undang-undang narkotik dan pemeriksaan penumpang yang dijadualkan akan diadakan di AKMAL tahun depan. 
4th CCBWG Perbincangan adalah menjurus kepada beberapa perkara seperti berikut:-v  TNA Report for Capacity Building and Human Rasource Developmentv  Strategic Plan of Customs Development (SPCD) 10 – Customs Reform and Modernizationv  Strategic Plan of Customs Development (SPCD) 11 – Human Resource Development and Administrationv  Strategic Plan of Customs Development (SPCD) 14 – Narrowing the Gapv  Other actions of CCBWGv  AEC Scorecard 
7th TWG Perbincangan adalah menjurus kepada beberapa perkara seperti berikut:-v  Development of ASEAN Data Set and Business Processes for ASEAN Single Window (ASW)o   Electronic Processing of the CEPT Form Do   XML Schema of Electronic Processing of the CEPT Form Do   Utilisation Report for the Electronic Processing of the CEPT Form Do   Updates of ASEAN Data Modelo   Data Elements of other Supporting Documents to the ASEAN Customs Declaration Document (ACDD) for Customs Clearance and Releasev  Development and Implementation of the ASW Pilot Projectv  Technical Prerequisites for the ASW Pilot Projectv  Funcionalities of the ASW Prototypev  ASW Prototypev  Updates on National Single Window (NSW) of Member Countries 
WORLD CUSTOMS ORGANIZATION (WCO):  
Pameran KDRM di WCO KDRM telah dipilih, satu daripada 7 negara WCO mewakili rantau asia pasifik pameran di Ibu Pejabat WCO, Brussels, Belgium pada 26-28 Jun 2008 sempena WCO Council Session. Pameran merangkumi perkara-perkara berikut:v  Dasar pembanguna jabatanv  Bussiness Highwayv  Authorised Economic Operatorv  Program Capacity Building (Gold Collar Worker) KDRM telah mempamerkan bahan-bahan seperti berikut:i.              Buku – Sepakat United, AEO, Blue Ocean, Standard People Pratices, Gold Collar Worker, AKMAL Training Centre for Asia Pacific Region, Module MTCP.ii.             CD/DVD berkenaan AEO, Video Korporat, PGC, CVI, Galeri Putra Perdana (dalam bahasa inggeris dan perancis) 
Malaysia menjadi Ahli  Revised Kyoto Convention pada 30 Jun 2008  Pada 30 Jun 2008 Malaysia telah diterima menjadi ahli dan mengguna pakai Revised Kyoto Convention. Revised Kyoto Convention menggariskan ketetapan dalam penyediaan kemudahan perdagangan yang perlu dilaksanakan oleh pentadbiran kastam di Negara-negara yang bersetuju dengan Convention tersebut. Ia bertujuan menyeragamkan kemudahan perdagangan lebih mudah, telus, berkesan dan mesra pelanggan. Selain menunjukkan komitmen Malaysia di arena antarabangsa, impak kepada convention ini adalah meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur dan berdagang di Malaysia. 
WCO Policy Commission Malaysia julung kali telah dipilih mengangotai policy Commission bagi tempoh 2008-2010 mewakili rantau asia pasifik. Policy Commission badan kedua tertinggi  WCO. Ahli-ahli policy commission adalah terhad kepada 24 negara ahli WCO. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat penting yang membincangkan isu-isu polisi WCO. Malaysia telah menghadiri 60th Policy Commission di Buenos Aires, Argentina pada 9-11 Disember 2008.  
WCO Integrity Sub-Committee Meeting Malaysia telah dilantik sebagai pengerusi WCO Integrity Sub-Committee pada tahun 2007 dan 2008.
WCO Audit Committee Malaysia telah dilantik sebagai ahli WCO Audit Committee pada 2007-2008.
WCO Technical Officer Malaysia telah diberi penghormatan dengan pemilihan seorang pegawai KDRM sebagai WCO Technical Officer mulai Februari 2009-2014.
13th International Anti Corruption Conference (IACC) 30 Okt-2 Nov 2008KDRM telah dijemput untuk menjadi speaker di dalam IACC di Athens, Greece yang dihadiri oleh pelbagai peserta dari sector swasta dan kerajaan dari seluruh dunia.
Penubuhan Pejabat Atase Kastam Ogos 2008Dua pejabat Atase Kastam luar Negara telah diluluskan iaitu di Jakarta, Indonesia dan Beijing, China. Pejabat Atase Kastam di Jakarta, Indonesia telah beroperasi mulai Ogos 2008 manakala Pejabat Atase Kastam di Beijing, China sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada Perbendaharaan.
ASIA-PACIFIC ECONOMIC COOPERATION (APEC):Senior Officials Meeting (SOM) – Sub-Committee on Customs Procedures (SCCP) Meeting 21-24 Feb 2008 dan14-17 Ogos 2008Malaysia telah diberi penghormatan untuk membentangkan kertas kerja mengenai International Business Highway dan Customs Verification Initiatives (CVI) untuk dikongsi bersama dengan ahli ekonomi APEC yang lain yang terdiri dari 21 negara.
Workshop of Application on Valuation Criteria in Advance Rulings in APEC Member Economies23-24 Mei 2008Pegawai dari Malaysia telah dijemput untuk menjadi penceramah didalam workshop ini yang dihadiri oleh peserta dari ekonomi APEC.
ASIA-EUROPE MEETING (ASEM):1st ASEM Working Group on Customs Matters (AWC) 14-15 Mei 2008Malaysia telah diberi penghormatan untuk membentangkan kertas kerja mengenai Customs Verification Initiative (CVI) untuk dikongsi bersama dengan ahli ASEM yang lain yang terdiri dari 45 negara.     
Penganjuran Seminar Antarabangsa di dalam Negara:
AEO Seminar: International Business Highway-The Way Forward5 Feb 2008Sempena sambutan hari kastam sedunia 2008, KDRM telah menganjurkan satu seminar bertajuk International Business Highway-The Way Forward di Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 5 Februari 2008. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Ng. Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan I Malaysia.  Penceramah jemputan terdiri daripada Timbalan setiausaha WCO, Pengarah Kastam Jepun, Pegawai Pentadbiran Kastam Singapura dan Pegawai ASEAN Secretariat.   
Seminar WCO Harmonised System 2007 (HS 2007) Satu Seminar dan taklimat WCO HS 2007 telah diadakan di Ibu Pejabat Kastam pada 25-26 Februari 2008. Penceramah jemputan Mr. Izaak Wind, Mantan Timbalan Pengarah Tarif dan Perdagangan WCO.  
Seminar on Customs International Business Partnership: Realization of the Business Highway27 Ogos 2008Seminar ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Kong Cho Ha, Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia.
Megaport Initiative – Memorandum Perjanjian antara Malaysia-US 24 Feb 2008Satu memorandum perjanjian telah ditandatangani berhubung kerjasama antara Malaysia-US mengesan bahan radioaktif dan nuclear bagi kargo yang dieksport ke US melalui Pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Pihak kerajaan Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia manakala pihak Kerajaan US diwakili oleh Duta Besar Kerajaan US di Malaysia. Majlis tersebut ditandatangani di Pelabuhan Barat Selangor. 

B.        Senarai Kunjungan Rasmi Pentadbiran Kastam Luar Negara ke KDRM Sepanjang Tahun 2008. 

1.Lawatan Pegawai APRIS II (ASEAN Customs Transit)14 Januari 2008
2.Lawatan Kerja Kastam Mauritania15 Januari 2008
3.Lawatan Kerja Pegawai MOF, Kastam Jepun13 Februari 2008
4.Lawatan Kerja Pegawai Japan International Cooperation Agency (JICA)14 Februari 2008
5.Kunjungan Hormat Director General, Federal Board of Revenue, Pakistan6 Mac 2008
6.Kunjungan Hormat Duta Belgium dan Finland 7 Mac 2008
7.Kunjungan Hormat First Secretary High Commosion of India18 Mac 2008
8.Lawatan Kerja Delegasi Kenya2 April 2008
9.Lawatan Kerja Regional Police Attache, France2 April 2008
10.Lawatan Peserta MTCP16 April 2008
11.Lawatan Peserta MTCP14 Mei 2008
12.Lawatan Kerja UK Crime Liaison Officer14-16 Mei 2008
13.Lawatan Kerja Maldives Customs Service14-22 Mei 2008
14.Kunjungan Hormat First Secretary High Commosion of India23 Jun 2008
15.Lawatan Kerja Comptroller Nigeria Customs4 Julai 2008
16.Lawatan Peserta MTCP14 Ogos 2008
17.Lawatan Kerja Kenya Port Authority15 Ogos 2008
18.Lawatan Kerja US Undersecretary of Commerce31 Oktober 2008
19.Lawatan Kerja UK HM Customs14 November 2008
20.Lawatan Kerja Zambia Customs22-23 Disember 2008
 

 

 

Bahasa

Tinjauan Web JKDM

Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?

Untuk Maklumbalas berkenaan Web, Sila Klik disini

Alamat Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500

Pautan

JKDM Webmail
Sistem Semakan Emel Kastam
lapor-penyeludupan
Pautan Kastam Negeri