Selasa, Mac 16, 2010
   
Text Size

1. Objektif

Untuk mewujudkan sistem maklumat berkomputer KDRM bagi menyokong pelaksanaan aktiviti operasi perkastaman yang cekap dan berkesan serta membekalkan maklumat yang terkini kepada pengurusan Jabatan bagi membantu membuat keputusan.

Untuk menguruskan dan menyenggara perkakasan dan perisian ICT jabatan ke tahap yang boleh dipercayai, berkesan, memenuhi standard yang ditetapkan serta memenuhi kepuasan pelanggan.


2. Fungsi

  • Mengenalpasti pembangunan strategik dan bidang keutamaan pembangunan dan penggunaan ICT KDRM.
  • Bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, penyenggaraan dan pemantauan program ICT KDRMMengurus dan memantau keberkesanan sistem aplikasi sedia ada bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan KDRM.
  • Menyedia kemudahan IT dan mempertingkatkan pengetahuan/kemahiran personel dalam bidang IT secara berterusan.
  • Melaksana dan memantau projek aplikasi Kerajaan Elektronik (EG) yang sedang digunapakai seperti GOE-EGDMS, ePerolehan, eSPKB di KDRM.

3. Piagam pelanggan
Selaras dengan Dasar Pembangunan Integriti, Core Business, Teknologi dan Rakyat (ICTR) berteraskan pendekatan holistik yang menjurus ke arah perkhidmatan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, kami berjanji akan memberi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

1. Perolehan / Pembangunan Sistem ICT Baru
• Mengkaji dan menyediakan kertas cadangan untuk kelulusan bagi perolehan/ pembangunan sistem ICT baru dalam tempoh satu (1) bulan

2. Penyelenggaraan Sistem dan Operasi
o Menguruskan masalah sistem aplikasi dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh laporan kerosakan/masalah diterima, yang memerlukan tindakan pihak pembekal
o Menyelesaikan masalah operasi sistem yang memerlukan pindaan rekod pangkalan data dalam tempoh 30 minit daripada masa permohonan bertulis diterima
o Melulus dan mengemaskini ID dan Mode Pattern untuk capaian sistem aplikasi dalam tempoh 10 minit daripada masa permohonan bertulis diterima
o Mengkaji cadangan penambahbaikkan sistem dan mengemukakannya untuk tindakan pihak pembekal dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh cadangan diterima
o Memberi maklumbalas ke atas setiap ujian semula modifikasi yang dilakukan berdasarkan cadangan atau Software Performance Report (SPR) yang diterima, dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh ujian semula dilaksanakan
o Mengurus dan menyelesaikan masalah teknikal dan kerosakan peralatan komputer dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh laporan kerosakan atau masalah teknikal diterima daripada pengguna.
o Menyelenggara rangkaian data dalam tempoh satu (1) hari dari tarikh/masa laporan kerosakan diterima
Kami juga mengiktiraf hak pelanggan seperti berikut:
o mendapat perkhidmatan yang mesra, adil, tepat dan professional
o mendapat laporan/maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan
o mempunyai peluang untuk membuat aduan, pandangan dan cadangan

4. Organisasi

5. Unit Pembangunan Sistem terdiri daripada empat (4) aplikasi seperti berikut:

6. Unit Operasi dan Teknikal bertanggungjawab dalam urusan berikut:

 

  • Pengurusan Pusat Data
  • Penyelenggaraan Server-server
  • Mentadbir Pangkalan Data
  • Melaksanakan Sokongan Data
  • Keselamatan Data/Rangkaian
  • Pengurusan/Penyelenggaraan Rangkaian LAN/WAN
  • Bantuan Teknikal
  • Helpdesk ICT (perkakasan, perisian & sistem-sistem aplikasi)

 

7. Status Pencapaian

Pelaksanaan SMK telah dibuat secara berperingkat. Pada masa kini pelaksanaannya telah meliputi seluruh Malaysia. Status perlaksanaan mengikut aplikasi adalah seperti berikut:

Aplikasi Kastam

Sehingga Mac 2009, berikut adalah status negeri-negeri yang telah melaksanakan paperless bagi pengikraran elektronik K1, K2 dan K9

BIL.

NEGERI

TARIKH PELAKSANAAN

1

JOHOR

24.4.2008 – Live K1, dan K222.1.2009 – Live K9

2

MELAKA

16.5.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

3

NEGERI SEMBILAN

9.6.2008 -  Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

4

PULAU PINANG

15.4.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

5

KEDAH

2.5.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

6

PERLIS

15.5.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

7

PERAK

29.10.2008 - Live K1, K2 dan K9

8

PAHANG

19.5.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

9

TERENGGANU

19.5.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

10

KELANTAN

19.5.2008 - Live K1, dan K217.11.2008 – Live K9

11

SABAH

09.3.2008 - Live K1, K2 dan K9

12

SARAWAK

09.3.2008 - Live K1, K2 dan K9

13

WP. LABUAN

09.3.2008 - Live K1, K2 dan K9

14

SELANGOR

15.9.2008 – Pilot bagi 4 agen penghantaran sahaja27.4.2009 – Pilot bagi 53 lagi agen penghantaran

15

WP. KUALA LUMPUR

30.3.2009 – Pilot bagi 3 stesen sahaja23.4.2009 – Pilot bagi 151 stesen dan gudang

16

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KLIA

Tarikh akan ditetapkan kelak

Aplikasi Perakaunan Hasil

MODUL

STATUS

PC-POS

Telah dilaksanakan diseluruh Malaysia

Tuntutan dan Bayaran Ansuran

Telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor

Jaminan Bank dan Bon AM

Telah dilaksanakan diseluruh Malaysia

Pemeriksaan Akaun

Hanya dilaksanakan di Wilayah Persekutuan KL dan SelangorModul Versi Etos sahaja yang digunapakai. Versi VB telah dipasang di Pelabuhan Klang

Rayuan, Remisi dan hapus kira

Telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan

PTK3 dan Tindakan Sivil

Sistem telah dipasang dan pengguna telah dilatih di Pelabuhan Klang tetapi tidak digunapakai

Skrutini

Tidak digunapakaiUnit Skrutini telah ditukar ke Pasca Import

Pulangbalik dan Tarik balik

Tidak digunapakai semenjak jabatan menggunakan Sistem e-SPKB

EFT

Dilaksanakan di Selangor, KLIA, negeri sembilan dan Johor. Lain-lain lokasi masih tiada pengguna.

Aplikasi Cukai Dalaman

a. Modul utama iaitu:

· Cukai Jualan

· Cukai Perkhidmatan

· Eksais/Petroleum

b. Sub modul kepada  ketiga-tiga modul utama ialah:

· Perlesanan

· Pungutan

· Pengecualian/Kemudahan- Sistem Kredit, CJ Pentadbiran 2, CJ 5 dan Pengecualian Perbendaharaan

· Kawalan Bahan Mentah

· Tuntutan

c. Sebahagian besar modul telah digunapakai sepenuhnya di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan di bawah Fasa I.

d. SMK-CD dilaksanakan di Johor pada tahun 2004. Mulai Januari – Mei 2009 Aplikasi  Cukai Dalaman telah diperluaskan penggunaannya iaitu  ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Latihan penggunaan sistem aplikasi telah  turut diberikan kepada stesen Kedah, Perlis dan Perak pada bulan Jun dan Julai 2009. Perluasan ke seluruh stesen Cukai Dalaman dijangka akan selesai pada bulan Disember 2009.

e. Perluasan Aplikasi Cukai Dalaman dan Perakaunan Hasil adalah ekoran daripada selesainya proses migrasi daripada penggunaan Kerangka Utama kepada Multi-Os Server.

f. Sistem E-Eksais/EES yang merupakan suatu kemudahn yang disediakan untuk proses pelepasan dan pembayaran duti Eksais bagi kenderaan keluaran tempatan. Sistem ini adalah merupakan sub modul kepada modul dalam aplikasi Cukai Dalaman. Telah digunapakai oleh 23 pengilang kenderaan tempatan di seluruh Malaysia

Aplikasi Pencegahan

Aplikasi ini telah digunapakai di seluruh Malaysia. Mulai Jun 2009, penggunaan Aplikasi Pencegahan akan dihentikan kecuali beberapa modul yang masih diteruskan untuk tujuan semakkan data kerana proses pembangunan Sistem Priska telah siap dibangunkan bagi menggantikan Aplikasi Pencegahan yang dibangunkan melalui SMK.

8. PORTAL KASTAM

Portal Kastam merupakan gerbang untuk capaian maklumat, aplikasi dan perkhidmatan KDRM melalui Internet, Intranet dan Extranet. Disamping menyediakan perkhidmatan elektronik kepada pelanggan dan anggota dalaman KDRM serta agensi-agensi kerajaan lain, Portal menyediakan infrastruktur asas yang menyokong pelaksanaan National Single Window dan ASEAN Single Window. Telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan  pada 5 Mac 2009. Tempoh pelaksanaan adalah April 2009 – April 2011 Perkhidmatan yang akan disediakan melalui portal  terdiri daripadamodul-modul berikut:

i. eLesen:

Kemudahan permohonan semua jenis lesen.

ii. eLodgement

Kemudahan untuk membuat pengikraran semua jenis borang (Kastam dan Cukai dalaman)

iii. ePayment

Kemudahan untuk membuat pembayaran

iv. ePermit

Kemudahan untuk memohon kelulusan/permit daripada mana agensi yang berkaitan dengan dagangan yang diikrarkan.

v. eRulling

Kemudahan untuk membuat permohonan ketetapan Kastam

vi. eEnforcement (appeal)

Kemudahan untuk membuat permohonan rayuan di bawah Perundangan Kastamvii. eClaimKemudahan untuk membuat tuntutan/pulangbalik cukai

viii. eFacilities

Kemudahan untuk memohon semua jenis pengecualianix. eAuditKemudahan pengurusan auditan, pemeriksaan akaun dan pemantauan hasil

x. Integration dan Interface

xi. Enterperise PortalTerdiri daripada :

- Maklumat korporat organisasi

- Maklumat semasa

- Panduan perkhidmatan

- Helpdesk

- FAQ

- Kolabrasi

- Enjin carian

- Single sign-on

- Sitemap

- Pautan

- Muat turun borang

- Pentadbiran portal

- Hit counter

- Really simple syndication (RSS)

- Alert/New Flash (Pop-up)

9. MIGRASI MULTI-OS SERVER

Multi-OS Server adalah perolehan perkakasan bagi menggantikan kerangka utama  SMK yang proprietary kepada persekitaran server terbuka. Ia adalah bertujuan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan KDRM dengan menggunakan kaedah ICT yang moden seiring dengan perkembangan teknologi terkini yang terbuka.Proses migrasi telah berjaya dilaksanakan mengikut Reginal Computer Center (RCC) seperti berikut

  • Migrasi RCC Putrajaya  pada  20 Dis. 2008

  • Migrasi RCC KLIA pada 26-27 Januari 2009Migrasi RCC Johor pada 8 – 9 Mac 2009

  • Migrasi RCC Pelabuhan  Klang pada 4 – 5 April 2009

10. Menaiktaraf Sistem rangkaian Kastam (KastamNet)

Projek naiktaraf Sistem Rangkaian Kastam (Kastam Net) telah selesai. Sebanyak 282 stesen telah di naiktaraf dari teknologi COINS dan litar suwa kepada teknologi IPVPN.

 

 

Bahasa

Tinjauan Web JKDM

Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?

Untuk Maklumbalas berkenaan Web, Sila Klik disini

Alamat Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500

Pautan

JKDM Webmail
Sistem Semakan Emel Kastam
lapor-penyeludupan
Pautan Kastam Negeri