Selasa, Mac 16, 2010
   
Text Size

Piagam Pelanggan Bahagian Cukai Dalam Negeri

Selaras dengan Dasar Pembangunan Integriti, Core Business, Teknologi, Rakyat (I.C.T.R) berteraskan pendekatan holistik yang menjurus ke arah perkhidmatan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

  1. Rayuan Pengecualian/Remitan.Pulangbalik/Tarikbalik Duti/Cukai/Penalti diproses dan dikemukakan kePerbendaharaan dalam tempoh 30 hari daripada stesen lengkap diterima daripada stesen.
  2. Keputusan untuk menentukan aktiviti pengilangan/perkhidmatan  
    bercukai/orang yang kena dikaji dan dikeluarkan keputusan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas laporan lengkap diterima daripada stesen.
  3. Pengecualian cukai bahan dan alat kelengkapan yang digunakan dalam aktiviti petroleum huluan diproses dan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Tempat pendaratan yang sah bagi aktiviti petroleum diproses dan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  5. Pemindahan produk petroleum di bawah Had Gerakan diproses dan diluluskan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
  6. Menjawab pertanyaan lisan dengan mesra dan serta merta serta memberi maklum balas awal ke atas pertanyaan bertulis dalam tempoh tiga hari daripada tarikh surat diterima.

* KAMI MENGIKTIRAF HAK PELANGGAN SEPERTI BERIKUT :

  • Mendapat maklumat/nasihat yang tepat
  • Mendapat kelulusan mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Mendapat perkhidmatan yang mesra dan adil
  • Menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan

 

Bahasa

Tinjauan Web JKDM

Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?

Untuk Maklumbalas berkenaan Web, Sila Klik disini

Alamat Ibu Pejabat

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500

Pautan

JKDM Webmail
Sistem Semakan Emel Kastam
lapor-penyeludupan
Pautan Kastam Negeri