| Artikel Index |
|---|
| Perutusan Tahun Baru 2009 |
| Part 2 |
| Part 3 |
| Part 4 |
| Part 5 |
| Part 6 |
| Part 7 |
| Semua Muka |
Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, Pengarah Bahagian Perundangan Jabatan, Ketua Akauntan.
Pegawai-Pegawai Kanan Ibu Pejabat, Semua anggota dan warga KDRM Ibu Pejabat, Tuan tuan dan Puan-puan yang saya kasihi sekelian.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera dan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 serta Tahun Baru Masehi 2009.
Alhamdulillah, ucapan syukur yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah s.w.t di atas nikmat usia dan kesihatan yang diberikan kepada kita semua, dan dengan limpah rahmat dan izinNya, dapat kita berhimpun bersama-sama di pagi yang mulia ini bersempena dengan Majlis Perhimpunan Setia Dan Mesra Peringkat Ibu Pejabat bagi bulan Januari 2009.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Pengarah dan semua warga Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia Dan Kewangan, Ibu Pejabat yang telah berusaha bersungguh-sungguh di dalam merealisasikan penganjuran majlis ini serta perancangan rapi yang telah diatur bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna.
Sememangnya telah agak lama Majlis Perhimpunan Setia Dan Mesra Peringkat Ibu Pejabat ini tidak dianjurkan. Ini bukannya bermakna Pengurusan Tertinggi KDRM di peringkat Ibu Pejabat tidak memandang serius ke atas penganjuran majlis ini yang bermatlamat untuk mewujudkan perasaan kesetiaan warga kepada Jabatan dan melahirkan suasana yang mesra dan ceria di kalangan warga, sebaliknya beberapa perancangan yang diatur telah terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir akibat dari masalah kekangan masa serta keperluan tugasan
yang lebih penting yang perlu diuruskan. Malahan setelah saya mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada 3 Oktober 2008 yang lalu, majlis ini juga masih belum dapat dianjurkan disebabkan tumpuan utama saya diperingkat awal adalah untuk mengadakan sesi dialog pengurusan dengan semua peringkat warga KDRM di seluruh negara. Tujuan saya mengadakan sesi dialog tersebut adalah untuk saya mendapatkan maklum balas secara langsung dari warga mengenai isu / masalah yang dihadapi serta mengenalpasti tindakan terbaik yang harus diambil oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan di dalam menangani isu / masalah yang dibangkitkan. Alhamdulillah, sesi dialog ini telah berjaya diadakan hampir kesemua negeri, termasuk Ibu Pejabat, kecuali Kelantan dan W.P. Labuan yang akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
Bahasa
Info Umum
Info Perhubungan
Tinjauan Web JKDM
Apakah maklumat yang sering anda layari pada laman web ini?
Alamat Ibu Pejabat
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 3, Persiaran Perdana
Presint 2,
62596 Putrajaya
Tel :03-8882 2100/2300/2500
| Pautan Kastam Negeri |



