Jumaat, Mei 24, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Sebutharga Terbuka Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan di Cawangan Siasatan Khas, Dengkil, Selangor

Berita - Berita Terkini

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

SEBUTHARGA TERBUKA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala 220401 dan 220402 (Perkhidmatan Mencuci dan Membersih) bagi menyertai Sebutharga berikut:

NO. SEBUTHARGA

TAJUK

KOD BIDANG PENDAFTARAN

/2011

Perkhidmatan Mencuci Bangunan dan Membersih Kawasan di Cawangan Siasatan Khas, Dengkil, Selangor

220401 dan 220402

Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.

Taklimat dan Lawatan Tapak akan diadakan pada tarikh 01 Mac 2011 (Selasa), jam 9.30 pagi di Cawangan Siasatan Khas, Dengkil, Selangor. Kehadiran adalah diwajibkan.

Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi penyebutharga yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 09 Mac 2011. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822293 / 03-88824827