Jumaat, Disember 19, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

RM14 JUTA SYABU BERJAYA DITUMPASKAN OLEH CAWANGAN NARKOTIK JKDM

Berita - Berita Terkini

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

syabu20032012

Pada 18 Mac 2013,satu sidang media oleh Tuan Liah bin Omar, Timbalan Pengarah Kastam, Cawangan Narkotik telah diadakan di Pejabat Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat berikutan kejayaan jabatan menumpaskan percubaan menyeludup dadah berbahaya jenis syabu seberat 73 kg dan dianggarkan bernilai RM14 juta melalui Kargo KLIA pada 15 Mac 2013.

Kes ini diperolehi pada awal pagi 15 Mac 2013, selepas sejumlah 50 kotak yang diikrarkan sebagai fresh cut flowers tiba dari Bangalore India didapati tidak melalui proses pelepasan kastam yang sah kerana bunga hidup memerlukan permit import dan pengimport tidak mempunyai sebarang permit import. Pihak kastam telah mengekori lori pembawa dagangan tersebut dari kargo KLIA ke premis penerima yang bertempat di lokasi Taman Sri Merdeka, Ampang. Setelah serbuan dibuat, beberapa bungkusan telah ditemui di dalam beberapa kotak yang telah dibuka dipercayai dadah jenis Syabu yang disorok di bahagian bawah dalam kotak tersebut. Hasil pemeriksaan rapi di Pejabat Cawangan Narkotik mendapati 17 kotak daripadanya berisi dadah dipercayai jenis Syabu (Methaphetamine) dengan anggaran berat kasar 73 kg dan dianggarkan nilai pasaran bernilai RM 14 juta.

Suspek ialah dua orang lelaki warga negara India, masing-masing berumur 40 dan 35 tahun. Seorang daripadanya pernah tinggal di Malaysia sejak 5 tahun lalu dan bekerja di sebuah restoran di Kuala Lumpur, sementara seorang lagi sudah dua kali memasuki Malaysia bertujuan untuk mengiringi kiriman tersebut. Kedua-dua suspek kini ditahan reman 7 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia