
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat kebangsaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2012 diadakan pada 9 hingga 13 September 2012. Konvensyen tersebut diadakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka. Perasmian Konvensyen disempurnakan oleh Dato’ Amir Bin Hj. Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan). Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Khazali Bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Pada tahun ini, 20 pasukan telah bertanding dalam dua kategori, 11 di kategori pengurusan dan 9 di kategori teknikal. Persembahan pasukan pada tahun ini diadili oleh 3 orang hakim yang diketuai oleh wakil daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Intan Wilayah Tengah (INTENGAH) dan Perbadanan Produktiviti Negara (NPC).

Keputusan Pemenang KIK JKDM Peringkat Kebangsaan 2012, kategori pengurusan, dijuarai oleh Kumpulan VIBRATE dari Negeri Sembilan, naib juara Kumpulan D’ DREAM dari Melaka dan ketiga Kumpulan SPECTRUM dari Sarawak. Kategori teknikal, dijuarai Kumpulan CEKS dari Selangor, naib juara Kumpulan NILAI dari Negeri Sembilan dan ketiga Kumpulan SAUH dari Pulau Pinang. Juara kategori pengurusan dan teknikal dimaklumkam akan mewakili Kementerian Kewangan di Konvensyen KIK peringkat Kebangsaan.

Pameran projek KIK daripada pasukan-pasukan yang bertanding turut dianjurkan oleh jawatankuasa konvensyen. Sebanyak 20 buah “booth” disediakan untuk pameran tersebut.


Oleh : Cawangan Perhubungan Awam
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



