

Ibu Pejabat JKDM, 11 Julai 2012
Pada 11 Julai 2012 bertempat di Dewan Semarak Jati Ibu Pejabat, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Setia Khas peringkat Ibu Pejabat. Buat pertama kalinya YBhg. Dato’ Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia hadir dan memberi amanat sempena Majlis Perhimpunan Setia Khas tersebut.
Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia Ibu Pejabat itu telah dihadiri oleh lebih dari 200 jemputan termasuk Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kastam, Penolong KPK, Pengarah-pengarah Bahagian dan Negeri serta wakil-wakil NGO.
Dalam ucapannya YBhg Dato’KPK telah memfokuskan kepada Countdown visi menjadikan Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia pada tahun 2015. Beliau mengajak seluruh warga bertindak dengan mengutamakan speed, efficiency dan effectiveness ke arah mencapai matlamat tersebut. Ucapan dan amanat penuh KPK boleh dilayari disini

| Seterusnya > |
|---|



