
Ibu Pejabat JKDM, 26 Jun 2012
Setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada 22 Jun 2012, buat julung kalinya pada 26 Jun 2012 bertempat di Aras 3 Selatan Ibu Pejabat, YBhg Dato’Khazali bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia telah meraikan pihak media.
Majlis yang dikenali Majlis Mesra KPK Bersama Media itu telah dihadiri oleh lebih 50 orang pengamal media dari media cetak dan elektronik. Turut hadir YBhg Dato’Haji Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkuasaan/Pematuhan ), YBhg. Dato’Haji Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), YBhg Dato’Amir bin Haji Abd.Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pengurusan ), Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat dan Negeri.

Dalam ucapannya YBhg Dato’KPK telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberikan kerjasama yang erat terhadap JKDM. Beliau juga mengharapkan supaya jalinan kerjasama ini diteruskan lagi di masa hadapan.
Oleh : Cawangan Perhubungan Awam
| Seterusnya > |
|---|



