Khamis, Mei 23, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Fungsi Bahagian

Bahagian Perkhidmatan Teknik - Perihal Am Pertek

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

FUNGSI BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIK

1.0 CAWANGAN PERAKAUNAN HASIL

1.1     OBJEKTIF

  • Memastikan hasil Jabatan dipungut dan diperakaunkan dengan betul dan tepat.
  • Membuat pemantauan dan analisa hasil yang berkesan serta menyediakan unjuran hasil Jabatan.
  • Memastikan tunggakan hasil Jabatan diurus dengan sempurna.
  • Memastikan semua tuntutan pulangbalik / tarikbalik, bayaran balik dan subsidi dibuat mengikut peraturan.
  • Memastikan proses hapuskira dilaksanakan dengan betul dan sempurna.
  • Menyediakan kemudahan sokongan Bahagian Perkhidmatan Teknik.

1.2     LATAR BELAKANG

Cawangan ini diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kastam Gred W54 dan terdiri daripada 5 unit iaitu:-

  • Unit Analisa Hasil Dan Ekonomi
  • Unit Pungutan
  • Unit Akaun Belum Terima (ABT)
  • Unit Tuntutan
  • Unit Hapuskira 

1.3     FUNGSI UNIT DI CAWANGAN PERAKAUNAN HASIL

i) Unit Analisa Hasil Dan Ekonomi.

  • Membuat pemantauan dan analisis prestasi hasil Jabatan secara berterusan.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan unjuran hasil JKDM.
  • Menyelenggarakan Sistem Paparan Hasil Kastam (RMS).

ii) Unit Pungutan

  • Mengurus penghantaran maklumat-maklumat hasil kepada agensi-agensi berkaitan.
  • Mengkaji dan mengemaskini Perintah, Pekeliling dan Prosedur Kerja selaras dengan kehendak Arahan / Peraturan yang terkini.
  • Mengkaji dan melaksanakan kaedah-kaedah baru mekanisme pungutan hasil bagi meningkatkan system penyampaian kepada klien jabatan.
  • Memantau dan memastikan segala urusan berkaitan system pungutan yang telah dipersetujui di antara Jabatan dengan agensi berkaitan dilaksanakan sepertimana yang telah dimeterai.
  • Memastikan PTJ Pemungut mengambil segala langkah keselamatan mengikut kehendak yang telah ditetapkan oleh Pejabat Keselamatan Negara.
  • Memproses permohonan penubuhan Pusat Tanggungjawab (Pemungut) baru.
  • Mengkaji dan memproses pengujudan kod-kod hasil baru (Kod Persekutuan dan Kod Hasil Jabatan)

iii) Unit Akaun Belum Terima (ABT)

  • Membuat pemantauan dan menguruskan kedudukan ABT Jabatan.
  • Menyediakan maklumat dan kedudukan ABT Jabatan.
  • Menyediakan laporan dan analisis tunggakan hasil Jabatan secara berkala.
  • Menguruskan proses senarai hitam.

iv) Unit Tuntutan

  • Memperolehi peruntukan kewangan tahunan yang mencukupi daripada Perbendaharaan untuk pelaksanaan bayaran tuntutan pulangbalik / tarikbalik duti / cukai kastan dan subsidi barangan petroleum.
  • Mengagihkan peruntukan kewangan mengikut keperluan serta memantau penggunaan oleh Negeri-Negeri.
  • Memproses rayuan tuntutan pulangbalik / tarikbalik yang ditolak di peringkat negeri.
  • Menyediakan laporan ulasan/pandangan ke atas rayuan tuntutan pulangbalik / tarikbalik.
  • Menjawab pertanyaan orang awam serta memberi khidmat nasihat berhubungan permohonan dan rayuan tuntutan pulangbalik / tarikbalik.
  • Melaksanakan pembayaran:
    • Tuntutan subsidi barangan petroleum
    • Tuntutan ‘reimbursement’ cukai jualan yang telah dibayar atas pembelian petrol oleh Kedutaan-Kedutaan Asing dan Raja-Raja / Undang Luak.
    • Tuntutan pulangbalik / tarikbalik oleh syarikat-syarikat bertaraf AEO (Authorised Economic Operator) yang telah diluluskan oleh Bahagian Kastam Ibu Pejabat.
    • Rekupment Panjar Wang Penumpang sepanjang tahun yang dipohon oleh PTJ (Pusat Tanggung Jawab) di negeri-negeri dan PCKP.
    • Melaksanakan pelarasan ke atas tuntutan-tuntutan subsidi barangan petroleum yang telah diluluskan di peringkat Negeri.
    • Membuat pemantauan ke atas pemprosesan tuntutan pulangbalik / tarikbalik / subsidi di peringkat Negeri.

v) Unit Hapuskira

  • Memproses permohonan hapus kira untuk dimajukan kepada Ketua Pengarah Kastam dan  Perbendaharaan.
  • Mengkaji, menilai semula dan meminda prosedur permohonan hapuskira.
  • Mengkaji, menganalisa dan menyediakan laporan Prestasi Permohonan Hapuskira. 

2.0     CAWANGAN PENILAIAN

2.1     LATAR BELAKANG

Cawangan ini diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah Kastam Gred W54, dan terdiri daripada 3 unit iaitu:-

  • Unit Penyelidikan Pasaran dan Penilaian Barangan Import/Eksport.
  • Unit Penyelidikan Pasaran dan Penilaian Barangan Tempatan
  • Unit Penyelidikan dan Rayuan Penilaian

2.2     OBJEKTIF

  • Menentukan semua peruntukan undang-undang dan peraturan termsauk Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999 dan Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Kaedah Penilaian) 2002 serta perintah-perintah berkaitan berhubung masalah / isu penilaian Kastam, Eksais dan Cukai Jualan dipatuhi.
  • Mengambil dan melaksanakan langkah-langkah membangun serta mengemaskini sistem maklumat dan mekanisme bagi memastikan kejayaan penilaian kastam yang diasaskan kepada Perjanjian WTO melalui aktiviti-aktiviti pengurusan penilaian, pematuhan dan profiling.
  • Menghadiri atau menyertai aktiviti-aktiviti diperingkat antarabangsa yang bersangkutan dengan penilaian.

2.3     FUNGSI UNIT DI CAWANGAN PENILAIAN

i. Unit Penyelidikan Pasaran dan Penilaian Barangan Import/Eksport.

  • Menjalankan kajian pasaran di premis perniagaan bagi tujuan mendapatkan maklumat harga jualan untuk data harga panduan.
  • Mengumpul maklumat pengimportan dan pengeksportan bagi transaksi import/eksport untuk membuat penarafan risiko syarikat dan menentukan kaedah-kaedah penilaian yang sesuai dugunapakai serta menyediakan senarai syarikat-syarikat yang berisiko tinggi untuk tindakan auditan pasca import dan CVI.
  • Membuat naziran dan memberi taklimat ke negeri-negeri berhubung dengan pemakaian dan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999 dan Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Kaedah Penilaian) 2002.
  • Membuat pemantauan ke atas perlaksanaan sistem penilaian WTO yang dilaksanakan di negeri-negeri bagi memastikan wujudnya keseragaman dalam penilaian kastam.
  • Mengumpul maklumat-maklumat dan informasi berhubung dengan penilaian dari sumber-sumber WCO, WTO, ASEAN, keputusan penghakiman, tribunal dan atase kastam untuk dijadikan bahan rujukan dan diedarkan ke negeri-negeri.
  • Menyedia, mengemaskini dan mengedarkan pekeliling-pekeliling penilaian untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh negeri-negeri dan stesen.
  • Melaksanakan program perkongsian bestari (Smart Partnership) di antara JKDM dengan pihak swasta.
  • Mengadakan mesyuarat Panel Penyemakan dan Penetapan Harga kenderaan CBU baru dan terpakai

ii. Unit Penyelidikan Pasaran dan Penilaian Barangan Tempatan

  • Menjalankan kajian pasaran di premis pengilangan bagi tujuan mendapatkan maklumat pengkosan (costing) dan harga jualan untuk menetapkan nilai jualan dan nilai eksais.
  • Mengumpul maklumat pengimportan dan pengeksportan bagi transaksi import/eksport untuk membuat penarafan risiko syarikat dan menentukan kaedah-kaedah penilaian yang sesuai digunapakai serta menyediakan senarai syarikat-syarikat yang berisiko tinggi untuk tindakan auditan pasca import dan CVI.
  • Membuat naziran dan memberi taklimat ke negeri-negeri berhubung dengan pemakaian dan pematuhan di bawah Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999 dan Peraturan-Peraturan Cukai Jualan (Kaedah Penilaian) 2002.
  • Menyedia, mengemaskini dan mengedarkan pekeliling-pekeliling penilaian untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh negeri-negeri dan stesen.
  • Melahirkan pegawai-pegawai pakar rujuk bagi menyelesaikan isu-isu teknikal dalam penilaian ke atas barangan import dan barangan pengilangan tempatan serta pegawai penceramah mengenai penilaian kastam.
  • Memproses permohonan dari pengilang/pemegang franchise bagi menetapkan Harga Pasaran Terbuka Eksais (HPTE) kenderaan bermotor di bawah Akta Eksais 1976.
  • Memproses, menyedia dan mewartakan Perintah Kastam (NIlai-Nilai) Minyak Kelapa Sawit dan diedarkan ke semua negeri.
  • Memproses, menyedia dan mewartakan Perintah Kastam (NIlai-Nilai) Isirong Kelapa Sawit dan diedarkan ke semua negeri.
  • Memproses, menyedia dan mewartakan Nilai Eksport Minyak Mentah Petroleum untuk diedarkan ke semua negeri.
  • Menyediakan kadar tukaran wang asing setiap minggu untuk diedarkan ke stesen kastam seluruh Negara.

iii. Unit Penyelidikan dan Rayuan Penilaian

  • Membuat penyelidikan ke atas kes-kes pertikaian dan rayuan mengenai penilaian yang dikemukakan oleh pengimport dan pengilang tempatan serta stesen-stesen kastam untuk mendapatkan khidmat nasihat dan keputusan penilaian.
  • Membuat penyelidikan ke atas kes-kes pertikaian dan rayuan mengenai penilaian yang dikemukakan oleh pengimport dan pengilang tempatan untuk dikemukakan kepada Tribunal Rayuan Kastam untuk keputusan .
  • Mengkaji kes-kes yang dikemukakan oleh Cawangan Auditan Syarikat, Auditan Pasca Import dan isu duti bayaran secara bantahan oleh pengimport/pengilang untuk dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK) bagi mendapatkan keputusan.
  • Mengkaji kes-kes yang dikemukakan oleh Bahagian Penguatkuasaaan/Pematuhan untuk mendapatkan nasihat dan keputusan penilaian.
  • Menjalankan penyelidikan kajian bagi tujuan mengeluarkan keputusan ke atas permohonan Ketetapan Kastam.
  • Mengkaji permohonan rayuan pengurangan nilai ke atas kenderaaan CBU import terpakai oleh individu/kedutaan.
  • Mengumpul dokumen bagi menyediakan affidavit untuk kes-kes penilaian kastam yang dibawa ke tribunal rayuan kastam dan mahkamah.
  • Mengkaji kes-kes transfer pricing dalam konteks penilaian kastam.

 3.0     CAWANGAN PENJENISAN, TARIF DAN GUBALAN

3.1     OBJEKTIF CAWANGAN

  • Memastikan penjenisan barangan dibuat dengan tepat dan cepat.
  • Meningkatkan kefahaman serta pengetahuan pegawai mengenai hal-hal penjenisan, tarif dan gubalan.
  • Menyeragamkan laporan penjenisan barangan dengan memberikan garis panduan yang tepat.
  • Memperkemaskan semua undang-undang, peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang ditadbir oleh Jabatan.

3.2     LATAR BELAKANG

  • Cawangan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kastam Gred W54 dan terdiri daripada 3 unit iaitu:-
    • Unit Tarif dan Gubalan
    • Unit Penjenisan
    • Unit Khas Ketetapan Kastam 

3.3     FUNGSI UNIT DI CAWANGAN PENJENISAN, TARIF DAN GUBALAN

i. Unit Tarif Dan Gubalan

  • Memproses cadangan pindaan dan mengemaskini semua perundangan yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tujuan pewartaan serta memperjeniskan dagangan selaras dengan Sistem Berharmonis /Harmonised System.
  • Menggubal peruntukan baru dan pindaan kepada perundangan yang ditadbirkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan memastikan pengedarannya dibuat ke semua Stesen Kastam di seluruh negara supaya dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Mengadakan perbincangan /mesyuarat dari masa ke masa dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Peguam Negara serta agensi-agensi kerajaan lain mengenai aspek penggubalan perundangan baru atau pindaan yang relevan.
  • Mengkaji dan menyediakan draf pewartaan Bajet Tahunan Negara yang berkaitan dengan Cukai Tidak Langsung.
  • Mengemaskini maklumat pengkalan data Sistem Maklumat Kastam (SMK) selaras dengan pindaan-pindaan yang diwartakan dan memastikan Modul Data Kawalan SMK dikemaskini.

ii)  Unit Penjenisan

  • Menentukan penjenisan barangan berpandukan Sistem Berharmonis dan menentukan Kod Tarif Kastam mengikut Perintah Duti Kastam 2007 dan Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-negeri ASEAN) (Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN dan Tarif Keutamaan Sama Rata) 2007.
  • Menjadi tempat pertanyaan dan rujukan kepada pihak stesen dan lain-lain pelanggan mengenai penjenisan barangan dengan cara bersemuka, melalui telefon dan e-mel.
  • Mengeluarkan garis panduan, arahan pekeliling dan perintah kepada stesen bagi mempertingkatkan keupayaan dan bagi memastikan keseragaman penjenisan barangan.
  • Membuat perancangan dan tindakan bagi melaksanakan komitmen Cawangan Penjenisan, Tarif  dan Gubalan Ibu Pejabat ke atas standard-standard yang ditetapkan dalam WCO.
  • Menyediakan sumber rujukan (source of reference) yang lengkap dan mencukupi untuk rujukan Pegawai Penjenisan Ibu Pejabat dan stesen.
  • Mengambil bahagian dalam forum, bengkel dan mesyuarat di peringkat antarabangsa yang melibatkan isu-isu berkaitan Sistem Berharmonis (Harmonize System) dan Penjenisan Barangan (Classification of Goods)

iii) Unit Khas Ketetapan Kastam

  • Unit ini bertindak sebagai urusetia ketetapan kastam untuk mengurus semua permohonan ketetapan kastam mengikut peruntukan undang-undang di bawah seksyen 10B Akta Kastam, Seksyen 11B, Akta Cukai Jualan 1972, Seksyen 5B, Akta Eksais 1976 dan Seksyen 6B Akta Cukai Perkhidmatan 1975 seperti berikut:
    • Penjenisan barangan
    • Nasihat Penilaian
    • Penilaian orang kena cukai berkaitan dengan pengilangan atau pengeluaran barangan.
    • Penentuan perkhidmatan bercukai

4.0          CAWANGAN CUSTOMS VERIFICATION INITIATIVE (CVI)

4.1    LATAR BELAKANG

Pelbagai strategi telah diambil oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk memodenkan aktiviti perkastaman selaras dengan kehendak Revised Kyoto Convention. Sehubungan itu satu pasukan petugas Unit CVI telah ditubuhkan pada akhir tahun 2007 dibawah Bahagian Perkhidmatan Teknik  Ibu Pejabat. Pada Julai 2009 Cawangan CVI telah ditubuhkan melalui Waran Perjawatan 2010 bagi menggantikan pasukan petugas Unit CVI. Cawangan CVI diketuai oleh seorang Penolong Kanan Pengarah Kastam I bersama 8 orang pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk memberi penarafan risiko pelepasan kastam ke atas Borang K1, K2, K8 dan K9 melalui platform Modul Selektiviti SMK dengan mengaplikasikan pendekatan dan konsep pengurusan risiko.

4.2          OBJEKTIF 

  • Membantu mempercepatkan pelepasan dagangan dari kawalan kastam dengan menggunapakai pendekatan pengurusan risiko bagi mengenalpasti dan menaraf risiko dagangan berisiko tinggi selaras dengan kehendak Revised Kyoto Convention dan WCO SAFE Framework of Standards.
  • Membantu meningkatkan tahap pematuhan pengimport, pengeksport dan pedagang kepada perundangan kastam dan peraturan perdagangan tanpa menjejaskan sistem penyampaian Jabatan. 

4.3          FUNGSI CAWANGAN CVI 

  • Mengumpul dan menyaring data dari sumber dalaman dan luaran bagi mengenalpasti petunjuk-petunjuk risiko dalam aliran keluar masuk pelepasan dagangan dari kawalan kastam.
  • Membuat analisa data dan maklumat-maklumat yang diperolehi bagi mengenalpasti faktor dan kriteria risiko pergerakan keluar masuk dagangan dan kenderaan perdagangan yang melintasi pintu sempadan negara.
  • Membuat penilaian risiko mengikut semua daerah dan kawasan geografi negara melalui stesen kastam dan pintu sempadan negara.
  • Membina dan menyelenggarakan profil-profil risiko menggunakan modul selektiviti SMK bagi tujuan pemilihan dan penarafan risiko setiap borang kastam elektronik (Cusdec) secara automatik sebelum pelepasan kastam dibenarkan oleh pegawai dibarisan hadapan.