Rabu, Jun 19, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Piagam Pelanggan

Bahagian Penguatkuasaan - Profil Bahagian

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 
PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, IBU PEJABAT

Selaras dengan Visi dan Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami berjanji akan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut :

  •  Semua aduan awam dan maklumat yang lengkap yang diterima dari orang awam hendaklah diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.   
  • Menjalankan siasatan yang lengkap dan kemaskini dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kes diperolehi bagi membolehkan keputusan dibuat.
  •  Membuat pembayaran hadiah kepada ampoma dalam tempoh 7 hari dari tarikh cek pembayaran diterima daripada Cawangan Kewangan.
  •  Mengeluarkan keputusan semua kes rayuan dalam tempoh 3 hari dari tarikh keputusan diperolehi
  • Memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak dalam tempoh 2 minggu dari tarikh keputusan muktamad dibuat.
  • Melaksanakan pelupusan barang-barang lucuthak dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan diperolehi.

KAMI MENGIKTIRAF HAK PELANGGAN

  • Untuk mendapat maklumat /nasihat yang tepat
  • Untuk mendapat kelulusan mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Untuk mendapat perkhidmatan yang mesra dan adil
  • Untuk menjaga kerahsiaan maklumat pelanggan