Ahad, Mei 19, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Piagam Pelanggan

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia - Perihal Am KPSM

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA

  • Memproses dokumen tender/sebutharga dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tutup tender/sebutharga keatas tender yang tidak melibatkan jawatankuasa penilaian.
  • Memproses bayaran kepada penerima bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh baucar lengkap diterima sehingga EFT dihantar ke bank.
  • Mengurus dan menyelesaikan masalah teknikal dan kerosakan peralatan   komputer dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh laporan diterima.
  • Menguruskan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) diselesaikan pada bulan  Mac setiap tahun.
  • Menguruskan pendaftaran setiap aset alih dan aset hidup kerajaan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah pengesahan penerimaan beserta punca maklumat yang lengkap diterima.
  • Menyiapkan kertas perakuan kenaikan pangkat pegawai yang sedang memangku dalam tempoh 12 bulan pemangkuan.
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh terima minit mesyuarat Lembaga Kompetensi Kementerian Kewangan.
  • Menguruskan Peperiksaan Perkhidmatan dan Peperiksaan KPSL dalam tempoh 90 hari bekerja mulai tarikh peperiksaan sehingga keluar keputusan.

Kami mengiktiraf hak-hak pelanggan seperti berikut :

  • Mendapatkan perkhidmatan yang mesra, adil dan tanpa penyelewengan.
  • Mendapatkan kelulusan dalam standard masa yang ditetapkan.
  • Diberi peluang untuk membuat aduan dan rayuan.