Khamis, Mei 23, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Fungsi Bahagian

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia - Teknologi Maklumat

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN (PTD GRED M54)

  1. Bertanggungjawab keatas urusan pengurusan pentadbiran Ibu Pejabat dan negeri.
  2. Mengurus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Peperiksaan perkhidmatan dan peperiksaan KPSL
  3. Mengurus, menyedia dan menyemak  penyata perubahan (Kew.8), permohonan elaun dan kemudahan yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam.
  4. Mengurus urusan surat menyurat Ibu Pejabat
  5. Mengurus kenderaan Ibu Pejabat, kenderaan SPANCO (termasuk negeri-negeri) dan permohonan penggunaan kenderaan
  6. Menyelenggara dan mengemaskinikan data HRMIS
  7. Mengurus hal-hal berkaitan Kad Kuasa;
  8. Mengurus percetakan dan pengedaran perintah-perintah dan pekeliling;
  9. Mengurus keperluan pakaian seragam pegawai Ibu Pejabat;

 

CAWANGAN PERKHIDMATAN DAN LATIHAN (PTD GRED M54)

  1. Bertanggungjawab ke atas hal ehwal perkhidmatan dan latihan kakitangan JKDM.
  2. Menyenggara dan mengemaskini data perjawatan pegawai dan memproses permohonan perintah penempatan dan pertukaran pegawai.
  3. Bertanggungjawab terhadap aspek pengambilan, pengesahan dalam jawatan, kenaikan pangkat dan pemangkuan anggota penempatan, kemasukan dalam jawatan berpencen, JKDM dan gunasama.
  4. Menyusun semula dan memperkukuhkan organisasi dengan menyediakan perkhidmatan yang cepat, cekap, adil dan berkesan selaras dengan perkembangan ekonomi global.
  5. Mengubal dasar pengurusan sumber manusia dan skim-skim perkhidmatan di JKDM.
  6. Mengubal dan mengurus dasar latihan anggota melalui ‘training needs’ serta kemajuan kerjaya anggota JKDM dan gunasama.
  7. Menyedia dan menyusun penggunaan sumber manusia secara optimum melalui keberkesanan dan kecepatan sistem penyampaian melalui dasar latihan, pelan strategik, dan concept bagi mencapai objektif organisasi.

 

CAWANGAN PENGURUSAN PRESTASI DAN TATATERTIB (PTD GRED M54)

  1. Bertanggungjawab menguruskan proses tindakan tatatertib Jabatan
  2. Menguruskan Pencalonan Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Bintang dari Negeri-Negeri dan Persekutuan;
  3. Bertanggungjawab menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Pemantapan Integriti JKDM;
  4. Menguruskan segala urusan Risikan terhadap aduan anggota JKDM dan arahan yang diterima dengan mengumpul, menilai, menganalisis dan menginterprentasi maklumat;
  5. Bertanggungjawab ke atas laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi Negeri / Stesen
  6. Menyediakan Laporan Tahunan Tatatertib, Analisis Tatatertib, Perisytiharaan Harta, Penglibatan Politik dan Kerja Luar ke Perbendaharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam

 

CAWANGAN PENGURUSAN KEWANGAN ( PTD GRED M54)

  1. Mengurus dan menyediakan bajet tahunan jabatan ;
  2. Menyemak dan mengurus keperluan tambahan bajet jabatan
  3. Mengurus dan menyelenggara Perbelanjaan Tahunan dan Pembayaran Jabatan;
  4. Mengeluar waran peruntukan bagi belanja mengurus dan pembangunan;
  5. Mengurus semua pembayaran bagi semua perolehan bekalan/perkhidmatan/kerja yang ditanggung kepada vot Ibu Pejabat;
  6. Mengkaji sistem pengurusan kewangan dari semasa ke semasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan Jabatan dalam bidang pengurusan kewangan;

 

CAWANGAN PENGURUSAN PEROLEHAN (PTD GRED M54)

  1. Merancang dan menguruskan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  2. Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan kontrak-kontrak perolehan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  3. Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek fizikal dan bukan fizikal Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  4. Merancang , mengurus dan mengawal peruntukan pembangunan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  5. Memberi bantuan khidmat nasihat berkaitan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia di negeri

 

CAWANGAN LOGISTIK (GRED 54)

    1. Menguruskan Aset Alih dan Aset Hidup Kerajaan melalui kaedah-kaedah yang telah diperuntukkan
    2. Memantau, menyelia dan memastikan aset-aset Jabatan yang diperolehi daripada peruntukan Jabatan ditadbir dan diselia dengan baik serta tidak disalahgunakan
    3. Mengurus dan menyelia urusan perolehan dan pengedaran barangan serta peralatan di Stor Pusat kepada Ibu Pejabat, Negeri dan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
    4. Mengurus permohonan dan perakuan pelupusan aset dan inventori Jabatan.
    5. Membuat pemeriksaan Inventori dan Verifikasi Stok Bekalan Pejabat dan menyediakan laporan-laporan pemeriksaan harta modal, inventori dan bekalan pejabat mengikut prosedur yang ditetapkan
    6. Mengkaji serta membuat perancangan perolehan aset-aset yang diperlukan Jabatan
    7. Mengumpul dan mengemaskinikan maklumat mengenai semua aset Jabatan untuk tujuan penyediaan laporan bagi membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan.

       

      CAWANGAN INTEGRITI

      1. Mengadakan kursus/program penerapan nilai-nilai murni kepada pegawai dan kakitangan
      2. Pendedahan/maklumat awal dapat mengurangkan kes-kes salah laku dikalangan pegawai dan kakitangan
      3. Mengendalikan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap semua proses penguatkuasaan
      4. Mengkaji sistem dan prosedur kerja untuk mengesan kelemahan dan mencadangkan penambahbaikan
      5. Menganggotai Jawatankuasa Siasatan Tatatertib dan menjalankan siasatan berkaitan pelanggaran tatakelakuan (mengikut kesesuaian/sekiranya terdapat keperluan)
      6. Membantu Ketua Jabatan memantau dan mengesan perbuatan salahlaku, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
      7. Menganalisis dasar atau arahan Standard Operating Procedure (SOP) dan mencadangkan penambahbaikan serta peningkatan serta peningkatan kepada dasar/arahan/SOP berkenaan (tatacara operasi)
      8. Menerima maklumat atau aduan tentang ketidakpatuhan atau tindakan menyeleweng oleh agensi penguatkuasaan undang-undang
      9. Menerima laporan, aduan, informasi mengenai ketidakpatuhan oleh pegawai Jabatan
      10. Menjalankan penyiasatan dan risikam terhadap kes salahlaku, salah urus dan penyalahgunaan kuasa serta ketidakpatuhan peraturan Jabatan
      11. Memprofilkan para pegawai untuk mengenalpasti mereka yang terlibat dalam amalan rasuah bersindiket
      12. Mengemukakan hasil siasatan/dapatan kepada Lembaga Tatatertib

       

      CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT ( GRED 54)

      1. Merancang dan melaksana strategi-strategi dan dasar ICT Jabatan.
      2. Merancang, membangun, melaksana dan meyelenggara sistem aplikasi berdasarkan Pelan Strategik ICT (ISP) JKDM
      3. Menyedia, mengendali dan menyelenggara kemudahan infrastruktur ICT Jabatan dengan memastikan aspek-aspek keselamatan  diambilkira.
      4. Memantau dan menilai keberkesanan projek-projek ICT sedia ada untuk menentukan manafaat dan kesesuaiannya dalam menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan Jabatan.
      5. Mengurus operasi harian Pusat Data serta merancang dan melaksanakan segala perkara berkaitan dengan keselamatan Pusat Data Jabatan
      6. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal dalam bidang ICT kepada semua pengguna sistem.
      7. Melaksana program latihan dan pembudayaan ICT secara berterusan.

       

      CAWANGAN AKAUN ( GRED W54)

      1. Mengurus ,menyemak dan menyelaras data kewangan serta menyediakan Penyata kewangan JKDM
      2. Merancang, membuat naziran dan auditan tunai di PTJ, melaksana dan meyelenggara sistem aplikasi bayaran dan terimaan.
      3. Memproses baucer bayaran, menyemak dan mengakaun penyata pemungut melalui EDI, pinjaman dan bayaran gaji,elaun, pendahuluan diri serta menyelenggara vot JKDM
      4. Mengurus operasi harian serta mamastikan kerja-kerja cetakan dilakukan dengan sempurna dan mengakaunkan penyata melalui laporan harian SMK dan Penyata Harian Bank Negara..
      5. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bekaitan pelaksanaan sistem eSPKB serta menyelaras semua aduan mengenai tatacara perakaunan.
      6. Melaksana program latihan mengenai sistem perakaunan secara berterusan.