Sabtu, Mei 25, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Piagam Pelanggan

Bahagian Perkastaman - Perihal Am Perkastaman

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

PIAGAM PELANGGAN

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Kami komited memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan dan sentiasa menambahbaik perkhidmatan supaya ia selaras dengan aspirasi pelanggan dengan memberi penekanan kepada kriteria berikut :

  √  BERLUNASKAN UNDANG-UNDANG   √  TEPAT DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN   √  MENEPATI MASA YANG DIJANJIKAN  
                                                                                      √  LAYANAN MESRA DAN ADIL

Dalam melaksanakan amanah memungut duti dan cukai, memberi fasilitasi perkastaman serta memastikan pematuhan undang-undang untuk memelihara kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara, kami janji :

 

AKTIVITI PERKASTAMAN

 

 

 

 

  1. Pelaksanakan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan import dalam tempoh 180 minit (mod udara); 130 minit (mod laut) dan 60 minit (mod darat).
  2. Melaksanakan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan eksport dalam tempoh 30 minit (mod udara); 180 minit (mod laut) dan 60 minit (mod darat).
  3. Meluluskan pelepasan kastam (customs clearance) bagi dagangan secara transit dalam tempoh 60 minit (mod udara); 130 minit (mod laut) dan 30 minit (mod darat).
  4. Melaksanakan pelepasan penumpang dalam tempoh 30 minit.
  5. Meluluskan permohonan lanjutan tempoh Import Sementara bagi pengimportan yang melebihi setahun dari tarikh import dalam masa tujuh (7) hari.
  6. Meluluskan permohonan Had Gerakan dalam masa tiga (3) hari.
  7. Meluluskan permohonan lesen Gudang Berlesen Persendirian dan Agen Awam dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh laporan lengkap diterima daripada Pengarah Kastam Negeri.
  8. Permohonan Lesen bagi Gudang Berlesen Awam, Depoh Pelepasan Pendalaman dan Kedai Bebas Cukai yang diterima daripada Pengarah Kastam Negeri akan diproses dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dalam tempoh tujuh (7) hari.
  9. Meluluskan permohonan pengecualian duti untuk jualan tempatan, permohonan  pemindahan/ pengeksportan bahan mentah, komponen, mesin dan alat kelengkapan dan permohonan operasi Pusat Perolehan Antarabangsa ( IPC) dalam tempoh tujuh (7) hari.
  • KOMITMEN KAMI INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA DOKUMEN LENGKAP YANG DIKEMUKAKAN

Kami mengiktiraf hak-hak pelanggan seperti berikut :

  • Mendapatkan perkhidmatan yang mesra, adil dan profesional
  • Mendapatkan kelulusan dalam standard masa yang ditetapkan
  • Diberi peluang unuk membuat aduan dan rayuan.