Jumaat, Mei 24, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Fungsi Bahagian Kastam

Bahagian Perkastaman - Perihal Am Perkastaman

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

FUNGSI BAHAGIAN KASTAM


1. CAWANGAN FASILITASI PERDAGANGAN / PERINDUSTRIAN

1.1       UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN PENGGUDANGAN

  • Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras  dasar , perundangan dan prosedur berkaitan dengan aktiviti penggudangan.

  • Menimbang dan memperakukan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Awam dan Depoh Pelepasan  Dalaman (ICD) kepada Perbendaharaan untuk kelulusan.

  • Menimbang dan meluluskan permohonan baru lesen Gudang Berlesen Persendirian.

  • Menimbang dan meluluskan permohonan remisi duti / cukai di bawah seksyen 18 Akta Kastam 1967 dan seksyen 33 Akta Cukai Jualan 1972.

  • Memantau aktiviti penggudangan dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan.

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang/pelabur.

 

1.2       UNIT PENGURUSAN KAWALAN KEMUDAHAN DAN INSENTIF

  • Mengkaji polisi, perundangan dan prosedur berkaitan dengan pengecualian duti / cukai yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

  • Mengkaji amalan perdagangan dan perindustrian global bagi mengenalpasti penambahbaikan kemudahan yang boleh diberikan.

  • Menimbang dan memperakukan permohonan syarikat-syarikat untuk diiktirafkan status Authorised Economic Operator (AEO).

  • Memperaku permohonan remisi duti/cukai untuk barangan yang memperolehi pengecualian oleh Menteri Kewangan. (Seksyen 14A Akta Kastam 1967).

  • Mengadakan program kesedaran mengenai dasar-dasar terkini untuk meningkatkan pengetahuan dan pematuhan oleh syarikat/pengilang.

 

1.3       UNIT PENGURUSAN PANGKALAN DATA PERKASTAMAN

  • Merancang pengumpulan data maklumat dan mengumpul data berkaitan perkastaman.

  • Membangunkan petunjuk risiko aktiviti perkastaman.

  • Menjalankan analisis data untuk mengenalpasti potensi, trend dan kelemahan aktiviti perkastaman.

  • Menyedia dan membekalkan maklumat kepada pihak pengurusan mengikut keperluan.

  • Menyalurkan maklumat ke negeri / stesen profil risiko dan arahan berjaga-jaga.

  • Menyediakan laporan buletin statistik, laporan suku tahun dan laporan tahunan.

 

1.4       UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN ZON PERINDUSTRIAN DAN  ZON PERDAGANGAN BEBAS

  • Mengkaji dasar, perundangan dan prosedur berkaitan Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

  • Membuat penambahbaikan berkaitan peraturan / prosedur di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

  • Memantau aktiviti di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

  • Memproses permohonan kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan aktiviti nilai tambah di Zon Perindustrian dan Zon Perdagangan Bebas.

  • Memproses permohonan pengecualian duti ke atas ‘manufacturing aids’.

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.

 

1.5       UNIT PENGURUSAN DAN KAWALAN GUDANG PENGILANGAN BERLESEN

  • Merangka, memperaku, mengkaji dan  menyelaras dasar, prosedur dan aktiviti berkaitan Gudang Pengilangan Berlesen.
  • Memantau aktiviti Gudang Pengilangan Berlesen dan mengenalpasti ketidakpatuhan dan penyalahgunaan yang dilakukan serta mengambil tindakan penambahbaikan ke atas sistem pemantauan dan kawalan.
  • Mengkaji dan memproses permohonan aktiviti nilai tambah, kadar CEPT bagi barang-barang siap yang dijual ke pasaran tempatan dan penjualan ‘replacement parts’ sebagai alatganti.
  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada komuniti pedagang / pelabur.

 

2. CAWANGAN IMPORT/EKSPORT DAN KAWALAN SEMPADAN

2.1       UNIT PENGURUSAN  DAN PENGUATKUASAAN IMPORT

  • Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras  dasar  aktiviti import / transhipment / Agen Penghantaran dan Perkapalan  selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS),  Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.

  • Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang relevan.

  • Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem  berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.

  • Meluluskan permohonan lanjutan tempoh masa untuk  kemudahan  import sementara dan ATA Carnet.

  • Meluluskan penggunaan Bon Am.

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti import dan transhipment.

 

2.2       UNIT PENGURUSAN  DAN PENGUATKUASAAN EKSPORT

  • Merangka, memperaku, mengkaji, memantau dan menyelaras dasar aktiviti eksport / transhipment / Agen Penghantaran dan Perkapalan  selaras dengan kehendak World Customs Organisation Framework of Standard (FoS),  Revised Kyoto Convention (RKC) dan perjanjian-perjanjian lain yang telah ditandatangani.

  • Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Perdagangan Strategik 2010, Akta Harta Intelek dan lain-lain peraturan yang relevan.

  • Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti eksport dan transhipment.

  • Memproses permohonan lanjutan eksport sementara.

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan dengan aktiviti eksport dan transhipment.

 

2.3       UNIT PENGURUSAN  DAN PENGUATKUASAAN KAWALAN PULAU BEBAS CUKAI (PBC) / KEDAI BEBAS CUKAI (KBC)

  • Merangka, memantau, menyelaras dan memperaku dasar, perundangan, fasilitasi serta prosedur berkaitan dengan PBC dan KBC.

  • Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC.

  • Memproses  permohonan remisi / pemusnahan dibawah seksyen 18 Akta Kastam 1967.

  • Merangka dasar dan mengurus aktiviti lesen import ke atas rokok dan minuman keras.

  • Meluluskan permohonan baru bagi lesen mengimport rokok dan minuman keras.

  • Merangka dasar dan mengurus aktiviti Had Gerakan.

  • Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan PBC dan KBC.

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi berkaitan PBC dan KBC.

 

2.4       UNIT PENGURUSAN KAWALAN PENUMPANG / KAWALAN SEMPADAN

  • Merangka, memperaku, memantau dan menyelaras pelaksanaan dasar baru / pindaan undang-undang berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.
  • Mengkaji dan melaksanakan penambahbaikan sistem berkaitan dengan aktiviti kawalan penumpang / sempadan.
  • Mengkaji dasar-dasar pergerakan dagangan In-transit termasuk truck flight.
  • Mengkaji keperluan untuk menubuhkan stesen sempadan dan tempat pendaratan yang sah.
  • Mengadakan kerjasama dengan agensi –agensi  berkaitan  dengan keselamatan kawalan sempadan negara.
  • Memberi khidmat nasihat  dan konsultasi berkaitan dengan pengurusan kawalan penumpang / sempadan.

 

2.5       UNIT ANALISIS DAN DASAR CUKAI

  • Mengkaji dan menganalisis  isu-isu perkastaman dan keberkesanan dasar-dasar cukai, peraturan-peraturan yang sedia ada.
  • Mencadangkan dasar-dasar cukai dan peraturan baru.
  • Mengkaji sistem penyampaian perkhidmatan perkastaman dari masa ke semasa.


2.6       UNIT KOMITMEN ANTARA AGENSI

  • Memberi  khidmat nasihat berkenaan dasar, perundangan dan prosedur perkastaman kepada pelabur / bakal pelabur.
  • Menjalin networking dan mempertingkatkan kerjasama dengan MIDA, Agensi-Agensi di bawah MITI dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain (OGAs) berkaitan perundangan dan prosedur perkastaman.