Rabu, Jun 19, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Fungsi Bahagian

Bahagian Perundangan - Perihal Am Perundangan

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

Fungsi Bahagian

  1. Mengendalikan kes-kes perbicaraan, rayuan dan semakan jenayah di mahkamah-mahkamah di seluruh Malaysia;
  2. Mengendalikan kes-kes perbicaraan, rayuan sivil dan semakan kehakiman di mahkamah-mahkamah di seluruh Malaysia termasuk Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan;
  3. Mengkaji dan meneliti Kertas-Kertas Siasatan yang dikemukakan ke Bahagian ini untuk perintah, nasihat atau izin untuk mendakwa;
  4. Mengkaji dan meneliti Kertas-Kertas guaman sivil yang dikemukakan ke Bahagian ini untuk tindakan memfailkan penyataan tuntutan, pembelaan, affidavit jawapan atau nasihat dan tindakan di Mahkamah;
  5. Menyemak dan meneliti perjanjian-perjanjian diantara JKDM dengan pihak swasta tempatan dan perjanjian yang melibatkan JKDM mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa:
  6. Memberi nasihat dan pandangan perundangan kepada pegawai-pegawai Kastam dan Bahagian-Bahagian di dalam JKDM;
  7. Meneliti dan mengkaji semua keputusan mahkamah samada sivil atau jenayah bagi mengambil tindakan samada hendak membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat atau sebaliknya;
  8. Memberi ceramah kepada Pegawai-pegawai Kastam berkaitan dengan perundangan kastam dan untuk kursus PTK.