Portal e-Warta Persekutuan

Portal e-Warta Persekutuan merupakan portal rasmi bagi penyiaran semua perundangan persekutuan. Pewartaan secara atas talian ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa. Fasa pertama yang meliputi pewartaan perundangan subsidiari, iaitu P.U.(A) dan P.U.(B), telah dilaksanakan mulai 26 April 2011. Fasa kedua yang merangkumi pewartaan semua perundangan yang diluluskan oleh Parlimen mulai bulan Mac 2011 telah dilaksanakan pada 2 Jun 2011. Perundangan persekutuan boleh dicapai dan dimuat turun secara percuma dari portal ini mulai 26 April 2011. Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan bahawa perundangan yang dimuat turun dan dicetak dari portal ini bukanlah salinan Warta yang dicetak oleh Pencetak Kerajaan, iaitu Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388].