Jumaat, Ogos 22, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

Barangan Peribadi Yang Dikecualikan Dari Duti / Cukai Sewaktu Pulang Dari Luar Negara

Bahagian Perkastaman - Fasilitasi Perdagangan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

 

Barangan Peribadi Yang Dikecualikan Dari Duti / Cukai Sewaktu Pulang Dari Luar Negara

Di bawah Seksyen 103(1) Akta Kastam 1967, semua penumpang yang tiba atau meninggalkan Malaysia dikehendaki mengikrar semua barang yang dibawa bersamanya. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia adalah layak menikmati pengecualian duti / cukai ke atas barangan peribadi yang layak sewaktu pulang dari luar Negara menurut Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, dengan syarat memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Barangan yang dibawa masuk hendaklah dibawa bersama dalam bagasinya

  • Barangan untuk kegunaan persendirian

  • Pelancong luar yang masuk ke Malaysia hendaklah dapat memuaskan hati Pegawai Kastam bahawa beliau bercadang untuk tinggal di Malaysia tidak kurang dari 72 jam.

  • Bagi rakyat Malaysia, mereka mesti berada di :

    • Luar negara tidak kurang 72 jam,

    • Labuan tidak kurang 24 jam,

    • Langkawi/Tioman tidak kurang 48 jam.

Pembawa atau Penumpang hendaklah mengikrar secara lisan kepada Pegawai Kastam yang bertugas di pintu masuk udara, darat atau laut yang mana berkenaan barangan yang dibawa untuk pemeriksaan Kastam sebagaimana kaedah yang ditetapkan seperti berikut :

  • Setiap pembawa atau penumpang dikehendaki menyatakan semua barangan yang hendak dituntut pengecualiaannya.

  • Pemilik barang hendaklah membuka bagasi berkenaan untuk diperiksa oleh Kastam dan mengemas kembali bagasi mereka selepas pemeriksaan.

Selain dari barangan yang layak mendapat pengecualiaan di bawah kemudahan ini, pembawa atau penumpang hendaklah mengikrar secara lisan semua barangan yang dibawa bersama menurut keperluan di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kastam 1977. Sekiranya pembawa atau penumpang tidak membawa barangan tidak bercukai atau tidak berhajat untuk mendapatkan kemudahan pengecualiaan ini dari pihak Kastam, pembawa atau penumpang boleh menggunakan lorong hijau (Green Lane). Namun begitu pihak Pegawai Kastam yang bertugas masih boleh melakukan pemeriksaan apabila diperlukan.

Penumpang atau pelancong semasa masuk atau berlepas dari Malaysia dengan membawa tunai ataupun wang dalam bentuk traveller’s cheque, banker’s draf, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money orders yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000 dikehendaki membuat pengikraran dalam borang Kastam No. 22.  Kegagalan membuat pengikraran adalah satu kesalahan dan dihukum dengan denda tidak melebihi dari RM1,000,000 atau penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering And Anti Terrorism Financing Act 2001 – AMLATFA). Di dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953), permohonan kelulusan secara bertulis perlu dibuat kepada Pengawal Pertukaran Wang Asing sekiranya :

  • Penumpang atau pelancong memasuki atau berlepas Malaysia dengan wang melebihi RM1,000 ;
  • Penumpang atau pelancong warganegara Malaysia berlepas dari Malaysia dengan wang asing dan traveller’s cheque yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000 ; dan
  • Penumpang atau pelancong bukan warganegara Malaysia semasa berlepas dari Malaysia dengan wang asing dan traveller’s cheque yang melebihi jumlah yang dibawa masuk.

Sekiranya didapati penumpang atau pelancong membawa dadah masuk atau keluar dari Malaysia semasa pemeriksaan, kes akan diserah kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya. Kesalahan ini akan didakwa di bawah seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penumpang atau pelancong perlu membuat pengikraran secara voluntary compliance sama ada barang yang dibawa masuk itu dikenakan eksport permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 atau tidak. Sekiranya permit dikenakan, penumpang atau pelancong  perlu mengemukakan eksport permit. Akta ini bertujuan mengekang percambahan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon Of Mass Destruction – WMD). Syarikat diberi masa selama 3 bulan bermula 1 Januari 2011 untuk mula memohon permit eksport bagi barangan strategik seperti kategori 0 (Bahan Nuklear, Fasilitasi dan Perkakas Nuklear) sebelum tindakan penguatkuasaan diambil bermula 1 April 2001. Permohonan permit eksport bagi Kategori 0 tersebut perlu dibuat kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom [Department of Atomic Agency Licencing Board (AELB)], MOSTI yang beralamat seperti berikut:

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor,
MALAYSIA
Tel : 603-89225888

Faks : 603-89223685

Laman web: http://www.aelb.gov.my

Bagi Kategori Barangan Ketenteraan dan Barangan Dua Guna, Kategori 1-9 yang akan bermula pada 1 April 2011. Senarai barangan strategik di bawah kategori ini boleh didapati di www.miti.gov.my. Manakala bagi Kategori Barangan Strategik Kategori 2 : Pemprosesan Bahan untuk Elektronik, Komputer, Telekomunikasi dan Keselamatan Maklumat, senarai barangan strategik di bawah kategori ini adalah seperti di dalam Peraturan Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010

Barangan Peribadi yang tidak dibenarkan dibawa masuk dan barangan yang dibenarkan dengan permit import – Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

  • Barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk (Larangan Mutlak)
    • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 – Jadual Pertama  (barangan akan dirampas )
  • Barangan yang dibenarkan dengan permit import (Larangan Bersyarat/Permit)
    •  Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 – Jadual Kedua, Ketiga, Keempat ( barangan akan ditahan dan dilepaskan kepada pemilik setelah mengemukakan permit import.

1. Barangan Peribadi yang Dikecualikan dari Bayaran Duti/Cukai (Mengikut  Butiran 19 Perintah Kastam (Pengecualian) 1988 )

1.1   Barang- barang di bawah adalah dikecualikan daripada bayaran duti/cukai tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat berikut :

  • Barang-barang mudah alih terpakai selain “household effect”
  • Minuman Keras tidak melebihi 1 liter.
  • Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200      batang rokok
  • Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang
  •  Sepasang kasut baru
  • Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri dan kebersihan tidak melebihi 1 unit setiap satu.
  • Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM75.
  • Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan) dimana jumlah nilai tidak melebihi RM400. Jika barangan dari Langkawi, Pulau Tioman atau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak melebihi RM500.

2. Barangan Peribadi yang dikenakan bayaran duti/cukai

2.1   Barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan di para 1 akan dikenakan bayaran duti/cukai seperti berikut :

  • 30 % ke atas nilai barangan selain dari minuman keras, tayar, tiub,  tembakau, rokok dan kenderaan.
  • Minuman keras (eg. Alkohol / Spirit), tayar,tiub, tembakau, rokok dan kenderaan adalah mengikut kadar duti/cukai yang ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 2007.

3. Barangan Yang Dikenakan Bayaran Duti/Cukai

3.1   Barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan akan dikenakan duti/cukai seperti berikut:

  • 30 % ke atas nilai barangan selain dari minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan.
  • Minuman keras (eg. Alkohol / Spirit), tayar,tiub, tembakau, rokok dan kenderaan adalah mengikut kadar duti/cukai yang ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 2007.

3.2   Barangan yang dibawa masuk bukan untuk tujuan peribadi/persendirian, penumpang dibenarkan mengikrar barangan tersebut menggunakan Borang Kastam No.1.

3.3   Barangan akan ditahan dan dilepaskan kepada pemilik setelah mengemukakan permit import

4. Prosedur Membawa Masuk Bagasi / Barang
Barang-barang yang di bawa masuk oleh penumpang yang masuk sama ada melalui udara, darat dan laut adalah tertakluk kepada pemeriksaan Kastam.

4.1   Mengikrar secara lisan semua barang, wang tunai, cek pengembara dan lain-lain bentuk kewangan yang dibawa masuk kepada kastam di pintu-pintu masuk lapangan terbang, sempadan dan jeti/pelabuhan.

4.2   Pemilik bagasi/barang hendaklah membuka dan mengemas sendiri bagasi mereka sebelum dan selepas pemeriksaan kastam.

4.3   Pemilik hendaklah mengemukakan bukti pembelian barangan/ inbois sekiranya diminta oleh pihak kastam.

5. Prosedur-Prosedur Kemasukan Barangan Lain Yang Berkaitan

5.1   Prosedur kemasukan barangan untuk pameran ATA CARNET

5.2   Prosedur membawa masuk tumbuhan

5.3   Prosedur Pandu Kenderaan Kereta Motor masuk dan keluar Malaysia.

5.4   Prosedur membawa masuk haiwan

5.5   Prosedur membawa masuk barang secara sementara

5.6   Prosedur membawa masuk filem (Klik di sini)

5.7   Prosedur membawa masuk Gold Bar(Klik di sini)

5.8   Prosedur menahan, merampas dan menyita barang. (Klik di sini)

6.  Membawa Barangan / Bagasi Keluar

6.1   Bagi barangan peribadi yang berduti/bercukai yang hendak dibawa keluar negara dan barangan tersebut akan dibawa balik adalah dianggap sebagai eksport sementara.

6.2   Barangan tersebut hendaklah diikrar menggunakan Borang JK 85 dan disahkan oleh pegawai kastam bertugas

6.3   Borang JK 85 ini hendaklah dikemukakan semula apabila kembali ke Malaysia.

 

Seksyen 103(1) Akta Kastam 1967

103.  Bagasi Penumpang.

(1)     Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tiap-tiap penumpang atau orang lain yang tiba di Malaysia atau meninggalkan Malaysia hendaklah mengakui semua barang-barang berduti atau barang-barang larangan dalam milikannya, sama ada pada tubuh badannya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaan, kepada pegawai kastam yang hak, dan jika dia gagal berbuat demikian barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang tak berkastam.

Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988

Udara

darat

laut

Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Kastam 1977

17.     Bagasi yang dibawa bersama pengembara.

(1)               Pengembara-pengembara bona fide termasuk pengembara transit yang tiba di mana-mana lapangan terbang kastam sebagaimana ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Pertama hendaklah sendiri atau melalui ahli keluarga yang bertanggungjawab mengemukakan kepada pegawai kastam yang hak peristiharaan kastam seperti borang Kastam No. 22 sebagaimana ditetapkan dalam Bahagian I Jadual Kedua yang memberikan butir-butir dan nilai sebenar barang-barang yang diimport:

Dengan syarat bahawa subperaturan 17(1) tidak terpakai bagi pengembara-pengembara bona fide yang bermula dari mana-mana bahagian kawasan utama kastam.

(2)               Peruntukan-peruntukan Peraturan 15 dan 16 tidak terpakai bagi bagasi yang dibawa bersama dan kenderaan motor dipandu oleh pengembara-pengembara bona fide yang bermula dari mana-mana bahagian kawasan utama kastam.

Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952

JENIS DADAH

KESALAHAN

BERAT DADAH

Morfin, Heroin, Monoacetyl Morphine

memiliki

2 gm ke atas tetapi kurang dari 5 gm

Candu

memiliki

100 gm ke atas tetapi kurang dari 250 gm

Ganja

memiliki

20 gm ke atas tetapi kurang dari 50 gm

Kokain

memiliki

5 gm ke atas tetapi kurang dari 15 gm

Daun Koka

memiliki

250gm ke atas tetapi kurang dari 750 gm

Amphetamine Type Stimulants (ATS)

(Contoh: syabu dan pil ecstasy

memiliki

5 gm ke atas tetapi kurang dari 30 gm

Sekiranya di dapati bersalah di bawah seksyen ini, pesalah boleh dikenakan penjara tidak kurang dari  dua tahun dan sebatan tidak kurang  tiga kali tetapi tidak lebih sembilan kali.

Seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952

JENIS DADAH

KESALAHAN

BERAT DADAH

Morfin, Heroin, Monoacetyl Morphine

memiliki

5 gm ke atas tetapi kurang dari 15 gm

Candu

memiliki

250 gm ke atas tetapi kurang dari 1000 gm

Ganja

memiliki

50 gm ke atas tetapi kurang dari 200 gm

Kokain

memiliki

15 gm ke atas tetapi kurang dari 40 gm

Daun Koka

memiliki

750gm ke atas tetapi kurang dari 2000 gm

Amphetamine Type Stimulants (ATS)

(Contoh: syabu dan pil ecstasy

memiliki

30 gm ke atas tetapi kurang dari 50 gm

Sekiranya di dapati bersalah di bawah seksyen ini, pesalah boleh dikenakan penjara tidak kurang dari  lima tahun atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan tidak kurang  10 kali.

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

JENIS DADAH

KESALAHAN

BERAT DADAH

Morfin, Heroin, Monoacetyl Morphine

memiliki

15 gm atau lebih

Candu masak atau mentah

memiliki

1000 gm atau lebih

Ganja

memiliki

200 gm atau lebih

Kokain

memiliki

40 gm atau lebih

Daun Koka

memiliki

2000 gm atau lebih

Amphetamine Type Stimulants (ATS)

(Contoh: syabu dan pil ecstasy

memiliki

50 gm atau lebih

Sekiranya di dapati bersalah di bawah seksyen ini, pesalah boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

 

Rujukan :

  • Akta Perdagangan Strategik 2010
  • Peraturan Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010

 

Barangan Peribadi Yang Dikecualikan Dari Duti / Cukai Sewaktu Pulang Dari Luar Negara

Di bawah Seksyen 103(1) Akta Kastam 1967, semua penumpang yang tiba atau meninggalkan Malaysia dikehendaki mengikrar semua barang yang dibawa bersamanya. Semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia adalah layak menikmati pengecualian duti / cukai ke atas barangan peribadi yang layak sewaktu pulang dari luar Negara menurut Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, dengan syarat memenuhi syarat-syarat berikut :

Barangan yang dibawa masuk hendaklah dibawa bersama dalam bagasinya

Barangan untuk kegunaan persendirian

Pelancong luar yang masuk ke Malaysia hendaklah dapat memuaskan hati Pegawai Kastam bahawa beliau bercadang untuk tinggal di Malaysia tidak kurang dari 72 jam.

Bagi rakyat Malaysia, mereka mesti berada di :

Luar negara tidak kurang 72 jam,

Labuan tidak kurang 24 jam,

Langkawi/Tioman tidak kurang 48 jam.

Pembawa atau Penumpang hendaklah mengikrar secara lisan kepada Pegawai Kastam yang bertugas di pintu masuk udara, darat atau laut yang mana berkenaan barangan yang dibawa untuk pemeriksaan Kastam sebagaimana kaedah yang ditetapkan seperti berikut :

Setiap pembawa atau penumpang dikehendaki menyatakan semua barangan yang hendak dituntut pengecualiaannya.

Pemilik barang hendaklah membuka bagasi berkenaan untuk diperiksa oleh Kastam dan mengemas kembali bagasi mereka selepas pemeriksaan.

Selain dari barangan yang layak mendapat pengecualiaan di bawah kemudahan ini, pembawa atau penumpang hendaklah mengikrar secara lisan semua barangan yang dibawa bersama menurut keperluan di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kastam 1977. Sekiranya pembawa atau penumpang tidak membawa barangan tidak bercukai atau tidak berhajat untuk mendapatkan kemudahan pengecualiaan ini dari pihak Kastam, pembawa atau penumpang boleh menggunakan lorong hijau (Green Lane). Namun begitu pihak Pegawai Kastam yang bertugas masih boleh melakukan pemeriksaan apabila diperlukan.

Penumpang atau pelancong semasa masuk atau berlepas dari Malaysia dengan membawa tunai ataupun wang dalam bentuk traveller’s cheque, banker’s draf, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money orders yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000 dikehendaki membuat pengikraran dalam borang Kastam No. 22.  Kegagalan membuat pengikraran adalah satu kesalahan dan dihukum dengan denda tidak melebihi dari RM1,000,000 atau penjara tidak kurang dari setahun atau kedua-duanya di bawah Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering And Anti Terrorism Financing Act 2001 – AMLATFA). Di dalam Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (Exchange Control Act 1953), permohonan kelulusan secara bertulis perlu dibuat kepada Pengawal Pertukaran Wang Asing sekiranya :

Penumpang atau pelancong memasuki atau berlepas Malaysia dengan wang melebihi RM1,000 ;

Penumpang atau pelancong warganegara Malaysia berlepas dari Malaysia dengan wang asing dan traveller’s cheque yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000 ; dan

Penumpang atau pelancong bukan warganegara Malaysia semasa berlepas dari Malaysia dengan wang asing dan traveller’s cheque yang melebihi jumlah yang dibawa masuk.

Sekiranya didapati penumpang atau pelancong membawa dadah masuk atau keluar dari Malaysia semasa pemeriksaan, kes akan diserah kepada Bahagian Penguatkuasaan untuk tindakan selanjutnya. Kesalahan ini akan didakwa di bawah seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

Penumpang atau pelancong perlu membuat pengikraran secara voluntary compliance sama ada barang yang dibawa masuk itu dikenakan eksport permit di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 atau tidak. Sekiranya permit dikenakan, penumpang atau pelancong  perlu mengemukakan eksport permit. Akta ini bertujuan mengekang percambahan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon Of Mass Destruction – WMD). Syarikat diberi masa selama 3 bulan bermula 1 Januari 2011 untuk mula memohon permit eksport bagi barangan strategik seperti kategori 0 (Bahan Nuklear, Fasilitasi dan Perkakas Nuklear) sebelum tindakan penguatkuasaan diambil bermula 1 April 2001. Permohonan permit eksport bagi Kategori 0 tersebut perlu dibuat kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom [Department of Atomic Agency Licencing Board (AELB)], MOSTI yang beralamat seperti berikut: 

 

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor,
MALAYSIA
Tel : 603-89225888

Faks : 603-89223685

Laman web: http://www.aelb.gov.my

Bagi Kategori Barangan Ketenteraan dan Barangan Dua Guna, Kategori 1-9 yang akan bermula pada 1 April 2011. Senarai barangan strategik di bawah kategori ini boleh didapati di www.miti.gov.my. Manakala bagi Kategori Barangan Strategik Kategori 2 : Pemprosesan Bahan untuk Elektronik, Komputer, Telekomunikasi dan Keselamatan Maklumat, senarai barangan strategik di bawah kategori ini adalah seperti di dalam Peraturan Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010

Barangan Peribadi yang tidak dibenarkan dibawa masuk dan barangan yang dibenarkan dengan permit import – Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008.

Barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk (Larangan Mutlak)

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 – Jadual Pertama  (barangan akan dirampas )

Barangan yang dibenarkan dengan permit import (Larangan Bersyarat/Permit)

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 – Jadual Kedua, Ketiga, Keempat ( barangan akan ditahan dan dilepaskan kepada pemilik setelah mengemukakan permit import).

 

Barangan Peribadi yang Dikecualikan dari Bayaran Duti/Cukai

(Mengikut  Butiran 19 Perintah Kastam (Pengecualian) 1988 )

Barang- barang di bawah adalah dikecualikan daripada bayaran duti/cukai tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat berikut :

Barang-barang mudah alih terpakai selain “household effect”

Minuman Keras tidak melebihi 1 liter.

Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200      batang rokok

Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang

Sepasang kasut baru

Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri dan kebersihan tidak melebihi 1 unit setiap satu.

Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM75.

Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan) dimana jumlah nilai tidak melebihi RM400. Jika barangan dari Langkawi, Pulau Tioman atau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak melebihi RM500.

Barangan Peribadi yang dikenakan bayaran duti/cukai

Barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan di para 1 akan dikenakan bayaran duti/cukai seperti berikut :

30 % ke atas nilai barangan selain dari minuman keras, tayar, tiub,  tembakau, rokok dan kenderaan.

Minuman keras (eg. Alkohol / Spirit), tayar,tiub, tembakau, rokok dan kenderaan adalah mengikut kadar duti/cukai yang ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 2007.

 

Barangan Yang Dikenakan Bayaran Duti/Cukai

Barang-barang yang melebihi had yang ditetapkan akan dikenakan duti/cukai seperti berikut:

30 % ke atas nilai barangan selain dari minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan.

Minuman keras (eg. Alkohol / Spirit), tayar,tiub, tembakau, rokok dan kenderaan adalah mengikut kadar duti/cukai yang ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 2007.

Barangan yang dibawa masuk bukan untuk tujuan peribadi/persendirian, penumpang dibenarkan mengikrar barangan tersebut menggunakan Borang Kastam No.1.

Barangan akan ditahan dan dilepaskan kepada pemilik setelah mengemukakan permit import

 

Prosedur Membawa Masuk Bagasi / Barang 

Barang-barang yang di bawa masuk oleh penumpang yang masuk sama ada melalui udara, darat dan laut adalah tertakluk kepada pemeriksaan Kastam.

Mengikrar secara lisan semua barang, wang tunai, cek pengembara dan lain-lain bentuk kewangan yang dibawa masuk kepada kastam di pintu-pintu masuk lapangan terbang, sempadan dan jeti/pelabuhan. 

                (Klik> Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kastam 1977 )

                                (Klik> Prosedur Kawalan Matawang)

Pemilik bagasi/barang hendaklah membuka dan mengemas sendiri bagasi mereka sebelum dan selepas pemeriksaan kastam.

Pemilik hendaklah mengemukakan bukti pembelian barangan/ inbois sekiranya diminta oleh pihak kastam.

 

Prosedur-Prosedur Kemasukan Barangan Lain Yang Berkaitan

Prosedur kemasukan barangan untuk pameran ATA CARNET (Klik di sini)

Prosedur membawa masuk tumbuhan (Klik di sini)

Prosedur Pandu Kenderaan Kereta Motor masuk dan keluar Malaysia. (Klik di sini)

Prosedur membawa masuk haiwan (Klik di sini)

Prosedur membawa masuk barang secara sementara (Klik di sini)

Prosedur membawa masuk filem (Klik di sini)

Prosedur membawa masuk Gold Bar(Klik di sini)

Prosedur menahan, merampas dan menyita barang. (Klik di sini)

 

Membawa Barangan / Bagasi Keluar 

Bagi barangan peribadi yang berduti/bercukai yang hendak dibawa keluar negara dan barangan tersebut akan dibawa balik adalah dianggap sebagai eksport sementara.

Barangan tersebut hendaklah diikrar menggunakan Borang JK 85 dan disahkan oleh pegawai kastam bertugas 

Borang JK 85 ini hendaklah dikemukakan semula apabila kembali ke Malaysia. 

 (Klik> contoh borang JK85)

 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

(Klik> Senarai Pejabat-pejabat Kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang seluruh Malaysia) 

Yang Perlu di Link

Seksyen 103(1) Akta Kastam 1967

103.  Bagasi Penumpang.

                (1)     Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, tiap-tiap penumpang atau orang lain yang tiba di Malaysia atau meninggalkan Malaysia hendaklah mengakui semua barang-barang berduti atau barang-barang larangan dalam milikannya, sama ada pada tubuh badannya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaan, kepada pegawai kastam yang hak, dan jika dia gagal berbuat demikian barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang-barang tak berkastam.

Butiran 19 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988

Udara

darat

laut

Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Kastam 1977

17.     Bagasi yang dibawa bersama pengembara.

Pengembara-pengembara bona fide termasuk pengembara transit yang tiba di mana-mana lapangan terbang kastam sebagaimana ditetapkan dalam Bahagian IV Jadual Pertama hendaklah sendiri atau melalui ahli keluarga yang bertanggungjawab mengemukakan kepada pegawai kastam yang hak peristiharaan kastam seperti borang Kastam No. 22 sebagaimana ditetapkan dalam Bahagian I Jadual Kedua yang memberikan butir-butir dan nilai sebenar barang-barang yang diimport:

                Dengan syarat bahawa subperaturan 17(1) tidak terpakai bagi pengembara-pengembara bona fide yang bermula dari mana-mana bahagian kawasan utama kastam.

Peruntukan-peruntukan Peraturan 15 dan 16 tidak terpakai bagi bagasi yang dibawa bersama dan kenderaan motor dipandu oleh pengembara-pengembara bona fide yang bermula dari mana-mana bahagian kawasan utama kastam.

 

Jadual Pertama

Jadual Kedua

Jadual Ketiga

Jadual Keempat

Prosedur kemasukan barangan untuk pameran ATA CARNET

Prosedur membawa masuk tumbuhan

Prosedur Pandu Kenderaan Kereta Motor masuk dan keluar Malaysia.

Prosedur membawa masuk haiwan

Prosedur membawa masuk barang secara sementara

Prosedur membawa masuk filem

Prosedur membawa masuk Gold Bar 

Prosedur menahan, merampas dan menyita barang

eksport sementara.

Borang JK 85

Senarai Pejabat-pejabat Kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang seluruh Malaysia

seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952

JENIS DADAH

KESALAHAN

BERAT DADAH

Morfin, Heroin, Monoacetyl Morphine

memiliki

2 gm ke atas tetapi kurang dari 5 gm

Candu

memiliki

100 gm ke atas tetapi kurang dari 250 gm

Ganja

memiliki

20 gm ke atas tetapi kurang dari 50 gm

Kokain

memiliki

5 gm ke atas tetapi kurang dari 15 gm

Daun Koka

memiliki

250gm ke atas tetapi kurang dari 750 gm

Amphetamine Type Stimulants (ATS)

(Contoh: syabu dan pil ecstasy

memiliki

5 gm ke atas tetapi kurang dari 30 gm

Sekiranya di dapati bersalah di bawah seksyen ini, pesalah boleh dikenakan penjara tidak kurang dari  dua tahun dan sebatan tidak kurang  tiga kali tetapi tidak lebih sembilan kali.

 

seksyen 39(A)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952

JENIS DADAH

KESALAHAN

BERAT DADAH

Morfin, Heroin, Monoacetyl Morphine

memiliki

5 gm ke atas tetapi kurang dari 15 gm

Candu

memiliki

250 gm ke atas tetapi kurang dari 1000 gm

Ganja

memiliki

50 gm ke atas tetapi kurang dari 200 gm

Kokain

memiliki

15 gm ke atas tetapi kurang dari 40 gm

Daun Koka

memiliki

750gm ke atas tetapi kurang dari 2000 gm

Amphetamine Type Stimulants (ATS)

(Contoh: syabu dan pil ecstasy

memiliki

30 gm ke atas tetapi kurang dari 50 gm

Sekiranya di dapati bersalah di bawah seksyen ini, pesalah boleh dikenakan penjara tidak kurang dari  lima tahun atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan tidak kurang  10 kali. 

seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

JENIS DADAH

KESALAHAN

BERAT DADAH

Morfin, Heroin, Monoacetyl Morphine

memiliki

15 gm atau lebih

Candu masak atau mentah

memiliki

1000 gm atau lebih

Ganja

memiliki

200 gm atau lebih

Kokain

memiliki

40 gm atau lebih

Daun Koka

memiliki

2000 gm atau lebih

Amphetamine Type Stimulants (ATS)

(Contoh: syabu dan pil ecstasy

memiliki

50 gm atau lebih

Sekiranya di dapati bersalah di bawah seksyen ini, pesalah boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

 

Akta Perdagangan Strategik 2010

http://www.aelb.gov.my

www.miti.gov.my

Peraturan Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010

 

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia