Jumaat, Oktober 24, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

Fasilitasi Petroleum dan Gas

Bahagian Cukai Dalam Negeri - Fasilitasi Perdagangan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 
PETROLEUM DAN GAS

 KONSEP

Industri Petroleum dan Gas dibahagikan kepada dua iaitu Industri Huluan dan Hiliran:

  1. Industri Huluan (Upstream) - Ia  merupakan satu proses carigali minyak mentah / gas asli yang bermula dari aktiviti ekplorasi, penggerudian (drilling), pengeluaran dan penyimpanan.
  2. Industri Hiliran (Downstream) - Merupakan aktiviti pengilangan barangan / peralatan yang akan digunakan di peringkat huluan. Ia termasuk industri dalam proses penapisan dan penghasilan produk– produk berasaskan petroleum.

PENGECUALIAN

  1. Butiran 107 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 70 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 – pengecualian duti import dan  cukai jualan ke atas bahan-bahan / komponen / alat kelengkapan yang diguna pakai secara langsung di dalam Industri Huluan Petroleum.
  2. Butiran 126 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 78 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 – pengecualian duti import dan  cukai jualan ke atas bahan-bahan dan komponen yang digunakan dalam proses pengilangan industri sokongan (fabricator).
Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia