Sabtu, Oktober 25, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

Panduan Penerimaan & Penghantaran Bungkusan Pos Melalui Pos Malaysia Berhad (PMB)

Panduan

Rating Pengguna: / 5
Kurang BaikTerbaik 
Menerima dan menghantar bungkusan pos boleh dibuat di Pusat Mel & Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( PMK KLIA) dan di mana-mana pejabat  Pos Malaysia Berhad (PMB) yang mempunyai pejabat Kastam bagi memproses pelepasan Kastam ke atas barangan pos mengikut zon tertentu, bagi mel-mel yang diterima atau dihantar  sebagai barang-barang pos melalui mod darat, laut dan udara.

Penerimaan bungkusan pos melalui udara yang berduti/cukai bernilai melebihi RM1,000.00 (CIF) hendaklah diikrar dalam borang Kastam no 1. Bagi barang yang bernilai melebihi RM500.00 (CIF) dan kurang RM1000.00 (CIF) taksiran duti/cukai dibuat atas JK78.

Penerimaan bungkusan pos melalui udara yang tidak bercukai bernilai melebihi RM 2,000.00 (CIF) hendaklah diikrar dalam borang Kastam no 1. Penerimaan bungkusan pos melalui laut dan darat yang bernilai melebihi RM 200.00 (CIF) hendaklah diikrar dalam borang Kastam no 1. Bagi barang yang bernilai kurang RM 200.00.  taksiran duti/cukai dibuat atas JK78.

Prosedur menerima dan menghantar bungkusan pos adalah seperti berikut:

  • Menerima bungkusan pos
  • Menghantar bungkusan pos

Penerima atau penghantar bungkusan pos boleh bertindak sendiri dalam urusan pelepasan kastam atau melantik PMB sebagai wakil atau Agen Kastam lain yang dilesenkan di bawah seksyen 90 Akta Kastam 1967.

Sekiranya penerima tidak mahu menerima barang tersebut,  penerima boleh memohon kepada PMB dalam masa 30 hari dari tarikh notis dengan menyatakan alasan tertentu supaya barang dapat dikembalikan (retour) kepada pengirim dan ini tertakluk kepada kelulusan Kastam.

PMB adalah bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa samada barangan tersebut belum, sedang atau telah diperiksa oleh pihak Kastam. PMB juga  bertanggungjawab untuk membuka dan membungkus semula barangan yang diperiksa oleh pihak kastam semasa pengisihan barang dijalankan di bawah peruntukan seksyen 112, Akta Kastam 1967.

Barang pos yang tidak dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh JK 78 dikeluarkan, PMB akan menghubungi pentadbiran pos Negara penghantar untuk mendapat maklumbalas dari pengirim. Sekiranya terdapat permohonan untuk dikembalikan (retour), PMB akan menyediakan penyata kepada JKDM untuk kelulusan penghantaran. Bagi barang yang tidak mendapat maklumbalas dari pengirim dalam masa 30 hari ,PMB akan menyerahkan barang tersebut kepada JKDM untuk dikeluarkan Notis Lucuthak kepada penerima. Barang yang tidak dituntut selepas 30 hari dari tarikh resit JK 6 dikeluarkan, PMB akan menyediakan penyata permohonan pembatalan resit JK6 dan Borang K1. JKDM akan mengeluarkan notis lucuthak kepada penerima. Barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 tidak boleh dikembalikan.

Barang-barang yang dirampas oleh Kastam/Agensi Kerajaan yang lain (OGA) disebabkan telah melanggar perintah/peraturan atau tidak dituntut dalam tempoh berkelayakan, notis rampasan akan dikeluarkan kepada penerima, dan salinan kepada PMB dan JKDM (jika notis rampasan dikeluarkan oleh OGA).

Pelangan-Pelangan boleh membuat pertanyaan atau mendapat keterangan lanjut mengenai barang pos dengan menghubungi di mana-mana pejabat Kastam yang beroperasi di PMB yang berkenaan.

Barang pos didefinasikan di bawah Akta Universal Postal Union (UPU) ialah:
  • Surat (tidak lebih 2 kg)
  • Poskad
  • Bahan bercetak ( tidak melebih 5 kg) manakala buku dan risalah (tidak melebihi 10 kg)
  • Bahan bacaan (braille) ( tidak melebihi 7 kg)
  • Paket kecil (tidak melebihi 2kg)
  • Bungkusan pos setiap satu bungkusan (tidak melebihi 31.5 kg)
  • Barang Express Mail Service (EMS) setiap satu bungkusan (tidak melebihi 50 kg)

SENARAI PEJABAT KASTAM YANG BEROPERASI DI PMB

PEJABAT SMK (Electronic)

NO. TELEFON, FAKS & E-MEL

PENGURUS

No.Telefon & Faks

JKDM

1.

PUSAT MEL  & KURIER

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,Jalan KLIA 1,

64000 Sepang, Selangor

(Hab Antarabangsa)

 

Tel: 03-87773777

Fax:03-87872717

 

 

 

 

En Farisham Mohd Din

1-300-300-300 (Khidmat Pelanggan Pos Malaysia)

atau

03-87773777

Email: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Tel: 03-87773741/2/4/7

Fax: 03-87773748

2

PUSAT MEL  JOHOR BAHRU

No. 4, Jalan Bakti

Kawasan Perindustrian Larkin

80350 Johor Bahru.

Tel: 07 – 2357054/

07 - 2352143

Tel: 07 -2352146

Faks: 07-2357055

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Isnin Ismail

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

07-2356055

Tel: 07- 2349631/29

Fax: 07-2356094

3

PUSAT MEL BUTTERWORTH

Jalan Bagan Dalam

12100 Buterworth

Tel: 04-3235103/

04-3235102

Faks: 04-3235104

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Hj. Samsudin Jamil

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

019-4545781

Tel: 04-3326503

Fax: 04-3243387

4.

PUSAT MEL IPOH

Bangunan Pejabat Pos Besar

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab

30000 Ipoh.

 

Tel: 05-2537744/

Tel: 05-2545976

Faks: 05-2418848

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Ahmad Seman

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

019-9321087

Tel: 05-2533841

Fax: 05-2537322

5.

PUSAT MEL KOTA KINABALU

Jalan Chong Thein Vun

Off  Jalan Abdul Razak

88670 Kota Kinabalu.

 

Tel: 088-231297

Faks: 088-212419

Faks: 088-265100

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Mohammad Faisal Mokhtar

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

019-3901465

Tel & Fax: 088-214810

 

6.

PUSAT MEL KUCHING (PENDING)

Jalan Pending

93350 Kuching Sarawak.

General Line

Tel: 082-462612

Tel: 082-347677

Tel:082-456100

Faks: 082-456088

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Nisewan bin Haji Abdul Rahim

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

019-3901437

019-8161726

081-461499

Tel: 082-334508

Fax: 082-301102

PEJABAT SMK (Manual)

No. TELEFON. FKAS & E-MEL

PENGURUS


6.

POSLAJU BINTULU

KM 1 Jalan Tun Razak

97000 Bintulu

 

Tel: 086-339450

Tel: 086-311228

Faks: 086-338221

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Benya Empawi

019-8594151

086-316541

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Tel: 086-332375

7.

POSLAJU SIBU

Lot 234A

Jalan Tun Abang Haji Openg

96000 Sibu.

Tel: 084-345998

Tel: 084-337555

Tel: 084-332198

Faks: 084-3338033

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Osman Serani

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

019-8594165

084-345339

 

Tel & Fax: 084-330380

8.

POSLAJU SARIKEI

No. 83A & 83B

Jalan Masjid Lama

96100 Sarikei, Sarawak.

Tel: 084-656122

Faks: 084-655586

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

Abdul Aziz Seroji

019-8544036

Tel:084-656122

9.

POSLAJU MIRI

Jalan Pos

98000 Miri.

Tel: 085-422388

Tel: 085-414388

Faks: 085-435288

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Khidmat Pelanggan

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Rohayati Awi

019-8544355

Tel & Fax: 085-665604

10

POSLAJU LANGKAWI

No.27 & 28 Taman Sri Belian, Jalan Air Hangat,

07000 Langkawi

Tel: 04-9660455

Fax: 04-9661455

Email: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Asiah Ahmad

019-4546292

Tel:04-9699002

11

POSLAJU LABUAN

Bangunan Tang Kah Wah,

87000 WP Labuan

Tel:087-412349

Fax:087-410104

Salina Henry Abdullah

019-8120216

Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Tel:087-412349








 

Prosedur  Menerima Bungkusan Pos

PMK KLIA  akan mengasingkan  barangan kepada dua kategori.

 

Barang yang diberi pelepasan terus

PMB akan menghantar barang terus kepada penerima.mengikut alamat penerima.

 

Barang-barang yang ditahan

  1. PMB akan mengeluarkan Notis Tahan Dagangan (PK1) dengan menyertakan salinan JK 78 (jika melibatkan permit) untuk makluman dan tindakan penerima
  2. Bagi barang larangan bersyarat/permit di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, penerima perlu mendapatkan permit dari agensi berkenaan. Borang ikrar Kastam No.1 hendaklah dikemukakan bersama dengan permit
  3. Sekiranya barangan tertakluk kepada duti /cukai pembayaran hendaklah dibuat dibuat di kaunter pembayaran PMB.
Penerimaan bungkusan pos akan dibuat melalui isihan di PMK KLIA oleh Pegawai Kastam mengikut tatacara yang ditetapkan dan di ambil tindakan berikut:
  1. Barang pos yang  diisih akan diberi status pelepasan atau ditahan oleh PMK KLIA.
  2. Barang yang telah diberi pelepasan akan dihantar terus kepada penerima oleh PMB.
  3. Bagi barang yang ditahan oleh Kastam/Agensi Kerajaan Yang Lain (OGA) PMB akan mengeluarkan Notis Tahan Dagangan (PK1) dengan menyertakan salinan JK 78 (jika melibatkan permit) untuk makluman dan tindakan penerima.

Bagi barang larangan bersyarat/permit di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 perlu diikrar dalam Borang K1 dengan menyertakan  kelulusan/permit dari agensi berkaitan.

Bagi barangan import semula, ia hendaklah berpandukan kepada panduan prosedur import semula yang telah ditetapkan

 

Prosidur  Menghantar Bungkusan Pos

Penghantaran bungkusan pos perlu dibuat dengan mengisi borang yang ditetapkan iaitu Nota Konsainmen bagi Express Mail Service (EMS) , CN22 bagi bungkusan kecil (small packet) dan CN23 bagi bungkusan yang boleh didapati di kaunter Pos Malaysia. Bagi barang larangan bersyarat /permit yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 dan Perintah Perdagangan Strategik (Barang Strategik) 2010, ia perlu mendapat kelulusan/permit dari agensi berkaitan dan diikrar dalam Borang K2. Barangan yang tertakluk kepada larangan mutlak adalah dilarang dikirim keluar. Bungkusan pos yang hendak dikirim keluar yang berduti/bercukai dan yang akan dituntut  pengecualian serta barang yang akan diimport semula, perlu diikrar dalam Borang kastam No.2 dan perlu dibuat pemeriksaan fizikal untuk pengesahan semasa penghantaran keluar dan pengimportan semula.

 

Panduan Pengisytiharan Mata Wang

Panduan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 
Pengisytiharan matawang semasa masuk dan keluar negara hendaklah dibuat bagi memenuhi keperluan Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 – AMLATFA).  Pengembara/penumpang yang masuk atau berlepas dari Malaysia dengan membawa wang tunai atau wang dalam bentuk traveller’s cheque, banker’s draft, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money order yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000.00 dikehendaki membuat pengikraran dalam borang Kastam No. 22.

Di bawah  Seksyen 24 dan 25 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 dan Seksyen 23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) semua pengembara atau penumpang hendaklah mengisytihar mata wang yang ada pada diri tertakluk kepada had yang ditetapkan, di dalam bagasi-bagasi yang dibawa atau kenderaan kepada Pegawai Kastam yang bertugas.

Pegawai Kastam yang hak boleh menahan, menyoal dan memeriksa mana-mana orang serta menahan dan menyita sebarang mata wang tunai yang disyaki tidak diisytiharkan, diisytiharkan dengan palsu atau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau jenayah lain.

Kegagalan untuk membuat pengisytiharan matawang di bawah Akta Kawalan Mata Wang 1953 ( Exchange Control Act 1953 ) atau membuat pengisytiharan palsu adalah satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan apabila disabitkan kesalahan boleh:
  • didenda tidak melebihi RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu juta); atau
  • dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya; atau
  • dikompaun dengan denda tidak melebihi RM500,000.00
  • Wang tunai dan instrumen pembawa boleh niaga yang berkenaan boleh disita dan dilucuthak.

Pemindahan wang rentas sempadan secara fizikal telah dikenalpasti di peringkat antarabangsa sebagai salah satu cara yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Sekiranya aktiviti-aktiviti ini tidak dikawal, ianya boleh mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan negara.

Prosedur Permohonan Mengikrar Matawang dilampirkan

SEKSYEN 24 AKTA KAWALAN PERTUKARAN WANG 1953

(1) Except with the permission of the Controller and subject

to any order made under this Act, no person shall import—

(a) any such notes as may be specified by order of the Controller, being notes issued by a bank or notes of a class which are or have at any time been legal tender in any territory;

(b) any Treasury Bills; and

(c) any certificate of title to any security, including any such certificate which has been cancelled, and any document certifying the destruction, loss or cancellation of any certificate of title to a security.

(2) I n this section the expression “note” includes part of a note and the expression “security” includes a secondary security.

 

SEKSYEN 25 AKTA KAWALAN PERTUKARAN WANG 1953

(1) Except with the permission of the Controller and subject

to any order made under this Act, no person shall export—

(a) any notes of a class which are or have at any time been legal tender in any territory;

(b) any postal orders;

(c) any Treasury Bills;

(d) any gold;

(e) any of the following documents (including any such document which has been cancelled):

(i) any certificate of title to a security and any coupon;

(ii) any policy of assurance;

(iii) any bill of exchange or promissory note expressed in terms of a currency other than that of a scheduled territory and payable otherwise than within the scheduled territories;

(iv) any document to which section 7 applies not issued by an authorized dealer or in pursuance of a permission granted by the Controller; and

(v) any document certifying the destruction, loss or cancellation of any of the documents aforesaid;and

(f) any such articles exported on the person of a traveller or in a traveller’s baggage as may be prescribed.

(2) I n this section, the expression “note” includes part of a note, the expression “security” includes a secondary security and the expression “coupon” shall be construed in accordance with the meaning of “security”.

Had

Had-had bagi pengimportan dan pengeksportan wang kertas dan cek kembara mata wang asing oleh pemastautin dan bukan pemastautin adalah seperti Jadual di bawah:

IMPORT

EKSPORT

Pemastautin dan Bukan Pemastautin

Pemastautin

Mata Wang Asing

Ringgit Malaysia

Mata Wang Asing

Ringgit Malaysia

Tiada Had

Sehingga bersamaan USD10,000

Sehingga bersamaan USD10,000

(≤ USD 10,000)

Sehingga bersamaan USD10,000

(≤ USD 10,000)

Bukan Pemastautin

Mata Wang Asing

Ringgit Malaysia

Sehingga jumlah wang kertas mata wang asing dan cek kembara yang  dibawa masuk ke Malaysia.

Sehingga bersamaan      USD 10,000

(≤ USD 10,000)

 

Nota :

Sekiranya melebihi satu jumlah yang bersamaan USD 10,000 dikehendaki mengikrar dengan menggunakan Borang Kastam No. 22 di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Kastam 1977

Prosedur Permohonan

  1. Setiap pemohon hendaklah mendapatkan surat kebenaran bertulis dari Bank Negara Malaysia sebelum  membawa keluar  matawang dengan menggunakan borang “Notis ECM 13” yang boleh diperolehi di mana-mana Bank Negara Malaysia, berpandukan kepada Perintah Kawalan Pertukaran Wang (Import Dan Eksport) (Am) 1998. Pemohon perlu melengkapi Borang Kastam No. 22 bersama-sama surat kebenaran bertulis daripada BNM tersebut kepada Pegawai Kastam yang bertugas di pintu keluar atau masuk Negara berpandukan kepada Peraturan 17, Peraturan-peraturan Kastam 1977,
  2. Bagi pengembara/penumpang rakyat Malaysia yang membawa masuk matawang ke dalam Negara hendaklah menggunakan borang kastam no.22. Bagi pengembara/penumpang rakyat asing hendaklah melengkapi borang IMM 26 yang boleh diperolehi di kaunter Imigresen di pintu-pintu masuk.
  3. Borang Kastam No. 22 tersebut boleh didapati di kaunter-kaunter sebelum pemohon melepasi pemeriksaan Kastam.

Peraturan 17, Peraturan-peraturan Kastam 1977

Setiap pengembara atau sesiapa sahaja yang tiba atau meninggalkan Malaysia hendaklah mengisytiharkan dalam Borang Kastam No.22 sebagaimana yang ditetapkan dalam Bahagian 1 Jadual Kedua:-

(a)  Semua barang berduti, dan barang larangan yang diimport dan dieksport, dalam milikannya sama ada pada tubuhnya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaannya; dan

(b)  Amaun wang tunai dan instrument pembawa boleh niaga, dalam milikannya sama ada tubuhnya atau dalam mana-mana bagasi atau dalam mana-mana kenderaannya, yang melebihi suatu jumlah yang bersamaan dengan sepuluh ribu Dolar Amerika Syarikat (USD 10,000) sebagaimana yang dikehendaki supaya diisytiharkan oleh Bank Negara Malaysia menurut Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Deklarasi Wang Tunai Dan Instrumen Pembawa Boleh Niaga) 2009.

Perisytiharan di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan kepada :-

(a)  Pegawai kastam yang hak, berhubung dengan barang di bawah subperaturan (1)(a); dan

(b)  Pegawai kastam yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia di bawah subseksyen 7(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan keganasan 2001, berhubung dengan perkara di bawah subperaturan (1)(b).

 

Eksport Sementara

Fasilitasi Perdagangan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Eksport sementara adalah kemudahan yang diberikan kepada pengeksport yang layak untuk mengeksport barang-barang untuk dibaiki (repair), tujuan propaganda, penyelidikan, demonstrasi dan akan mengimport semula dengan tuntutan pengecualian duti import/cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 dengan syarat-syarat tertentu .

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan dokumen-dokumen sokongan tertentu kepada Pengarah Kastam Negeri di mana barang-barang hendak dieksport untuk kelulusan oleh Pengarah Kastam Negeri bagi pihak Ketua Pengarah Kastam untuk tuntutan pengecuailian di bawah butiran 58 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 53 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008. Permohonan lanjutan tempoh eksport sementara boleh dikemukakan dengan alasan yang kukuh ke pejabat kastam yang memberikan kelulusan tersebut sebelum tempoh kelulusan eksport sementara luput.

Bagi tuntutan pengecualian di bawah butiran 51 Perintah Duti Kastam (Pengecualian)1988 dan butiran 49 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 dan butiran 140 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran 59 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008, tempoh eksport sementara hanya dibenarkan selama satu tahun dan duti/cukai hendaklah dijelaskan sekiranya melebihi tempoh satu tahun.

 Pengeksport Yang Layak Memohon Eksport Sementara

  1. Pengeksport yang hendak mengeksport barang-barang untuk dibaiki di bawah butiran 51 Perintah Duti Kastam (Pengecualian)1988 dan butiran 49 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008;
  2. Pengeksport yang menjalankan aktiviti propaganda, penyelidikan dan demonstrasi di luar negera di bawah butiran 58 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran 53 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 ;
  3. Pengeksport yang telah mengimport barangan import dan duti/cukai telah dibayar, mengeksport sementara barang tersebut dengan kelulusan bertulis oleh Ketua Pengarah Kastam di bawah butiran 140 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran 59 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008

 Syarat-Syarat Eksport Sementara

i. Barangan boleh dikenalpasti dengan memuaskan  hati pegawai kastam yang hak. Bagaimanapun bagi butiran 58 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 53 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008;

ii. Pengeksport hendaklah mencatatkan keterangan dan spesifikasi barangan secara lengkap dan terperinci semasa eksport seperti Nama Barangan/Model/Jenama dan ukuran pada Borang Kastam No. 2

iii. Klausa berikut hendaklah ditulis atas Borang Kastam No. 2;

“Barang-barang dieksport sementara untuk tujuan................. dan akan diimport semula dalam tempoh satu tahun (12 bulan).  Saya memberi notis untuk memohon pengecualian duti import/cukai jualan semasa pengimportan di bawah butiran ............Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran............ Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008.”

iv. Bagi tuntutan pengecuailian di bawah butiran 58 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran 53 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008, klausa ini hendaklah ditambah Kelulusan Eksport sementara diberi  melalui rujukan .................... bertarikh................”

v. Sekiranya pengikraran semasa eksport dan import dibuat secara elektronik, tuntutan menurut prosidur pengikraran secara elektronik hendaklah diikuti.

vi. Barangan tersebut hendaklah diimport semula melalui jalan yang sama semasa eksport.  Sekiranya melalui laluan import yang berbeza, pemohon hendaklah mengemukakan borang kastam No. 2 yang telah diendoskan oleh pegawai kastam yang hak semasa eksport.

vii. Surat dari pihak yang membaiki (repairer) barangan tersebut yang mengesahkan tiada alat ganti baru dipasang. Jika terdapat alat ganti baru, duti/cukai bagi alat ganti tersebut hendaklah dijelaskan.

viii. Ketua Pengarah Kastam boleh mengenakan sebarang syarat tambahan bagi kemudahan pengecualian di bawah butiran 58 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran 53 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008.

ix. Barangan yang mendapat pengecualian di bawah butiran 140 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan butiran 59 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008 hendaklah diimport semula dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh eksport atau satu tempoh masa yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam dengan syarat tiada alat ganti baru dipasang dan tiada tuntutan pulangbalik (drawback) di bawah seksyen 99 Akta Kastam 1967 dibuat semasa eksport.

Dokumen-Dokumen Sokongan

i. Surat Perlantikan Agen

ii. Invois Barangan

  iii. Gambar/ Katalog

  iv. Diskripsi barangan yang lengkap (Nama Barangan/Model/Jenama dan ukuran dan lain-lain)

v. Lain-lain Dokumen Berkaitan:

a. Propaganda/Demonstrasi

  • Surat dari penganjur
  • Jadual propaganda/demonstrasi

b. Penyelidikan

  • Surat pengesahan dari badan penyelidik/institusi penyelidikan luar negara

c. Pembaikan (repair)

  • Pengesahan dari pihak yang membaiki dalam bentuk laporan pembaikan semasa import semula.
   

LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN DI ZON BEBAS (ZON PERINDUSTRIAN BEBAS DAN ZON PERDAGANGAN BEBAS), PULAU BEBAS CUKAI DAN KAWASAN PEMBANGUNAN BERSAMA.

Panduan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

LAYANAN CUKAI PERKHIDMATAN DI ZON BEBAS (ZON PERINDUSTRIAN BEBAS DAN ZON PERDAGANGAN BEBAS), PULAU BEBAS CUKAI DAN KAWASAN PEMBANGUNAN BERSAMA.

Adalah dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan bersetuju supaya:

(a) Pengecualian cukai perkhidmatan diluluskan mulai 1 Januari 2012 di bawah Seksyen 6 Akta Cukai Perkhidmatan 1975 ke atas:

i. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam zon bebas;

ii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam kawasan utama kastam;

iii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam zon bebas; dan

iv. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh mana-mana orang dalam kawasan utama kastam atau dalam zon bebas berkaitan dengan apa-apa perkara di Langkawi, Tioman, Labuan dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

(b) Permohonan daripada mana-mana orang untuk pulang balik cukai perkhidmatan tersebut di perenggan (a) diatas yang telah dibayar sebelum 1 Januari 2012 adalah tidak diluluskan;

(c) Cukai Perkhidmatan ke atas semua perkhidmatan tersebut di perenggan (a) diatas  yang tidak dikutip sebelum 1 Januari 2012 diremitkan dibawah Seksyen 22 Akta Cukai Perkhidmatan 1975;

(d) Cukai Perkhidmatan tidak dikenakan bagi:

i. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh –mana-mana orang dalam zon bebas dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam Langkawai, Labuan, Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

ii. Semua perkhidmatan bercukai yang disediakan oleh –mana-mana orang dalam kawasan utama kastam dan dibekalkan kepada mana-mana orang dalam Langkawai, Labuan, Tioman dan Kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).

(e) Pengecualian cukai perkhidmatan seperti di perenggan (a) dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai seperti di perenggan (d) adalah terpakai sehingga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan dan semua bekalan perkhidmatan hendaklah tertakluk kepada layanan yang ditetapkan di bawah perundangan GST kelak.

Sehubungan itu, pihak Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan hendaklah melaksanakan keputusan dasar ini di semua peringkat stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan juga memaklumkan kepada semua industry yang berkaitan.

Pengarah Kastam
Bahagian Cukai Dalam Negeri
Ibu Pejabat, Putrajaya
 

AEO/CGC

Panduan

Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

Tiada terjemahan dalam Bahasa Melayu.

Authorised Economic Operator (AEO)

Malaysia is among the world’s largest trading countries in the world and active participation by both Giant Organizations and Small & Medium Enterprises (SME) contributing to various sectors such as agriculture, manufacturing, electronic and information technology.

Speed and secure movement of goods, minimal documentation, minimal human intervention and predictability of customs processes are essential ingredients for the effectiveness of businesses that provides procurement, supply, distribution and marketing services on a global basis to the manufacturing and trading sector which implements the Just In Time inventory systems .The global trading system is vulnerable to terrorist exploitation that could severely damage and interrupt the supply chain and indirectly affect the entire global economy.

The Authorised Economic Operator or AEO is a concept introduced by the SAFE Framework of Standard referring to operators involved in the movement of goods along the international trade supply chain who have achieved the required security standards and are accredited by the member country. The AEO Scheme developed by Royal Malaysian Customs Department (RMCD) is based on a similar concept.

The AEO concept encourages electronic transactions for better security management in the supply chain. For smooth and seamless flow of trade, economic operators are encouraged to implement high security features based on international standards in their day-to-day management in all aspects of their business activity, amongst others includes manufacturing activities, movement of raw materials and finished goods, storage and warehousing and also ensuring secure conveyances and handling of goods. Economic Operators with high compliance level and high security management are encouraged to apply for the AEO scheme from RMCD.

More info on AEO at http://customsgc.gov.my/

   

page 2 of 5

Login untuk staf
Jabatan Kastam Diraja Malaysia