M
ajlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengarah Kastam Negeri Pahang kepada Y.Bhg. Tuan Haji Sarip bin Ismail telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Sri Mohamed Khalid bin Haji Yusuf, Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada 29 November 2011 bertempat di Dewan Persidangan Sri Rampai, Ibu Pejabat. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Disember 2011.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg. Dato’ Amir bin Haji Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dan Y.Bhg. Dato’ Haji Zainul Abidin bin Taib, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan).
Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|

