CUKAI PERKHIDMATAN BERHUBUNG PINDAAN "EXPORTEDTAXABLE SERVICES" (PERKHIDMATAN YANG KENA DIBAYAR CUKAI YANG DIEKSPORTKAN) DAN PELAKSANAAN PINDAAN MULAI 1 JANUARI 2010
Mulai 1 Jan 2010, takrif 'Exported taxable services' (perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang dieksportkan) dalam Akta Cukai perkhidmatan 1975 adalah merujuk kepada pengecualian secara khusus mengikut perkhidmatan-perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang termaktub dalam Kumpulan G, Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 (Pindaan Undang-Undang P.U.(A)509). Berikutan pindaan undang-undang tersebut, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas perkhidmatan yang kena dibayar cukai kecuali pengecualian secara khusus ('exclusions') yang ditetapkan dalam Kumpulan G, Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 di atas.
Dalam perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan pengurusan, cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan ke atas perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan pengurusan yang ada kaitan dengan barang atau tanah yang terletak di Malaysia atau lain-lain perkara mengenai Malaysia walaupun perkhidmatan tersebut disediakan kepada orang luar Malaysia atau orang bermaustatin di luar Malaysia.
