Khamis, Mei 17, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

TENDER MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KASUT KULIT KEPADA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (TERBUKA KEPADA PANEL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN. SURAT RUJUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN S/K.KEW/PK/MP/9999/080312/57/97 JLD. 4(4))

 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

TENDER TERBUKA

 Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala  050299  bagi menyertai Tender berikut:

 NO. SEBUTHARGA

 

TAJUK

KOD BIDANG PENDAFTARAN

1/2012

TENDER MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KASUT KULIT KEPADA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (TERBUKA KEPADA PANEL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN. SURAT RUJUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN S/K.KEW/PK/MP/9999/080312/57/97 JLD. 4(4))

050299

 Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.

Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi petender yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.

Taklimat akan diadakan pada 19 Januari 2012 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 8 Utara, Cawangan Pengurusan Perolehan Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya . Kehadiran taklimat adalah diwajibkan.

 Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 20 Februari 2012. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822744 / 03-88822442