Khamis, Mei 17, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

TAWARAN SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KANTIN DI KANTIN KASTAM, JALAN GEDONG, TANAH PUTEH, KUCHING, SARAWAK

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA, KUCHING SARAWAK
TAHUN 2011

KENYATAAN SEBUTHARGA

1.         Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak / Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang yang berkaitan yang masih sahlaku untuk menyertai sebutharga berikut :-

 Sebutharga 4/2011

Menjalankan perkhidmatan Kantin (Menyediakan dan Menjual Makanan dan Minuman) di bawah Kod Bidang 080501 – Makanan Bermasak Islam, di Kantin Kastam, Blok B, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jalan Gedong, Tanah Puteh, 93596, Kuching, Sarawak secara sewaan ruang mengikut spesifikasi perkhidmatan yang telah ditetapkan.

2.         Borang Sebutharga (Lampiran Q) boleh didapati mulai  23 November 2011 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Cawangan Perolehan, Tingkat 8, Medan Raya, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, 93050 Kuching, Sarawak.

3.         Sila bawa bersama SALINAN ASAL sijil berkaitan beserta cop syarikat bagi tujuan mengambil borang. Syarikat yang gagal membawa salinan asal dan cop syarikat tidak akan diserahkan Borang Sebutharga.

4.         Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke pejabat ini dalam satu sampul surat berlakri dan bertanda sebutharga No.4/2011 di sebelah kiri dan atas sampul surat serta dialamatkan kepada :-

Pengarah Kastam Negeri Sarawak
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
Cawangan Perolehan, Tingkat 8, Medan Raya
Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub
93050 Kuching, Sarawak

5.         Tarikh tutup tawaran adalah pada 29 November 2011 jam 12.00 tengahari.

6.         Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak terikat untuk harga terendah.

7.         Taklimat akan diadakan pada 23 November 2011 (hari rabu) bertempat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kuching, Sarawak, Bilik Mesyuarat, Tingkat 8, Medan Raya, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub jam 9.00 pagi.

 

Pengarah Kastam Negeri
SARAWAK