Khamis, Mei 17, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

Y.BHG. DATO' AMIR BIN HJ ABD. HAMID, TKPK (PENGURUSAN) DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Y.BHG. DATO’ AMIR BIN HJ ABD. HAMID, TKPK (PENGURUSAN) DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
 

“BAGAIKAN SIREH PULANG KE GAGANG”

alt

“Bagaikan sireh pulang ke gagang” itulah kata-kata pertama dikeluarkan oleh TKPK (Pengurusan) semasa perjumpaan beliau dengan para pegawai dari Cawangan Perhubungan Awam di Ibu Pejabat JKDM.

Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Dato’ Amir bin Hj. Abd. Hamid yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) memangku Gred JUSA B. Beliau telah melaporkan diri di Ibu Pejabat JKDM pada 8 November 2011 bagi menggantikan Y.Bhg. Dato’ Khazali bin Ahmad.

Dengan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penguasa Kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Seberang Prai bermula dari 10 September 1979 hingga 8 Januari 1983. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat DPA di INTAN dan seterusnya dinaikkan pangkat dari satu jabatan ke jabatan lain sehinggalah memegang jawatan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (JUSA C) di Jabatan Perkhidmatan Awam. Sekali lagi beliau diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan TKPK (Pengurusan) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kami warga JKDM mengucapkan Tahniah dan bersyukur serta mengalu-alukan kedatangan Y.Bhg. Dato’ Amir bin Hj. Abd. Hamid ke JKDM.

oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat JKDM,Putrajaya