Khamis, Mei 17, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

KEJAYAAN TERBARU CAWANGAN NARKOTIK JKDM TUMPASKAN SYABU SEBERAT 15.6 KG

KEJAYAAN TERBARU CAWANGAN NARKOTIK JKDM TUMPASKAN SYABU SEBERAT 15.6 KG

Nilai- 2 November 2011 (Rabu), Pada 01 November 2011, kira-kira jam 12.05 pagi, Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah seberat kira-kira 15.6 kilogram syabu di LCCT, Sepang.

Syabu 1

Bercakap dalam sidang media khas yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Liah bin Omar, Timbalan Pengarah Cawangan Narkotik      di pejabatnya di Kampung Jijan, Nilai dekat sini pagi ini.Turut hadir Y.Bhg. Dato’ Govinden a/l Mutosamy, Pengarah Kastam KLIA.

Syabu 2

Dalam kes ini, pihak Cawangan Narkotik telah berjaya menahan seorang warganegara India berumur dalam lingkungan 37 tahun dan dua warga tempatan berumur dalam lingkungan 55 tahun dan 20 tahun. Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan ketika berurusan serah terima dadah di hadapan hotel di Kuala Lumpur.

Syabu 3

Modus Operandi yang digunakan ialah setiap bungkusan dadah tersebut disorokkan di dalam setiap lapisan 15 keping karpet alas kaki yang telah diubah suai.

Syabu 4

Sementara hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yang digunakan, pasukan telah menjumpai lebih kurang 7 gram dipercayai syabu dengan anggaran nilai RM1,600.00 bersama wang tunai sejumlah RM10,000.00

Mereka yang ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama 7 hari. Jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya