Khamis, Mei 17, 2012
  facebook twitter rss
   
Text Size

CEKS & K-FORCE TELAH MENJUARAI KONVENSYEN KIK JKDM 2011

CEKS & K-FORCE TELAH MENJUARAI KONVENSYEN KIK JKDM 2011

 

AKMAL, 19 Oktober 2011

Kumpulan K-Force dari JKDM WP Kuala Lumpur telah berjaya menjadi johan bagi Kategori Pengurusan. Manakala Kumpulan CEKS dari JKDM Selangor pula menjadi johan bagi Kategori Teknikal pada Konvensen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ke XII, Peringkat Kebangsaan JKDM 2011 yang berlangsung mulai 17 hingga 19 Oktober di Dewan Tun Tan Siew Sin, AKMAL, Melaka.

Sementara naib johan bagi Kategori Pengurusan dimenangi oleh Kumpulan Deca Prisma dari AKMAL Melaka, manakala kumpulan GP DAD dari JKDM Pulau Pinang tempat ketiga. Bagi Kategori Teknikal pula naib johan dimenangi oleh Kumpulan NILAI dari JKDM Negeri Sembilan dan tempat ketiga dibolot oleh Kumpulan Mutiara Biru, JKDM Johor.

KIK

Kumpulan K-Force dari JKDM WP Kuala Lumpur

Bagi katogeri Anugerah Khas Buku Laporan Terbaik Kategori Pengurusan dimenangi oleh GP DAD dari JKDM Pulau Pinang, Buku Laporan Terbaik Kategori Teknikal dimenangi Kumpulan CEKS dari JKDM Selangor. Persembahan Terbaik Kategori Pengurusan pula dimenangi oleh VIBRATE JKDM Negeri Sembilan, manakala Persembahan Terbaik Katogeri Teknikal dimenangi oleh Kumpulan  CEKS dari JKDM Selangor.

Turut diumumkan juga adalah Fasilitator Terbaik Kategori Pengurusan dimenangi oleh Tuan Haji Mohd Khir bin Jaafar dari Kumpulan K-Force, manakala Fasilitator Terbaik bagi Kategori Teknikal dimenangi oleh Tuan Abu Hanifah bin Abd.Rahman dari Kumpulan Mutiara Biru, JKDM Johor. Puan Asmalaila binti Mohd Aseri dari Kumpulan VIBRATE, JKDM Negeri Sembilan telah dipilih sebagai Jurucakap Wanita Terbaik , manakala Tuan Alangkumaran a/l Tharmalingam telah dipilih sebagai Jurucakap Lelaki Terbaik.

KIK 2

Kumpulan CEKS dari JKDM Selangor

Majlis penutup dan penyampaian hadiah Konvensyen KIK disempurnakan oleh Y.Bhg.Dato’ Haji Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan). Turut hadir ialah Y.Bhg. Dato’ Chik Omar bin Chik Lim, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat dan Y.Bhg. Dato’ Haji Mhd. Subre bin Ishak, Pengarah AKMAL, Melaka.

KIK 3

Ucapan Penutupan oleh Dato' Hj. Matrang bin Suhaili

alt alt
                     Kumpulan DECA PRISMA dari AKMAL                      Kumpulan NILAI dari JKDM Negeri Sembilan
alt alt
Kumpulan GP DAD dari JKDM Pulau Pinang Kumpulan Mutiara Biru dari JKDM Johor

 

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya