USTAZ DAUD MENGEKALKAN YDP BAKISKA KE 10
Kota Bharu, 5 Oktober 2011
Tuan Haji Mohamad Daud bin Othman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Daud telah dipilih semula sebagai Yang Dipertua BAKISKA Pusat untuk penggal ketiga berturut-turut.
YDP BAKISKA sesi 2011-2013
Dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan kali ke 10 yang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu Kelantan itu perwakilan juga telah memilih Tuan Haji Aziz bin Abdul sebagai Timbalan Yang Dipertua. Manakala jawatan Naib Yang Dipertua dimenangi Tuan Haji Khir bin Jaafar.
TYDP BAKISKA 2011-2013 NYDP BAKISKA 2011-2013
Seramai lapan orang Ahli Jawatan Kuasa Kerja juga telah dipilih, disamping dua juruaudit. Berita penuh nama jawatan kuasa boleh dilihat dalam majalah Info Ceria keluaran akan datang. Tahniah kepaada barisan kepimpinan baru BAKISKA Pusat, semoga NGO ini dapat memberi sumbangan yang amat bermakna kepada ahli dan sama-sama membantu Jabatan ke arah merealisasikan visi dan misi menjadikan perkhidmatan kastam bertaraf dunia menjelang 2015.
Barisan AJK kerja BAKISKA 2011-2013
Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya



