PAMERAN KASTAM SEMPENA PERSIDANGAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KE 14 TAHUN 2011
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dijemput untuk menyertai Pameran Kerjaya Sempena Persidangan Suruhanjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke 14 Tahun 2011 yang dirasmikan pelancarannya oleh KDYMM Sultan Pahang pada 3 Oktober 2011 di Dewan Sultan Ahmad Shah Intenational Convention Centre , Kuantan Pahang.
DYMM Sultan Pahang diberi penerangan mengenai prestasi dan fungsi serta peranan JKDM oleh Ketua Cawangan Perhubungan Awam JKDM
Turut melawat pameran kastam adalah YAB Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang
Sementara itu Y.Bhg Dato Khazali Hj Ahmad Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) sempat mengadakan lawatan ke Pameran Kastam pada 4 Oktober 2011 sebelum menghadiri Majlis Penyerahan Perumahan Kastam di Pejabat Kastam Kemaman.

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam, Ibu Pejabat, Putrajaya



