CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI RM 2.8 JUTA DITUMPAS
Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah berjaya menumpaskan percubaan menyeludup dadah berbahaya ke Negara ini pada 29.09.11 di Terminal Tambang Kos Murah (LCCT).
Menurut Tn. Liah bin Omar, Timbalan Pengarah Kastam, Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM, Pasukan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat telah berjaya menahan 2 lelaki dan 1 wanita warganegara Malaysia berumur lingkungan 30 – 40 tahun dari penerbangan yang sama kerana disyaki membawa dadah jenis Ketamin yang disorokkan dalam bagasi masing-masing.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas 3 bagasi yang disyaki , pasukan narkotik telah berjaya menjumpai sebanyak 30 bungkusan plastik lutsinar dengan berat kasar 30Kg yang disyaki dadah jenis Ketamin dengan anggaran nilai pasaran RM 330 ribu. Ketiga-tiga mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 .
Hasil pemeriksaan rapi ke atas 7 bungkusan “Green Tea” tersebut didapati ianya mengandungi 11 paket berwarna silver di dalamnya mengandungi kira-kira sejumlah 50,000 pil yang dipercayai Ecstasy yang dianggarkan bernilai RM 2.5 juta di pasaran. Kes ini juga disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.




