Sabtu, Mei 25, 2013
  facebook twitter rss
   
Text Size

Sambutan Hari Kastam Sedunia ke 30

Berita - Berita Terkini

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

Sambutan Hari Kastam Sedunia ke 30 Tahun 2012 telah berlangsung di Kompleks Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya pada 26 Januari 2012. Tema sambutan pada tahun ini ialah “Sempadan pemisah, Kastam penghubung” (Borders divide, Customs connects).

hks1

Majlis dimulakan dengan acara perbarisan tabik hormat, nyanyian lagu Negaraku dan Kastam, bacaan ikrar oleh warga kastam dan pihak swasta, penyampaian WCO Certificate of Merit, penyampaian anugerah Jabatan dan Tokoh Kastam 2012.

HKS3

HKS2

Tetamu kehormat ialah Y.B Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Kewangan II  telah hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke 30. Beliau juga telah diiringi oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Mohamed Khalid bin Hj. Yusuf  serta Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Penolong Ketua Pengarah Kastam melawat ke tapak pameran.        

HKS4

Oleh : Cawangan Perhubungan Awam