
YBhg. Dato' Khazali bin Hj. Ahmad telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia berkuatkuasa mulai 22 Jun 2012 menggantikan YBhg. Dato' Sri Mohamed Khalid bin Hj. Yusuf.

Seluruh warga JKDM mengalu-ngalukan perlantikan dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg. Dato'.

YBhg. Dato' KPK telah hadir ke Ibu Pejabat pada tarikh perlantikan beliau dengan disambut oleh YBhg. Dato' Hj. Matrang bin Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), YBhg. Dato' Hj. Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), YBhg. Dato' Amir bin Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), serta Pengarah-pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan dan warga Ibu Pejabat.

TAHNIAH!! DAN SELAMAT DATANG
| Seterusnya > |
|---|



